Thursday, September 25, 2008

PROGRAM TAZKIRAH RAMADHAN



Sepanjang bulan Ramadhan tahun 2008, SM Sains Kota Tinggi telah mengadakan program tazkirah setiap pagi hari persekolahan selama 10 minit. Program ini melibatkan semua guru dan pelajar SM Sains Kota Tinggi dan disampaikan oleh guru-guru secara bergilir-gilir.

Kemuncak program tazkirah ini disampaikan oleh En Muhammad Nur al-Sufi bin Romele pada 25 September, 2008 dengan tajuk “Asal-usul Kejadian Manusia” di Surau al-Jawahir, SM Sains Kota Tinggi, bersempena program Khatam Al-Quran. Pada 26 September, 2008, tazkirah penutup disampaikan pula oleh Ustazah Roselizam bt Daud.

Tujuan program ini untuk menyemarakkan dan menghidupkan suasana bulan Ramadhan yang mulia ini. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk melahirkan warga SAKTI yang menghayati keistimewaan bulan Ramadhan.


Disediakan oleh:

Penyelaras
Program Latihan Dalam Perkhidmatan
SM Sains Kota Tinggi

Wednesday, September 24, 2008

KURSUS KALI KE-7 SEMSAS

Tarikh : 24 Sept. 2008 (Rabu)

Masa : 2.30 - 5.30 petang

Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran : 60 orang


Tajuk :

PEMBINAAN MODUL P&P


Kursus pada kali ini disampaikan oleh Datin Mariam bt. Mehad, guru cemerlang sekolah ini. Beliau telah menerangkan tentang kepentingan dan prosedur membina modul tersebut. Beliau juga menyatakan kandungan yang patut ada dalam sesebuah modul P&P. Contoh-contoh modul beberapa subjek juga menjadi rujukan beliau.

Guru-guru diminta menghasilkan modul tersebut mengikut panitia masing-masing dengan penekanan kepada subjek menengah rendah. Guru-guru diminta menghasilkan sebuah modul sama ada secara topikal ataupun keseluruhan unit P&P subjek mereka.


Kos keseluruhan LDP ini ialah RM 180.00

KURSUS KALI KE-6 SEMSAS

Tarikh : 10 Sept. 2008 (Rabu)
Masa : 3.00 - 6.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan / Makmal komputer 1 & 2
Kehadiran : 60 orang

Tajuk :
PENGURUSAN LAMAN WEB dan PORTAL sekolah

Pihak sekolah telah mengundang 2 orang pegawai dari syarikat swasta untuk mengendalikan kursus ini. Mereka yang terlibat ialah Syed Md.Sulaiman bin Said Abdullah dan Encik Mohd.Asri bin Daud. Guru-guru telah diberi taklimat mengenai kursus tersebut di Bilik Gerakan sekolah, kemudian guru-guru dipecahkan kepada 2 kumpulan - Guru Penasihat Persatuan / Kelab dan Penasihat Pasukan Pakaian Seragam. Kumpulan 1 dikendalikan oleh Syed Md.Sulaiman bin Said Abdullah manakala kumpulan 2 dikendalikan oleh Encik Mohd.Asri bin Daud.
Guru-guru menunjukkan minat mengikuti kursus yang amat penting ini.

Kos keseluruhan LDP ini ialah RM 780.00.

KURSUS KALI KE-5 SEMSAS

Tarikh : 6 Ogos 2008 (Rabu)
Masa : 3.00 - 6.00 petang
Tempat : Makmal Komputer 1
Kehadiran : 30 orang

Tajuk Kursus :
THINK.COM

Kursus ini disampaikan oleh En.Amiruddin bin Mustafa. Oleh sebab kekangan tempat, guru-guru yang terlibat terpaksa dibahagikan kepada 2 kumpulan. Guru-guru yang terlibat pada hari ini ialah guru-guru penasihat persatuan dan kelab. Guru-guru didedahkan tentang cara mengendalikan Think.Com secara 'hand on'. Guru-guru telah menunjukkan respon yang menggalakkan. Sebilangan guru telah menggunakan bahan P&P subjek mereka dalam Think.Com tersebut.
Kursus ini amat berguna kepada guru untuk memberi tugasan kepada pelajar secara on line.


Tarikh : 7 Ogos 2008 (Khamis)
Masa : 3.00 - 6.00 petang
Tempat : Makmal Komputer 1
Kehadiran : 30 orang

Kursus ini disampaikan juga oleh Encik Amiruddin bin Mustafa. Guru-guru yang terlibat pada hari ini ialah Penasihat Pasukan Pakaian Seragam. Guru-guru telah didedahkan tentang cara mengendalikan Think.Com secara 'hand on'. Guru-guru telah menunjukkan respon yang baik dan menggalakkan.
Kursus ini amat penting kepada guru-guru untuk memberi tugasan kepada pelajar secara on line.

Kos keseluruhan kursus ini ialah RM 180.00

Takwim Persekolahan 2009

Takwim Persekolahan 2009 telah siap. Sila layari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia 

Laporan Kursus Pemantapan Kualiti Kerja Dalam Kalangan Kakitangan SMSLD

PENGENALAN

Sekolah Menengah Sains Lahad Datu telah mengadakan Kursus Pemantapan Kualiti kerja dalam kalangan kakitangan. Ia adalah satu siri kursus yang berorientasikan kemahiran dalam pemantapan kerja di sekolah ini. Kursus ini merangkumi aspek pentadbiran, pengurusan kerja dan motivasi di dalam suasana pekerjaan. Pemantapan kualiti kerja dalam kalangan kakitangan SMSLD adalah perlu bagi memperkembangkan ilmu pengetahuan, meningkatkan akhlak, memupuk rasa tanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri demi kemajuan SMSLD. Oleh yang demikian, diharap para staf lebih terdedah dengan maklumat tentang pentadbiran dan pengurusan organisasi kerja yang berkesan supaya dapat meningkatkan pengetahuan dalam pembentukan kualiti kerja.

OBJEKTIF

1. Menggembeling tenaga dan kemahiran yang ada bertujuan melahirkan kakitangan sekolah yang berketrampilan, berdisiplin, berdikari, intelektual dan bertanggungjawab.
2. Memupuk dan melahirkan kakitangan sekolah yang bermotivasi, berpandangan jauh, kreatif, innovatif, berjiwa positif serta membina ketahanan diri yang tinggi.
3. Menghakis sifat-sifat diri yang negatif dan tidak diingini.
4. Meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam kalangan kakitangan sekolah tentang tanggungjawab dan tatacara pelaksanaan budaya kerja sekolah.
5. Membina budaya kerja yang berkualiti dan progresif.
6. Memupuk dan mempertingkatkan semangat patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan warga sekolah.

TEMPAT

Sekolah Menengah Sains Lahad Datu

TARIKH DAN MASA

3 Mei 2008, 8.00 am hingga 5.00 pm

BILANGAN PESERTA & KOS

55 orang staf, RM1,127.50

FASILITATOR

CR. Mohd. Makhtar Bin Hj. Nor, Ketua Sektor (Kaunselor Pentadbir), Sektor Kaunseling dan Keutuhan, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

LAPORAN KURSUS PENERAPAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Kursus Penerapan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembelajaran adalah satu kursus yang dijalankan untuk memantapkan penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan guru-guru SMSLD. Dalam menempuh arus maklumat, kursus ini tidak dapat dinilai peri pentingnya dalam menyediakan guru-guru yang berdaya saing sejajar dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang dilaung-laungkan. Oleh yang demikian, diharap para guru yang menyertai kursus ini mendapat maklumat dan latihan tentang penggunaan ICT dalam P & P supaya dapat meningkatkan lagi tahap pemahaman dalam kalangan pelajar.

OBJEKTIF

Memupuk penggunaan ICT dalam kalangan guru SMSLD.
Mempelbagaikan penggunaan ICT dalam kalangan guru semasa P&P.
Memupuk dan melahirkan guru yang boleh mempelbagaikan kreativiti menggunakan ICT dalam P&P.
Memantapkan program latihan dan bimbingan ICT kepada pentadbir sekolah dan guru serta menggalakkan perkongsian pintar dengan pihak pentadbir, sejajar dengan Teras Kedua PIPP iaitu untuk membangunkan modal insan.

TEMPAT

Makmal Bestari, SM Sains Lahad Datu

TARIKH & MASA

14 Mei 2008 2.00 – 5.00 pm Penggunaan Internat dalam P&P
8.00 – 10.30 pm Penggunaan Power Point dalam P&P
15 mei 2008 2.00 – 5.00 pm Project based Learning
8.00 – 10.30 pm eLearning With Hot Potatoes

BILANGAN PESERTA & KOS

40 ORANG, RM440.00

FASILITATOR

En. Jackson Siga, dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah.

LAPORAN EXECUTIVE TALK KE 5 UNTUK STAF SM SAINS LAHAD DATU

PENDAHULUAN
‘Executive Talk’ dalam kalangan staf Sekolah Menengah Sains Lahad Datu (SMSLD) adalah satu kursus yang berorientasikan kemahiran dalam pemantapan kerja di sekolah ini. Kursus ini merangkumi aspek pentadbiran, pengurusan kerja dan motivasi di dalam suasana kerja yang kondusif. ‘Executive Talk’ adalah perlu bagi memperkembangkan ilmu pengetahuan, meningkatkan akhlak, memupuk rasa tanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri demi kemajuan SMSLD. Oleh yang demikian, diharap para staf SMSLD dapat didedahkan dengan maklumat pentadbiran dan pengurusan organisasi kerja yang berkesan supaya dapat meningkatkan pengetahuan dalam pembentukan kualiti kerja.


OBJEKTIF
1. Mengembeling tenaga dan kemahiran yang ada bertujuan melahirkan kakitangan sekolah
yang berketrampilan, berdisiplin, berdikari, intelaktual dan bertanggungjawab.
2. Membina budaya kerja yang berkualiti dan progresif.
3. Memupuk dan mempertingkatkan semangat patriotisme dan nasionalisme dalam
kalangan warga sekolah.


TEMPAT
Dewan Seri Bayu, SMSLD


TARIKH DAN MASA
13/06/08, bermula pada pukul 2.30 petang sehingga 5 petang.

KUMPULAN SASARAN
Kursus ini telah disertai oleh staf SMSLD.


PERBELANJAAN KURSUS
RM456.00



KANDUNGAN EXECUTIVE TALK 5:
Taklimat dan pembentangan oleh:
En. Sudirman Bin Kaspin : Latihan Dalam Perkhidmatan
En. Mohd Fadzali Bin Buang : Laporan lawatan ke SM La Salle, Kota Kinabalu
En. Darmawan Asaad Palanchoi : Penubuhan ‘Buy Back Centre’ sekolah
En. Mohd Redzuan Hashim : Anugerah Full Colour SMSLD

Tuesday, September 23, 2008

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN KE BRUNEI DARUSSALAM



Pada 25 hingga 29 Ogos, 2008, seramai 9 orang guru bersama-sama 20 orang pelajar Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi telah berangkat ke Brunei Darussalam untuk mengikuti Program Pengantarabangsaan ke Negara Brunei Darussalam. Ketua rombongan program ini ialah Tn Hj Mohamad Alim bin Konting, Guru Penolong Kanan HEM, SM Sains Kota Tinggi. Program ini bertujuan untuk menjayakan pertukaran budaya antara dua negara.
Destinasi utama program ini ialah SM Pangiran Jaya Negara Pangiran Haji Abu Bakar, Brunei Darussalam. Beberapa aktiviti diadakan di sekolah ini, iaitu taklimat daripada pihak pengurusan sekolah oleh Pn Sulawati bt Abd Ghafar, Timbalan Pengetua 1, Program Festival ASEAN, Kempen Sayangi Alam Sekitar dan persembahan pelajar sekolah. Pelajar SM Pangiran Jaya Negara Pangiran Haji Abu Bakar mempersembahkan cerita tentang sejarah pembukaan Brunei Darussalam. Manakala pelajar dari SAKTI telah mempersembahkan teater muzikal tentang perpaduan kunci kemerdekaan selaras dengan program kembara merdeka SAKTI 2008. Beberapa aktiviti lain telah dijalankan seperti lawatan ke Masjid Sultan Salehuddin, Masjid Hassanal Bolkiah, Oil and Gas Discovery Centre, Universiti Brunei Darussalam, Kampung Air dan Muzium Diraja Brunei. Kami turut membuat lawatan ke SM Sains Miri. Perbelanjaan program ini ditanggung oleh sumbangan pelbagai pihak dan peserta program.


Disediakan oleh:

Penyelaras
Program Latihan Dalam Perkhidmatan
SM Sains Kota Tinggi

Kursus Pengurusan kewangan

SM Sains Teluk Intan telah mengadakan Kursus Pengurusan kewangan kepada 60 orang peserta yang terdiri daripada guru dan staf pada 11 Jun 2008 bertempat di Bilik Gerakan. Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dari segi pengurusan kewangan yang di laksanakan di Sekolah ini.

Sesi ceramah telah menampilkan En Ahmad Rosidi bin Ramley, Pengetua SM Sains Teluk Intan yang memberi ceramah berkaitan prosedur pembelian melalui pengurusan kewangan Sekolah dan juga melalui sistem eSPKB yang telah dilaksanakan mulai September 2007. Penceramah menyentuh prosedur-prosedur pembelian iaitu sebelum membuat pembelian mesti ada anggaran perbelanjaan melalui mesyuarat panitia di mana perancangan pembelian harus diambilkira. Proses Pembelian adalah seperti berikut :
Tatacara Pembelian
1. Pastikan baki peruntukan mencukupi
2. Isi Nota Minta dan mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan
3. Penyediaan Pesanan Tempatan
4. Penghantaran Barang
5. Penyemakan Kuantiti dan Kualiti Barang
6. Daftar Stok
7. Cop Bil di terima
8. Daftar bil
9. Pembayaran

Bagi sesi ceramah yang kedua, Ketua Pembantu Tadbir memberi penerangan berkaitan Tuntutan Perjalanan kepada semua guru dan staf. Pendedahan diberi berkaitan dengan pengisian Borang Tuntutan Perjalanan yang memerlukan maklumat lengkap untuk butiran berikut :
a) Nama
b) No Kad Pengenalan
c) No akaun
d) Maklumat mengenai kenderaan - no kenderaan, kuasa dan kelas tuntutan
e) Alamat tempat kerja dan tempat tinggal.

Kelayakan yang boleh dituntut adalah mengikut
a) Elaun perjalanan
a) Elaun makan
c) Elaun Harian
d) Elaun Lojing
e) Bayaran Hotel (tidak melebihi dari kelayakan yang diberi)

Bengkel juga diadakan untuk cara pengisian borang tuntutan mengikut kandungan serta format yang betul. Kursus ini melibatkan kos RM300.00 (Ringgit: Tiga ratus sahaja).

Disedikan oleh Setiausaha LDP SEMESTI

Monday, September 22, 2008

Kursus Tatacara Pengurusan Aset

Sekolah Menengah Sains Teluk Intan telah mengadakan Kursus Tatacara Pengurusan Aset Kerajaan kepada 65 orang guru dan staf sokongan pada 30 Ogos 2008 bertempat di Bilik Gerakan.

Sesi ceramah bagi tajuk Tatacara Pengurusan Aset Kerajaan disampaikan oleh Puan Sakinah binti Abdan , Ketua Pambantu Tadbir Sekolah ini. Dalam sesi ini penerangan telah diberi berkaitan Tatacara Pengurusan Aset Kerajaan iaitu berhubungkait dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2007 bertarikh 2 mac 2007. Kandungan ceramah meliputi - Penerimaan, Pendaftaran, Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan, Penyelenggaraan, Pelupusan dan Kehilangan dan Hapuskira. Kursus ini dibuat kerana terdapat perubahan dalam tatacara Pengurusan Aset Kerajaan yang perlu dipinda dari Kad Stok lama ke Kad Stok Baru.

Bengkel juga diadakan supaya guru-guru serta staf sokongan lebih memahami cara pengisian kad-kad stok mengikut pekeliling yang telah berkuatkuasa mulai 2 Mac 2007. Latihan yang diberikan boleh menambah ilmu kepada semua guru di Sekolah ini.

Kursus ini melibatkan kos sebanyak RM1169.50 (Satu ribu satu ratus enam puluh sembilan dan sen lima puluh sahaja.

LAWATAN MUHIBBAH KE SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA



Pada 8 OGOS 2008 , satu lawatan muhibbah ke SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra telah diadakan. Lawatan kerja selama dua hari ini bertujuan menimba rahsia kejayaan SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra dalam menghasilkan ramai pelajar cemerlang. Mutiara yang dikutip insya-Allah dibawa pulang seterusnya akan dipraktikkan di SMSAH.

Pemilihan sekolah ini dibuat berdasarkan kecemerlangannya dalam beberapa kategori yang pernah dimenanginya.Butiran lawatan adalah seperti berikut :

Tarikh : 8 hingga 9 Ogos 2008

Aktiviti : 1. Taklimat oleh pihak pengurusan sekolah

2. Pertemuan dengan guru-guru mata pelajaran

Kos Perbelanjaan : RM 4735 (pengangkutan dan penginapan)

Kursus Penggunaan ' Interactive White Board ' di SMSK

Kursus penggunaan " Interactive White Board' telah diadakan di SMSK pada 2 Julai 2008 ,bertempat di Makmal Bestari. Kursus ini telah dihadiri oleh semua guru Sekolah Menengah Sains Kuching yang berjumlah seramai 54 orang. Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua guru cara penggunaan ' Interactive White Board' supaya boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara aktiviti semasa sesi ceramah ini adalah penerangan cara penggunaan 'Interactive White Board' dan guru-guru diberi peluang untuk menggunakan ' Interactive White Board' mengikut mata pelajaran masing-masing. Sesi kursus ini telah dikendalikan oleh beberapa orang guru SMSK iaitu En Abdul Taip , En Abdul Qahar dan Cik Pan Chui Ing. Mereka telah menghadiri latihan tentang penggunaan 'Interactive White Board' di Cyber jaya anjuran MDEC. Kursus ini melibatkan kos sebanyak RM 270.00. Semoga kursus ini mencapai matlamat dan guru boleh mempelbagaikan aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Laporan ini disediakan oleh .

Hjh Habshah Bt Khatib
Setiausaha LDP SMSK





Sunday, September 21, 2008

LDP SHAH : Kursus Berfikir Secara Fitrah


Sekolah SHAH telah mengadakan satu Kursus Perkembangan Staf yang bertajuk Berfikir Secara Fitrah pada 5 hb. Julai 2008 bertempat di Bilik Gerakan SHAH. Kursus ini telah dikendalikan oleh Pn. Maznah binti Hj. Abdul Majid . Beliau merupakan seorang Bekas Pengetua Cemerlang .

Kursus ini telah melibatkan 64 orang guru. Objektif kursus ini diadakan adalah bagi membolehkan para guru SHAH mengaplikasikan teknik berfikir secara semulajadi dalam pengajaran masing-masing. Para guru juga didedahkan dengan kaedah senaman yang boleh dilakukan oleh para guru di dalam kelas semasa proses pengajaran masing-masing. Kos yang telah digunakan untuk kursus ini ialah sebanyak RM 1812.00

Impak daripada kursus ini, sekiranya teknik brain Gym yang diajarkan betul–betul diaplikasikan oleh guru di dalam kelas, proses pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan berkesan kerana semasa waktu senggang pelajar boleh melakukan aktiviti tersebut untuk merehatkan otak mereka dan pelajar tidak berasa tertekan untuk menghadapi pelajaran seterusnya.

Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamat yang dicita-citakan.

LDP SHAH - Bengkel eG - Tukar





Pada tanggal 27 Mac 2008 satu Bengkel komputer eG-Tukar telah diadakan di Makmal Epu SHAH Pekan bagi guru lelaki dan Makmal Bestari SHAH bagi guru perempuan. Kursus ini telah dikendalikan oleh Pengetua kami iaitu En. Abdullah bin Musa bagi guru lelaki dan En. Rosli bin Salim bagi guru perempuan. Seramai 64 orang guru telah menghadiri kursus ini.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru SHAH tentang kaedah untuk mengisi borang pertukaran guru secara on line. Selain itu kursus ini juga bertujuan untuk memperkenalkan kepada para guru Shah tentang satu inovasi daripada pihak Kementerian dalam engaplikasikan penggunaan computer dalam pengurusan pertukaran guru di Malaysia.

Melalui kursus ini para guru dapat mengetahui bahawa kerja-kerja pengisian borang pertukaran guru dapat dilakukan dengan cepat. Para guru juga dapat mengetahui tentang perkembangan status kedudukan permohonan mereka dengan tepat.


Semoga guru-guru SHAH sentiasa peka kepada sebarang inovasi yang telah dirancang oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia seiring dengan perkembangan sains dan teknologi negara di negara kita.

KURSUS DALAMAN SHAH : PERKONGSIAN INOVASI 1








Pada 11 hb September 2008, telah diadakan satu kursus yang bertajuk Perkongsian Inovasi 1 bertempat di Bilik Gerakan SHAH. Kursus ini telah dihadiri oleh 63 orang guru SHAH. Ustaz Suhaimi bin Endut selaku Guru Inovasi SHAH telah mengendalikan kursus ini selama 2 jam.
Setelah selesai menjalani kursus ini satu majlis berbuka puasa dan dituruti dengan Sembahyang Berjemaah dan teraweh di Surau SHAH . Jumlah kos untuk mengendalikan kursus ini ialah sebanyak RM 567.00.

Semasa kursus ini dijalankan Ustaz Suhaimi bin Endut telah menunjukkan satu inovasi yang telah dibina oleh beliau yang bertajuk E- Sinar khas untuk kegunaan para pelajar Tingkatan Empat khususnya bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.

Para guru mendapati E-Sinar yang ditunjukkan amat menarik untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan telah berjaya membuka minda para guru SHAH untuk sama-sama mengaplikasikan segala pengetahuan masing-masing bagi membina bahan pengajaran dengan menggunakan komputer.
Sehubungan dengan itu satu kursus dalaman yang bertajuk Perkongsian Inovasi II pula akan diadakan bagi membolehkan para guru didedahkan dengan kaedah pembinaan asas E- Sinar untuk diaplikasikan dalam mata pelajaran masing-masing.

Semoga para guru SHAH berjaya mengaplikasikannya dalam pengajaran masing-masing.

LDP SMAPL : Kursus Makan Beradab Unit Beruniform

Pengenalan

Nama Kursus : Kursus Makan Beradab Unit Berunifon SMAP 2008
Tarikh : 30 Ogos 2008
Tempat : Dewan Seri Bestari, SMAP, Labu
Kahadiran : 80 orang guru penasihat dan 20 orang pemimpin pelajar mengikut unit masing-masing

Objektif Kursus
i. Memberi pendedahan perkhemahan adab-adab makan kepada guru dan pelajar yang terpilih.
ii. Menanamkan semangat kerja berpasukan di kalangan guru dan pelajar.
iii. Melahirkan guru dan pelajar yang berdisiplin dan berketrampilan terutama semasa berada di meja makan.
iv. Menambahkan pengetahuan guru dan pelajar dalam kegiatan unit beruniform.

Perbelanjaan

i. Makan malam - 100 orang x RM20.00 = RM2000.00
- disediakan oleh Kantin Sekolah
ii. Penceramah - 2 orang x RM 200.00 = RM 400.00
iii. Peralatan:
- kasut kawat - 10 pasang x RM90.00 = RM 900.00
- set alas meja - 5 set x RM 80.00 = RM 400.00
- sijil - 800 keping x RM 2.50 = RM2000.00
- ink computer - 2 set x RM299 = RM 598.00
- fail - 200 buah x RM1.50 = RM 300.00
- alat tulis - 1.80 x RM 200 = RM 360.00
- kertas A4 - 8 rim x RM9.50 = RM 760.00

---------------------------
RM 7 718.00

Intipati Kursus
- menjelaskan adab-adab di meja makan
- menjelaskan tentang tatacara mengambil, menghidang dan makan dalam majlis rasmi
- menjelaskan penggunaan alatan di atas meja makan

Penutup
Diharapkan semua yang terlibat dalam Perkemahan Perdana dan makan beradab SMAP Labu 2008 yang diadakan pada tahun ini dapat memanafaatkan ilmu dan pendedahan yang telah disampaian sepanjang program ini berlangsung. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua jawatankuasa dan orang perseorangan yang terlibat bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Semoga usaha kita ini mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t.

Disediakan oleh:

En.Mohd Hussain bin Yaacob
S/Usaha Perkembangan Staf
SMAP, Labu

LDP SMAPL : Analilis Headcount dan ISIS

Pengenalan
Dalam usaha untuk mengejar kecemerlangan akademik, bimbingan dan tujuk ajar murid perlu dilakukan secara terancang dan sistematik. Bimbingan yang terancang memerlukan gerak kerja yang lengkap. Menyedari hakikat itu, maka JK Perkembangan Staf telah menganjurkan siri ceramah dan pendedahan yang berkaitan dengan analisis head count. Analisis ini sekiranya dibuat dengan kemas, setiap permaslahan murid akan dapat dikenalpasti seterusnya diambil tindakan yang sewajarnya.
Memandangkan bilangan peserta yang agak ramai, maka kursus ini dijalankan dalam dua siri. Siri pertama dikhususkan kepada guru-guru dari Jabatan Bahasa dan Jabatan Pendidikan Islam,manakala siri keduabagi jabatan Sains dan matematik dan Jabatan Kemanusiaan.

Nama Kursus : Analisis Head Count dan ISIS
Tarikh : 6 & 27 Ogos 2008
Masa : 2.30 – 4.30 pm
Tempat : Makmal ICT, SMAP, Labu
Penceramah : En. Lokman Idris,
S/Usaha Peperiksaan, SMAP, Labu
Kehadiran : rujuk lampiran

Objektif
i. mendedahkan tentang tanggungjawab guru mata pelajaran, guru kelas, ketua panitian dan ketua bidang berkaitan dengan analisis head count.
ii. Menjeaskan langkah dan panduan menggunakan setiap jenis borang yang berkaitan dalam penyediaan head count.
iii. Menjelaskan tentang kegunaan analisis head count dalam dalam menyelesaikan permasalahan murid.

Perbelanjaan

i. Minum petang - RM3.50 x 75 orang = RM262.50
- disediakan oleh Kantin Sekolah
---------------------------
RM 262.50

Intipati Kursus
i. Objektif
- guru-guru dapat menentukan TOV, mengira OTI, dan ETR
- guru dapat melaksanakan post-moterm untuk melihat kemajuan pelajar mengikut mata pelajaran
- merancang rogram yang sesuai dengan kebolehan murid dengan lebih berkesan
- panitia dapat berfungsi dengan lebih berkesan untuk membantu membimbing murid mencapai target.
ii. langkah penggunaan
- guru-guru perlu memahami semua istilah yang digunapakai dalam analisis ini.
- Pengiraan Hc dengan menetapkan ETR/ unjuran pencapaian setiap murid
iii. Borang-borang yang terlibat dalam HC seperti borang analisis keseluruhan mata pelajaran, senarai murid keseluruhan, senarai murid mengikut kelas, borang individu, borang untuk target GP sekolah, dan boring senarai nama murid mengikut pencaaian.
iv. Post-Moterm, melibatkan
- proses bedah siasat untukmengkaji, kenalpasti, unca kelemahan pelajar
- keupayaan guru untuk membimbing semua muird yang terlibat
- membuat analisis semua maklumat yang terdapat dalam boring HC

v. Cara membuka ISI
- penceramah telah menjelaskan langkah demi langkah untum membuka program ISI. Walau bagaimana pun JK Penilaian telah mempermudahkan dengan menyediakan system ke dalam semua computer / laptop individu guru-guru.

Penutup

Penjelasan mengenai Head count dan ISI erlu dibuat dari masa ke semasa supaya pemahaman dan ingatan guru-guru sentiasa diberi.

Disediakan oleh:

En.Mohd Hussain bin Yaacob
S/Usaha Perkembangan Staf
SMAP, Labu

LDP SMAPL : Kursus Pemurnian Peraturan Sekolah dan Asrama Serta Penyediaan Laporan Adab Belajar

Pengenalan
Dalam usaha merealisasikan Visi Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu iaitu “SMAPL penjana Modal Insan Cemerlang Di Dunia Sejahtera Di akhirat” bukan satu tugas yang mudah, Visi perlu difahami,dikongsi dan dihayati sepenuhnya oleh seluruh warga sekolah yang terdiri daripada guru, staf sokongan dan para pelajar.
Peraturan sekolah merupakan satu wahana untuk mencapai visi sekolah. Oleh itu kita perlu mempunyai peraturan dan adab yang lengkap, jelas dan mudah difahami oleh semua warga SMAPL.

Nama Kursus : Kursus Pemurnian Peraturan Sekolah dan Asrama Serta
Penyediaan Adab pelajar SMAP Labu 2008
Tarikh : 20 – 22 Ogos 2008
Tempat : De-Palma Palm Spring PD
Kahadiran : 34 0rang

Objektif Kursus
i. melengkapkan dan memurnikan peraturan sekolah yang sedia ada dan menyediakan adab pelajar SMAP yang bertulis.
ii. Mempermudahkan peraturan sekolah dan adab pelajar dengan lebih jelas
iii. Melahirkan warga SMAP yang sifar salah laku dan sentiasa beradab
iv. Membantu menjayakan visi dan misi sekolah ke arah kecemerlangan.

Perbelanjaan
Perbelanjaan Makan Minum
i. sarapan pagi - RM 1.50 x 2 hari x 34 orang = RM102.00
ii. minum pagi - RM 1.10 x 2 hari x 34 orang = RM 74.80
iii. makan t/hari - RM 5.00 x 2 hari x 34 orang = RM340.00
iv. minum petang - RM 1.20 x 2 hari x 34 orang = RM 81.60
v. makan malam - RM 5.00 x 2 hari x 34 orang = RM340.00
vi. minum malam - RM 1.20 x 2 hari x 34 orang = RM 81.60
---------------------------
RM 1020.00

Intipati Kursus
i. peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan utama dan setiap kumpulan dikhususkan topic-topik yang tertentu seperti:

Peserta
Bidang Tugas

Kumpulan 1:

1. Cik Halidah bt.Md.Yunus (k)
2. Pn.Hjh.Noradibah bt.Hj.Musa
3. Pn.Hjh.Saleha bt Abu Hasan
4. En.Sahizam b.Hashim
5. En.Amirahman b.Abas

Adab kepada guru
Adab kepada orang tua
Adab berkawan
Adab menyambut tetamu
Adab menuntut ilmu
Adab berguru
Adab mempengerusikan majlis
Adab berurusan dengan pentadbir
Adab berurusan dengan pejabat
Adab dalam majlis
Adab memberi salam
Adab dalam masjid /surau
Adab menjaga harta sekolah
Adab terhadap orang bukan Islam

Kumpulan 2 :

1. Pn.Rahayu bt.Kandar (k)
2. Pn.Sy.Zaleha bt.Syed Sulong
3. Pn.Faezah Hanim bt.Mohd.Ali
4. En.Zakaria b.Idris
5. En.Rosman b.Abu Bakar

Adab pergaulan sesama lelaki
Adab pergaulan sesama perempuan
Adab pergaulan lelaki/perempuan
Adab dalam bilik air/tandas
Adab solat / solat jumaat
Adab berhutang
Adab dalam masjid / musolla
Adab dalam dewan makan
Adab makan
Adab di asrama
Adab tidur
Adab di kantin
Adab dalam perhimpunan
Adab beribadat

Kumpulan 3 :

1. En.Abdul Samat b.Othman (k)
2. En.Shamsuri b.Mohamed
3. Pn.Hjh.Zabedah bt.Awang
4. Pn.Norhayati bt Kamarudin
5. Pn.Rosita bt Shaari.

Adab menerima hadiah
Adab membuat persembahan
Adab kepada Ibu Bapa
Adab bergaul dengan keluarga
Adab berkawan
Adab ketika berwudhu’
Adab lawatan
Peraturan Outing
Peraturan dalam UTP
Peraturan dalam makmal
Adab mesyuarat
Adab penampilan diri
Adab berdoa

Kumpulan 4 :

1. En Ramly b.Abu (k)
2. En.Muhamad Sharif b.ARahman
3. Pn.Fatimah bt.Awang
4. Cik Hasnizan bt.Omar
5. Cik Nur Masniza Mohd.Mustaza

Peraturan pakaian sekolah
Peraturan pakaian uniform
3. Peraturan pakaian sukan / riadah
4 Adab pakaian wakil sekolah
5. Adab mewakili sekolah
6. Adab meminjam
7. Adab terhadap al-Quran
Adab menerima nikmat Allah
Adab ditimpa musibah
Adab dalam bilik guru / ketua bidang
Peraturan menggosok baju
Adab pidato
Adab bercakap
Adab ketika peperiksaan / ujian

ii. pada akhir kursus, setiap ketua kumpulan berjaya menyerahkan satu salinan laporan adab dan peraturan sekolah kepada pengetua.

Penutup
Laoran adab dan peraturan sekolah yang telah disemak semula ini akan mula dilaksanakan di sekolah ini pada tahun depan.

Disediakan oleh:

En.Mohd Hussain bin Yaacob
S/Usaha Perkembangan Staf
SMAP, Labu

LDP SMAPL : Pengurusan Stres

Pengenalan
Memang tidak dapat dinafikan bahawa tugas dan tanggungjawab guru hari ini semakin mencabar dan memerlukan para guru sentiasa bersedia dengan ketahan mental yang tinggi. Peningkatan bebanan tugas ini telah mendorong berlaku pelbagai perkara yang tidak menyenangkan dalam kalangan kakitangan pendidik. Selaras dengan itu JK Perkembangan Staf telah menganjurkan satu kursus yang berkaitan dengan pengurusan stress dalam kalangan pendidik. Kursus tersebut diadakan sepertimaklumat berikut:

Nama Kursus : Pengurusan Stress Dalam Kalangan Kakitangan
Tarikh : 5 Ogos 2008
Tempat : Bilik UTP, SMAP, Labu
Masa : 2.30 – 4.30 pm
Penceramah : En. Zulkarnain bin Abdul Kadir
Pegawai Kaunselor,
Unit Psikologi & Kaunseling
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan
Kehadiran : Rujuk lampiran

Objektif Kursus
i. Mendedahkan kepada peserta tentang suasana kerja yang boleh menyebabkan wujudnya stress
ii. Panduan guru-guru menyelesaikan / menangani masalah stress dalam bidang pendidikan yang semakin mencabar
iii. Mendedahkan kepada peserta kesan-kesan dalam jangka panjang sekiranya tidak diatasi
iv. Mewujudkan suasana tempat kerja yang harmonis yang seterusnya meningkatkan kesihatan mental kakitangan.

Perbelanjaan
i. Minum petang - RM4.00 x 80 orang = RM 320.00
ii. Penceramah - RM 200.00
---------------------------
RM 520.00

Intipati Kursus
i. Apa itu tekanan ?
· Tekanan terdapat di mana-mana dan dalam apajuga keadaan, hanya bergantung kepada kita sebagai manusia yang mengenadalinya. Tekanan yang berlaku adalah mengikut persepsi setiap individu. Masalah ini tidak sama antara seorang individu dengan individu lain.
· Cara penyelesaian juga tidak sama antara seorang individu dengan individu yang lain. Dalam mengetahui punca ini peserta diberi edaran soal selidik yang mengandungi 10 indekator berkaitan dengan suasana kerja yang dialami setiap hari.

ii. Punca tekanan
Menurut kajian yang telah dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang melibatkan seramai 9328 respondan telah mendapati bahawa stress disebabkan oleh:
- tidak minat terhadap sesuatu kerja yang diberikan – 60%
- masalah kenaikan pangkat – 74%
- bebanan kerja yang banyak – 79%
- ketidakadilan dalam penilaian prestasi – 72%
- tekanan daripada ibu bapa/ penjaga – 83%
- lokasi tenpat kerja, sekolah – 32%
- kemudahan infrastruktur di sekolah – 57%

Peserta dikehendaki menjawab soalan selidik untuk mengukur tahap kebimbangan. Soal selidik ini mengandungi 20 indekator yang perlu dijawab dengan ikhlas.

iii. Kesan stress
- Sekiranya masalah ini tidak dibendung, dikhuartiri akan menyebabkan beberapa penyakit yang berbahaya seperti, masalah jantung, barah, penyakit yang berkaitan paru-paru, kemalangan, serta bunuh diri.
- Menurut kajian, bahawa setiap 40 saat, terdapat satu kes yang melibatkan bunuh diri

iv. Aktiviti yang boleh mengurangkan stress
Peserta didedahkan dengan beberapa aktivit yang boleh mengurangkan stress yang boleh dilakukan tanpa banyak melakukan pergerakan seperti:
- Stressed-Out Stretches
- Really Stressed-Out Stretches.

Penutup
Adalah menjadi harapan semoga semua peserta dapat mengaplikasikan segala ilmu pengetahuan yang telah diberi sepanjang kursus ini. Atas permintaan peserta, kursus untuk siri kedua akan diadakan lagi pada tahun hadapan.

Disediakan oleh:

En.Mohd Hussain bin Yaacob
S/Usaha Perkembangan Staf
SMAP, Labu

LDP SMAPL : Kursus Pembinaan Jadual Waktu

Pengenalan

Penyediaan jadual waktu yang lengkap dan sistematik merupakan salah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan demi mewujudkan proses P&P yang baik dan berkesan. Proses penyediaan ini memerlukan komitmen yang tinggi supaya segala perancangan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan memerlukan masa yang agak panjang.
Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat hari ini, enyediaan jadual waktu juga leha mengalami tranformasi penggunaan ICT sepenuhnya. Menyedari hakikat ini, maka JK Perkembangan Staf telah menganjurkan satu kursus yang berkiatan dengan pembinaan dan penyediaan jadual waktu. Kursus ini terbuka kepada semua guru yang berminat dan diwajibkan kepada JK Penyediaan Jadual Sekolah. Butir-butir kursus adalah seperti berikut:

Nama Kursus : Pembinaan Jadual waktu
Tarikh : 31 Julai 2008
Tempat : Makmal ICT, SMAP, Labu
Masa : 2.30 – 4.30 pm
Penceramah : Pn. Zabidah bt. Awang,
Guru Jadual, SMAP Labu
Kahadiran : Khusus kepada pentadbir dan JK jadual Waktu Sekolah

1. Tn Syed Zulkarnain bin Syed Nordin
2. Cik Sharizan bt. Sheikh Osman
3. Pn. Hjh Esah Embi
4. Pn. Hjh Epuziah Bedu
5. Pn.Marina bt. Mahmood
6. Pn. Jaya
7. Pn. Noor Hayati Kamaruddin
8. Pn. Normah bt. Othman
9. Pn. Faizah Hanim bt. Mohd Ali
10. Pn. Enkresnawati bt. Nadzir

Objektif Kursus
i. mendedahkan kepada JK tentang bidang tugasan yang perlu dilaksanakan dalam penyediaan jadual
ii. mendedahkan kepada ahli tentang langkah dan prosedur yang perlu diikuti semasa menyediakan jadual waktu, jadual guru ganti, penggunaan makmal dan lain-lain.

Perbelanjaan

i. Minum petang - RM3.50 x 20 orang = RM 70.00
ii. Penceramah - tiada
________________________
Jumlah : RM 70.00

Intipati Kursus
- para peserta didedahkan dengan langkah-langkah penyediaan jadual waktu mengikut program a Sc Time Tables
- pendedahan penyediaan jadual waktu untuk:
b. jadual waktu kelas
c. jadual waktu persendirian
d. jadual waktu guru ganti
- peserta menjalani latihan amali.

Penutup

Adalah menjadi harapan semoga kursus yang dianjurkan ini memberi sedikit manfaat kepada para peserta yang terlibat dan boleh dilaksanakan dalam penyediaan jadual sekolah dengan lebih baik dan berkesan lagi.

Disediakan oleh:

En.Mohd Hussain bin Yaacob
S/Usaha Perkembangan Staf
SMAP, Labu

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SESTER - KURSUS PERSEDIAAN SEGAK

Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER) telah berjaya mengadakan Kursus Persediaan Segak iaitu satu kursus dalam siri LADAP. Kursus ini telah diadakan pada 5 Julai 2008 di Dewan Nadwah, bermula pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 4.30 petang.



Terdapat tiga sesi kursus ini. Sesi pagi dipenuhi dengan aktiviti memanaskan badan seperti aktiviti kalistanik, regangan dan kelonggaran otot, dan pembahagian kumpulan. Pada sesi kedua pula, guru didedahkan dengan Pengenalan SEGAK secara teori dan pendedahan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Psikososial. Pada sesi akhir, guru didedahkan dengan borang SEGAK dan maklum balas ujian. Kursus ini dikendalikan dengan jayanya oleh Encik Wan Ismail bin Wan Nawang, guru PJ sekolah ini yang juga merupakan jurulatih berpengalaman di peringkat negeri.

Kursus yang dihadiri oleh 36 orang guru sekolah ini telah berjaya mencapai matlamatnya iaitu menyampaikan maklumat tentang Program Penilaian Standard Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) yang telah dimulakan pada tahun 2005 dan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2008 ini.

Kursus lain diharap dapat dilaksanakan sebelum akhir tahun ini.

Disediakan oleh,
Penyelaras LADAP SESTER.

LDP SMAPL : Kursus Mel Elektronik

Pengenalan
Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, pengetahuan guru-guru perlu juga berkembang seiringan.menyedari hakikat ini, maka JK Perkembangan Staf telah merancang dan mengadakan satu siri ceramah / amali yang berkaitan dengan e-mail. Kursus yang julung-julung kali diadakan ini, telah berjaya menarik sebilangan besar guru-guru mengikutinya.
Maklumat lanjut mengenai kursus tersebut adalah bersperti berikut:
Nama Kursus : Mel Elektronik (e-mail)
Tarikh : 22 Julai 2008
Tempat : Makmal ICT, SMAP, Labu
Masa : 2.30 – 4.30 pm
Penceramah : Pn. Enny Mazlin bt. Mohd Noor
Guru ICT, SMAP Labu
Kahadiran : rujuk lampiran

Objektif Kursus
i. peserta dapat mendaftar dan memiliki e-mail peribadi masing-masing
ii. menggunakan e-mail untuk menghantar dan menerima meil dan sebagainya.

Perbelanjaan
i. minum petang - RM3.50 x 70 orang = RM 225.00
ii. Penceramah -
---------------------------
RM 225.00

Intipati Kursus
- penceramah telah menjelaskan langkah-langkah menyediakan dan mendaftar e-mail peribadi. Dengan menggunakan laptop peribadi, peserta berjaya mendaftar e-mail masing-masing.
- Pada perserta digalakkan menghantar e-mail antara rakan sejawat untuk membiasakan dengan kemudahan alat perhubungan elektronik ini.

Penutup
Ilmu yang diperolehi ini perlu diaplikasikan dengan sebaik mungkin dan perlu diamalkan setiap masa. Sekiranya tidak diamalkan atau e-mail tidak dibuka dalam tempoh melebihi 3 bulan, maka pendaftaran tersebut akan dianggaptidak aktif dan akan dibatalkan pendaftaran secara automatic.

Disediakan oleh:

En.Mohd Hussain bin Yaacob
S/Usaha Perkembangan Staf
SMAP, Labu

LDP SMAPL : Kursus Asas Literasi Komputer (Mail Merge) & Kursus Motivasi Guru Baru

Pengenalan
Pada 17 Jun 2008, JK Perkembangan Sraf Sekolah telah menganjurkan lagi kursus perkembangan staf kepada kakitangan akademik bertujuan untuk meningkatkan motivasi kerja dan memantapkan ilmu yang berkaitan dengan teknologi maklumat masa kini. Pada hari tersebut dua kursus dianjurkan serentak, iaitu
Nama Kursus : Kursus Asas Kemahiran Literasi Komputer – Mail Merge
Tarikh : 17 Jun 2008
Tempat : Makmal ICT, SMAP, Labu
Masa : 2.30 – 4.30 pm
Penceramah : En. Mat Yusuf bin Abdul Rahman
Pen. Kanan Hal Ehwal Murid, SMAP Labu

A. Kursus Motivasi Guru Baru SMAP
B. Kursus Asas Kemahiran Ilustrasi Komputer

Objektif Kursus
i. Mendedahkan kepada guru-guru baru (guru yang mendaftar antara 1.1.2007 – 16.6.2008) tentang harapan dan tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan untuk meneruskan kesinambungan kecemerlangan sekolah.
ii. Membiasakan guru-guru baru dengan persekitaran sekolah samaada dari segi cara bekerja, pergaulan serta selari dengan tuntutan sekolah berasrama penuh.
iii. Pendedahan tentang fungsi key-board dengan lebih mendalam kepada guru-guru lama yang telah berkhidmat (sebelum 1.1.2007).
iv. Pendedahan tentang fungsi dan kegunaan “Mail-Merge” terutamanya dalam penyediaan sijil kursus.

Perbelanjaan
i. Minum ringan - RM5.50 x 75 orang = RM 427.50
ii. Bayaran penceramah - RM 400.00
---------------------------
RM 827.50


Nama Kursus : Kursus Motivasi Guru Baru
Penceramah : Pn. Hajah Khuzaimah bt. Hj. Sulaiman
Perunding Kanan
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pelajaran Malaysia
Tajuk : Ekspektasi Pengetua Terhadap Guru-Guru Baru

Intipati Kursus
Intipati Ceramah :
a. guru-guru perlu ada matlamat yang jelas – tahu untuk apa menjadi seorang guru. Akan membolehkan kita mencapai target serta mendapat keredhaan Ilahi terhadap perkara yang dilakukan. Kesilapan akan berlaku sekiranya matlamat kerja tidak jelas
b. Tahu tugas adalah amanah. Perlu menganggap amanah sebagai satu tanggungjawab dan bukan satu bebanan. Dengan ini sifat ikhlas akan terpancar dalam kita melaksanakan kerja.
c. Mempunyai niat yang betul. Kita adalah apa yang kita lakukan.
d. Ikhlas menjalankan tugas. Tanda tidak ikhlas seperti akan lahir kata-kata sumbang atau gerak laku sumbang.
e. Bersedia menerima teguran/pandangan. Orang yang berfikir tidak akan cepat melenting, sebaliknya akan memuhasabah diri dan memohon maaf sekiranya melakukan kesilapan. Ciri-ciri orang yang ikhlas ialah mendidik murid bagaikan mendidik anak sendiri, tidak membezakan antara murid, perkataan sedikit tetapi berkesan, perbuatannya dicontohi. Senyuman adalah penawar, kemarahan tanda kasih sayang, suruhan dianggap sebagai satu penghargaan/hadiah serta pemberiannya dianggap sebagai satu tuah yang sangat besar yang diidamkan. Kehadiran disenangi, kehilangan dirasai, dihormati dan bukan ditakuti, menjadi tempat rujukan an semangat dan dorongannya menjadi kekuatan diri.
f. Pesanan sebelum penutup
i. syukur di atas kerja dengan kerajaan
ii. jangan lawan cakap pengetua/ ketua. Segala permasalahan perlu dibincangan bersama
iii. jangan ponteng kerja
iv. kalau kurang sihat dan masih terdaya, teruskan jalan amanah supaya pelajar tidak terbiar
v. buat baik dengan semuaorang
vi. setiap harta yang dimiliki biarlah berkat
vii. cakaplah dengan hati jika inginkan pelajar dengar cakap kita

Penutup
Harapan jawatankuasa, semoga ilmu yang telah disampaikan akan dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik bangsa. Kursus seperti ini akan dilaksanakan dari masa ke semasa.

Disediakan oleh:

En.Mohd Hussain bin Yaacob
S/Usaha Perkembangan Staf
SMAP, Labu

LDP SMAPL : Pemantapan Nilai-nilai Murni Dalam Perkhidmatan

Pengenalan
Sebagai langkah persediaan untuk menghadapi perubahan yang berlaku semakin pantas, ilmu dan kefahaman dalam kalangan kaki tangan perlu dimantapkan dari masa ke semasa. Menyedari hakikat itu, maka JK Perkembangan Staf SMAP, Labu telah berjaya menganjurkan satu kursus sebagaimana yang telah dirancangkan dalam takwin kursus tahunan.

Nama Kursus : Pemantapan Nilai-Nilai Murni Dalam Perkhidmatan
Tarikh : 20 Mei 2008
Tempat : Unit Teknologi Maklumat (UTP), SMAP, Labu
Masa : 2.30 – 4.30 pm
Penceramah : Ust. Jaafar Muhammad
Yayasan Salam Perdana, Senawang
Kahadiran : 65 orang kakitangan akademik

Objektif Kursus
i. menambah pengetahuan sedia ada peserta tentang amalan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan dalam perkhidmatan
ii. mempelbagaikan pengetahuan peserta peserta terutamanya amalan nilai-nilai murni yang diamalkan dalam agensi swasta.


Perbelanjaan

i. Minum petang - RM3.50 x 65 orang = RM 227.50
ii. Penceramah - RM 200.00
----------------------------
RM 427.50

Intipati Kursus
Penekanan diberi kepada 7 perkara yang perlu dikuasai oleh seseorang pejawat awam terutamanya dalam kalangan pendidik.
i. Perkara 1 – Kita Mesti Berubah. Berubah Dari pelbagai aspek terutamanya dalam jiwa yang meliputi akal dan hati.
ii. Perkara 2 – Belajar Dengan Tuhan. Untuk belajar, kita sebagai hamba perlu merujuk kepada tanda-tanda kewujudan Tuhan yang maha pencipta yang menguasai segalanya.
iii. Perkara 3 – Berkhidmat dan Berbakti Dengan Tuhan. Penekanan kepada konsep kita sebagai hamba yang telah dijadikanNya, diperintah untuk melaksakana segala suruhan sesuai sebagai hamba kepada seseorang tuan. Perlu berbakti dengan ikhlas.
iv. Perkara 4 – Dapat Bimbingan Tuhan.
v. Perkara 5 – Komunikasi Dengan Tuhan. Sebagai seorang hamba, perlu sentiasa bersembahyang dan berzikir yang merupakan alat komunikasi utama dengan tuhan. Dalam membaiki komunikasi, kita sebagai hamba perlu menyucikan diri terutamanya hati dari sifat-sifat tercela. Perkara 6 – Rasa Dapat Kasih Sayang Tuhan.
vi. Perkara 7 – Buat Penilaian. Sebagai kaki tangan awam, kita perlu mempunyai rasa / sifat amanah, tabah, kasih sayang dengan profesioan, bangga dengan amanah mendidik kerana sifat ini sukar untuk diterapkan dan diamalkan oleh penjawat awam yang lain.

Penutup

Pihak JK Perkembangan Star SMAP, Labu mengucapkan banyak-banyak terimahkasih dan penghargaan kepada semua pihak yeng terlibat terutamanya Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Pengetua SMAP, Labu, Penceramah Jemputan serta semua kakitangan akademik yang telah memberi kerjasama sehingga kursus singkat ini dapat dijalankan dengan jayanya

Disediakan oleh:

En.Mohd Hussain bin Yaacob
S/Usaha Perkembangan Staf
SMAP, Labu

Saturday, September 20, 2008

Kursus Pengurusan Headcount SMACH 2008

Kursus Pengurusan Headcount telah dilaksanakan pada 15 Julai 2008 di Bilik Gerakan Wawasan Sek.Men.Sains Machang. Kursus ini telah dihadiri oleh 60 orang guru. Beberapa orang guru tidak dapat mengikut kursus ini kerana terlibat dengan aktiviti sukan serta menghadiri kursus anjuran PPD dan Jabatan Pelajaran Kelantan.
Sesi ceramah ini telah disampaikan oleh En. Nik Man Bin Nik Mat, Penolong Pentadbiran SMACH.

Matlamat kursus ini adalah untuk mengenalpasti peringkat melaksanakan headcount di kalangan guru, mengenalpasti pelajar yang memerlukan tumpuan khusus dari pihak guru dan melaksanakan langkah pemulihan yang sesuai dengan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Seterusnya guru perlu memantau kemajuan pelajar dan memantau keyakinan kendiri di kalangan pelajar.

Kursus ini telah melibatkan kos berjumlah RM 1620.00( RM satu ribu enam puluh dua sahaja)

Disediakan oleh:

PENOLONG KANAN
SMS MACHANG

Kursus Inalisis Item SMACH

Kursus Analisis Item telah dilaksanakan pada 9 Julai 2008
di Bilik Gerakan Wawasan Sek.Men.Sains Machang.
Kursus ini melibatkan semua 70 orang guru.

Sesi ceramah ini telah disampaikan oleh
Tn Hj Burhan Bin Ramli,Guru Cemerlang Fizik SMACH.

Kursus ini bertujuan untuk membolehkan guru-guru
menganalisis soalan peperiksaan serta mengenalpasti tahap
kelemahan dan kekuatan soalan yang dikemukakan.

Selain dari pada itu, guru juga dapat mengenalpasti pelajar
yang ketinggalan dalam menguasai topik-topik tertentu.

Kursus ini telah melibatkan kos berjumlah RM 1620.00
( RM satu ribu enam puluh dua sahaja)

Disediakan oleh:
PENOLONG KANAN
SMS MACHANG

Thursday, September 18, 2008

Kursus Keselamatan dan Pengurusan Makmal SMSK

Kursus Keselamatan dan Pengurusan Makmal telah diadakan pada 23 Julai 2008 (Sabtu) bertempat di Makmal Sains SMSK. Kursus ini telah dihadiri oleh 9 orang guru Sains dan 4 orang Pembantu Makmal. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi keselamatan dan pengurusan makmal di SMSK . Selain daripada itu, guru-guru Sains boleh berkongsi pengetahuan tentang subjek-subjek Sains dengan pembantu makmal sebagai persediaan untuk menghadapi Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Antara aktiviti semasa sesi kursus ini ialah penerangan tentang keselamatan dan pengurusan makmal serta menjalankan beberapa amali sains. Sesi ceramah ini disampaikan oleh Ketua Bidang Sains , Pn Noraini Hj Rambli dan amali sains dikendalikan oleh Guru Cemerlang Biologi Pn Hjh Habshah Bt Khatib . Kursus ini melibatkan kos sebanyak RM 90.00. Semoga kursus ini mencapai matlamat.

Laporan ini disediakan oleh:


Setiausaha LDP, SMSK

Tahniah & Penghargaan



Tahniah


Alhamdulillah.
Akhirnya semua SBP telah memasukkan laporan LDP dalam blog ini.
Ini adalah langkah pertama kita.
Adalah diharapkan semua SBP terus memasukkan laporan semua kursus/bengkel yang dijalankan di peringkat sekolah.
Kepada SBP yang telah memuat naik semua laporan, tahniah sekali lagi. Jika ada kursus terkini, anda amat dialu-alukan untuk memuat naik laporan.
Kepada SBP yang masih mempunyai laporan yang perlu dimuat naik, dipersilakan untuk terus 'berblog'.
Selagi mana masih ada laporan LDP yang belum dimuat naik, sebenarnya tugas dan tanggungjawab anda belum selesai.
Terima kasih kepada tuan/puan yang bertanggungjawab memuat naik laporan LDP sekolah masing-masing.

Tahniah

Kursus “SBP excellent”, SAS Putrajaya

Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya telah menjalankan kursus “SBP excellent” pada 26 Jan 2008 jam 9.00 pagi. Kursus ini diberi oleh En Dzulkfili bin Mohd Supin yang mahir dalam penggunaan SBP excellent. Seramai 70 orang guru telah menghadiri kursus ini. Guru-guru telah didedahkan tentang pelbagai maklumat yang dapat diakses dari laman web tersebut. Kursus ini tidak melibatkan kos perbelanjaan.

Seminar Perbankan Islam, SAS Putrajaya

Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya telah menjemput beberapa pegawai dari Bank Rakyat untuk memberi maklumat mengenai pelbagai jenis akaun yang terdapat di bank agar peserta-peserta kursus ini dapat menguruskan hal kewangan diri dan keluarga dengan baik. Kursus ini telah dijalankan pada 10 Julai 2008 bermula jam 2.00 petang. Seramai 35 orang guru bersama semua pelajar sekolah ini telah menghadiri kursus ini yang berlangsung di dewan sekolah. Kursus ini melibatkan kos sebanyak RM960.00.

Kursus “Dreams are possible”



Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya telah menjemput angkasawan negara iaitu Datuk Dr. Sheikh Mustaphzar bin Shukor untuk menceritakan pengalaman beliau sebagai angkasawan pertama. Beliau juga telah memberi motivasi yang tinggi kepada peserta kursus untuk merealisasikan impian dan cita-cita. Kursus ini telah dijalankan pada 9 Ogos 2008 bermula jam 7.30 pagi. Kursus ini dihadiri oleh 70 orang guru dan juga semua warga pelajar sekolah ini. Buku terbitan adik angkasawan Negara (bekas pelajar SAS) telah dijual kepada pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah ini. Kursus ini melibatkan perbelanjaan sejumlah sebanyak RM1280.00.

Kursus ‘Guru Cemerlang, Pelajar Berkesan’, SAS Putrajaya



Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya telah mengadakan kursus yang bertajuk Guru Cemerlang, Pelajar Berkesan. Kursus ini telah diadakan pada 4 Ogos 2008 bermula jam 2.00 ptg. Penceramah kursus ini ialah Mr Chua Hong Tam yang pernah bertugas di Institut Aminuddin Baki. Beliau juga merupakan bekas guru sekolah ini. Oleh itu, beliau dapat memberi input yang sesuai dengan suasana sekolah ini. Kursus ini telah dihadiri oleh 56 orang guru. Guru-guru telah didedahkan mengenai pelbagai kecerdasan pelajar yang memerlukan pelbagai jenis teknik pengajaran dan pembelajaran. Teknik pengajaran dan pembelajaran dipelbagaikan agar pelajar dapat input yang berkesan dari guru. Kursus ini melibatkan kos sebanyak RM 960.00

Kursus”Menyelamat Nyawa” SAS, Putrajaya


Pada 4 April 2008 Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya telah menjemput penceramah En. Chellapan dari Persatuan Bulan Sabit Malaysia untuk memberi sesi cara-cara menyelamat nyawa semasa kes-kes kecemasan. Kursus ini dijalankan sempena menghadapi hari sukan sekolah agar guru-guru dapat membantu pelajar yang cedera semasa aktiviti kesukanan. Guru-guru juga diberi tunjukajar cara-cara menjaga kesihatan diri agar sentiasa sihat.

Kursus tersebut dijalankan selama 3 jam iaitu bermula dari 9.30 pagi hingga 12.30 tgh. Kursus ini telah dihadiri oleh 53 orang guru. Kursus ini melibatkan kos berjumlah RM200 sahaja.

Wednesday, September 17, 2008

KURSUS TMK GURU-GURU SMACH KE-2


Pada 14 Jun 2008, Sek. Men. Sains Machang telah mengadakan
kursus Teknologi Maklumat kali kedua untuk guru-guru.
Kursus ini telah diadakan di Makmal Komputer dan Makmal Bestari
sekolah dan telah dihadiri oleh semua guru(70 orang).

Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan program
Excel Office 2007 dan ISIS . Pendedahan program Excel
ini penting kerana guru perlu memproses banyak jenis data
mengenai pelajar terutama memproses markah ujian dan
peperiksaan. Sementara pengurusan sistem permarkahan
rumah pula menggunakan ISIS perlu dikemas kini
dari masa ke semasa supaya pihak ibu bapa dan kementerian
boleh mengakses banyak maklumat secara on-line.

Pemudahcara bagi kursus ini ialah En. Hamzah bin Hassan
(Guru Pusat Sumber) dan En. Ahmad Safiri bin Ahmad
(Guru Sistem Rumah SBP).

Kursus ini telah melibatkan kos berjumlah
RM 1342.00( RM satu ribu tiga ratus empat puluh dua sahaja)

Disediakan oleh:

Penolong Kanan
S.M. Sains Machang

Kursus Kemahiran Interpersonal KTK


Pada 28 Ogos dan 29 Ogos 2008 yang lepas, Kelab Guru Kolej Tunku Kurshiah telah Berjaya menjalankan Kursus Kemahiran Interpersonal untuk guru.

Objektif kursus ini adalah :

i. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
ii. Meningkatkan penampilan guru-guru agar lebih professional.
iii. Memberi panduan dan teknik-teknik berkomunikasi dalam konteks bilik darjah dan kawasan.
iv. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.


Kursus ini telah diadakan di Balai Muafakat KTK dan dihadiri oleh kakitangan guru lelaki dan perempuan. Para peserta telah menunjukkan minat dan mengambil bahagian dalam demonstrasi solekan dan penampilan diri. Penceramah yang dijemput , Puan Afifah Abdul Rahim dari Precise Consultancy , Seremban telah mengendalikan kursus ini dengan keadah yang menarik minat para guru. Kos mengendalikan kursus ini termasuk jamuan adalah sebanyak RM 1244.

Diharapkan kursus ini berjaya meningkatkan imej professional para guru dan seterusnya
diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Laporan oleh Pn. Hjh. Hawa Basiran
Setiusaha LDP Guru,
Kolej Tunku Kurshiah, Seremban.

Selamat Berpuasa

KURSUS DAN BENGKEL BICARA TOKOH KEMERDEKAAN



Kursus dan Bengkel Bicara Tokoh Kemerdekaan ini telah diadakan pada 30 Ogos, 2008, di Kampung Punggai, Pengerang. Tujuan kursus ini adalah untuk memberi peluang kepada para guru SM Sains Kota Tinggi menghayati dan mengamalkan sifat mulia tokoh-tokoh tempatan yang berjuang menentang pengganas komunis. Kesan langsung kursus ini diharapkan akan menimbulkan kesedaran dalam diri para guru untuk mendidik pelajar di sekolah dengan ilmu dan nilai patriotisme secara bersungguh-sungguh. Pengisian kursus ini melalui ceramah, forum dan bengkel dalam kumpulan. Dua orang tokoh telah dijemput untuk sama-sama menjayakan program ini iaitu En Jais bin Hj Sulaiman, seorang bekas anggota PDRM iaitu veteran Perang Era Darurat, yang kini tinggal di Felda Adela, Kota Tinggi. Seorang lagi tokoh ialah En Saat bin Abd Hamid, yang juga seorang bekas anggota PDRM yang berkhidmat sebelum kemerdekaan lagi, kini tinggal di Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi. Guru-guru menimba pengalaman dari kisah benar zaman Jepun, era darurat dan peristiwa awal kemerdekaan tanah air. Seramai 40 orang guru telah terlibat dalam kursus ini. Kursus ini telah berjaya diadakan selama 1 hari bermula jam 8.00 pagi hingga jam 2.30 petang dengan jayanya. Jumlah perbelanjaan untuk kursus ini sebanyak RM 1442.00. Tahniah kepada semua guru dan pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.


Disediakan oleh:

Penyelaras
Program Latihan Dalam Perkhidmatan
SM Sains Kota Tinggi

KURSUS PENGHAYATAN KEMERDEKAAN : SESI 2



Kursus Penghayatan Kemerdekaan : Sesi 2, telah diadakan pada 29 Ogos 2008, di Dewan Sri Penawar, Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Bandar Penawar. Kursus ini melibatkan semua guru Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi. Tujuan kursus ini adalah untuk melahirkan budaya cintakan sejarah bangsa dan negara. Tumpuan kursus ini pula untuk meningkatkan lagi kesungguhan guru-guru Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi agar menghayati erti kemerdekaan. Ceramah Penghayatan Kemerdekaan : Sesi 2 ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Sharif bin Mohin, Penceramah Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim, Johor Bahru. Tema ceramah beliau ialah “Pembangunan Modal Insan Cemerlang Generasi Kemerdekaan”. Seramai 39 orang guru telah terlibat dengan kursus dalaman ini. Kursus ini diadakan mulai jam 8.00 malam hingga 11.00 malam. Perbelanjaan untuk kursus ini sebanyak RM 600.00.


Disediakan oleh:

Penyelaras
Program Latihan Dalam Perkhidmatan
SM Sains Kota Tinggi

KURSUS PENGHAYATAN KEMERDEKAAN : SESI 1


Kursus Penghayatan Kemerdekaan : Sesi 1, telah diadakan pada 28 Ogos 2008, di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Bandar Penawar. Kursus ini melibatkan semua guru Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi. Tujuan kursus ini adalah untuk melahirkan budaya cintakan sejarah bangsa dan negara. Tumpuan kursus ini pula untuk menguatkan jati diri dan semangat patriotisme guru-guru Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi agar menepati hasrat semangat “Kejituan Patriotisme” Sekolah Berasrama Penuh. Ceramah Penghayatan Kemerdekaan : Sesi 1 ini telah disampaikan oleh En Abd Kadir bin Senin, Yang Dipertua PIBG, Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi. Seramai 32 orang guru telah terlibat dalam kursus dalaman ini. Kursus ini diadakan mulai jam 7.30 hingga 11.00 malam. Perbelanjaan untuk kursus ini sebanyak RM 540.00.


Disediakan oleh:

Penyelaras
Program Latihan Dalam Perkhidmatan
SM Sains Kota Tinggi

KURSUS ETIKA PAKAIAN DAN PROTOKOL MAJLIS RASMI




Kursus Etika Pakaian dan Protokol Majlis Rasmi ini diadakan dalam bentuk ceramah dan praktikal. Kursus ini melibatkan semua guru Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi dan telah diadakan pada 12 Ogos 2008, di Dewan Kuliah, Kolej Komuniti Bandar Penawar. Tujuan kursus ini adalah untuk memantapkan lagi ilmu etika pakaian dan kemahiran guru-guru SM Sains Kota Tinggi dalam mengendalikan majlis-majlis rasmi. Tumpuan kursus ini untuk menambahbaik lagi kemahiran dalam aspek protokol para guru. Kursus ini telah dikendalikan oleh En Fairulnizar bin Rahmat, Pensyarah Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Bandar Penawar. Seramai 45 orang guru telah terlibat dalam kursus dalaman ini. Kursus ini diadakan mulai jam 2.30 ptg hingga 5.45 ptg. Perbelanjaan untuk kursus ini sebanyak RM 512.50.


Disediakan oleh:

Penyelaras
Program Latihan Dalam Perkhidmatan
SM Sains Kota Tinggi

BENGKEL APLIKASI THINK.COM


Kursus Dalaman dalam bentuk perbengkelan aplikasi dan kemahiran ICT guru-guru Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi telah diadakan pada 17 Jun 2008, di SM Sains Kota Tinggi. Tujuan perbengkelan ini adalah untuk menambahbaik kemahiran ICT guru-guru yang terpilih. Tumpuan kursus ini khasnya untuk memperkukuhkan kemahiran LCMS. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Tuan Syed Muzni bin Syed Mustafa, Guru Penyelaras IT, Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi. Seramai 15 orang guru telah terlibat dengan kursus dalaman ini. Kursus ini diadakan dari jam 2.30 petang hingga 5.30 petang.



Disediakan oleh:

Penyelaras
Program Latihan Dalam Perkhidmatan
SM Sains Kota Tinggi

KURSUS DAN BENGKEL APLIKASI/ KEMAHIRAN ICT


Kursus Dalaman dalam bentuk perbengkelan aplikasi dan kemahiran ICT guru-guru Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi telah diadakan pada 14 Jun 2008, di SM Sains Kota Tinggi. Tujuan kursus ini adalah untuk memperkukuhkan lagi kemahiran ICT semua guru. Tumpuan kursus ini khasnya untuk memperkukuhkan kemahiran menggunakan peralatan ICT, kemahiran menggunakan Internet, aplikasi SMM, SSDM, EMIS dan SAPP. Bengkel ini telah dikendalikan oleh pegawai-pegawai dari Pusat Sumber Pendidikan Negeri Johor (PSPN). Guru-guru dibahagikan kepada kumpulan Pentadbir, Jabatan Teknik dan Vokasional, Jabatan Sains Kemanusiaan, Jabatan Sains Matematik dan Jabatan Bahasa. Seramai 47 orang guru telah terlibat dalam kursus dalaman ini. Kursus ini diadakan selama 1 hari mulai jam 8.00 hingga 12.00 ptg. Perbelanjaan untuk kursus ini sebanyak RM 504.00.


Disediakan oleh:

Penyelaras
Program Latihan Dalam Perkhidmatan
SM Sains Kota Tinggi

Kursus “ Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan” SAS Putrajaya

Kursus “ Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan”



Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya telah mengadakan kursus Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk guru-guru sekolah ini. Kursus tersebut telah dijalankan pada 23 Mei 2008 bermula dari pukul 9.00 pagi. Kursus tersebut diadakan di auditorium sekolah dan dihadiri oleh 53 orang guru. Penceramah bagi kursus tersebut ialah Pn Ashah bte Samah, Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan cara-cara untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Di antara caranya ialah mempelbagaikan alat bantu mengajar, percakapan guru yang jelas dan teknik menyoal yang mencabar. Penceramah bagi kursus ini juga memberi tunjukajar untuk membentuk sistem fail yang sistematik.

Kursus ini telah melibatkan kos berjumlah RM 960.00. Sarapan pagi dan makan tengah hari disediakan untuk semua peserta.

Peserta-peserta kursus sangat berpuas hati kerana mendapat input yang berguna untuk dipratikkan dalam proses pengajaran dan pengajaran.

KURSUS PEMBINAAN DAN ANALISIS ITEM



Kursus Dalaman berkaitan dengan pembinaan dan analisis item untuk guru-guru Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi telah diadakan pada 10 Mei 2008, di Hotel Desaru Golden Beach, Desaru, Bandar Penawar. Tujuan kursus ini adalah untuk memberikan kemahiran pembinaan dan analisis item kepada semua guru. Tumpuan kursus ini adalah untuk memastikan guru-guru mempunyai kemahiran terkini berkaitan pembinaan item dan analisis item. Ceramah pembinaan item telah disampaikan oleh En Noor Khairi bin Pungut (Guru Cemerlang Geografi), sementara ceramah analisis item disampaikan oleh En Ibrahim bin Omar (Penolong Kanan). Guru-guru juga telah dibahagikan kepada kumpulan perbengkelan untuk membina sampel item mengikut subjek masing-masing. Seramai 49 orang guru telah terlibat dalam kursus ini. Kursus ini diadakan selama 1 hari mulai jam 8.00 hingga 2.30 ptg. Perbelanjaan untuk kursus ini sebanyak RM 2650.00.


Disediakan oleh:

Penyelaras
Program Latihan Dalam Perkhidmatan
SM Sains Kota Tinggi

KURSUS DAN BENGKEL KERJA SEPASUKAN


Kursus dan bengkel kerja sepasukan untuk guru-guru Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi telah diadakan pada 18 – 19 April, 2008, di SM Sains Kota Tinggi. Tujuan kursus ini adalah untuk mengukuhkan semangat kerja sepasukan dalam kalangan guru-guru SM Sains Kota Tinggi. Pengisian kursus ini melalui ceramah, bengkel dalam kumpulan, latihan praktikal dan gotong royong. Ceramah bertajuk “Budaya Kerja Cemerlang” telah disampaikan oleh Ustaz Faaiz Fauzi bin Mohd Fauzi dari Pusat Latihan Ulu Tiram Indah. Guru-guru juga telah dibahagikan kepada kumpulan tertentu untuk membentuk semangat kerja sepasukan dalam kalangan guru. Seramai 48 orang guru telah terlibat dalam kursus ini. Kursus ini diadakan selama 2 hari dan jumlah perbelanjaan untuk kursus ini sebanyak RM 1800.00.


Disediakan oleh:

Penyelaras
Program Latihan Dalam Perkhidmatan
SM Sains Kota Tinggi

KURSUS DAN BENGKEL PEMBINAAN MODUL RELIEF


Kursus Dalaman berkaitan dengan bengkel pembinaan modul relief untuk guru-guru Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi telah diadakan pada 1 Januari 2008, di Bilik Mesyuarat Desaru, Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi. Tujuan bengkel ini adalah untuk memberikan kemahiran kepada guru membina modul pengajaran yang berkesan. Bengkel pembinaan modul ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Nor Salleh bin Ngatimin, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SM Sains Kota Tinggi. Modul-modul yang dibina akan digunakan pada tahun 2008 juga. Guru-guru juga telah dibahagikan kepada kumpulan perbengkelan mengikut jabatan masing-masing. Seramai 48 orang guru telah terlibat dalam perbengkelan ini. Kursus ini diadakan selama 1 hari mulai jam 8.00 pagi hingga 4.30 ptg.


Disediakan oleh:

Penyelaras
Program Latihan Dalam Perkhidmatan
SM Sains Kota Tinggi

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH


Pada 10 OGOS 2008, Kursus Pengurusan Jenazah telah diadakan bertempat di masjid dan surau Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Kursus ini melibatkan semua guru dan pelajar Tingkatan Tiga dan Tingkatan 5, juga terbuka kepada staf bukan guru. Kursus yang dijalankan selama empat jam ini terbahagi kepada dua kategori, iaitu pengurusan bagi jenazah lelaki yang diadakan di Masjid Mu'adzam, SMSAH dan pengurusan jenazah wanita yang diadakan di surau sekolah.

Antara objektif kursus ini adalah memberi pendedahan secara praktikal tentang cara-cara menguruskan jenazah kepada seluruh warga sekolah terutamanya kepada pelajar-pelajar tingkatan tiga dan lima yang telah mempelajarinya secara teori semasa sesi pengajaran di dalam kelas. Selain itu, dengan adanya kursus sebegini diharapkan kepada peserta agar dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan sebenar apabila berlaku satu-satu kematian, terutamanya keluarga terdekat.

Kursus yang dihadiri seramai kira-kira 300 peserta ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari. Kos perjalanan kursus dianggarkan berjumlah RM 1532 termasuk bayaran kepada penceramah dan jamuan makan kepada peserta kursus...

BENGKEL KOMUNIKASI BAHASA INGGERIS

Pada 17 JULAI 2008 ,bertempat di makmal Bahasa Inggeris, SM Sultan Abdul Halim Jenan telah diadakan Bengkel Komunikasi Bahasa Inggeris. Bengkel ini dikendalikan oleh Puan Rabitah bt Abd Wahab yang juga merupakan Guru Cemerlang di SMSAH. Antara peserta yang mengikuti bengkel ini adalah terdiri dari 20 orang guru matapelajaran Sains dan Matematik.

Bengkel yang dikendalikan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris ini antara lain bertujuan meningkatkan keupayaan dan keyakinan berkomunikasi dalam bahasa ini terutamanya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Modul yang dikendalikan sepenuhnya oleh Puan Rabitah ini menggunakan modul Tenses - Membina ayat menggunakan past tense melalui rangsangan yang diberikan oleh fasilitator. Aktiviti lain termasuklah nyanyian dan story-telling menggunakan kartun Lat.

Latihan Dalam Kumpulan (LDP) ini membantu guru berkomunikasi dengan yakin dalam bahasa Inggeris, memberi idea-idea yang spontan dan tidak terlalu memikirkan kesalahan tatabahasa. Dalam aktiviti yang dijalankan, guru-guru saling bantu-membantu rakan-rakan semasa aktivit dijalankan terutama dalam persembahan mereka.

Kos perbelanjaan : RM 50.00 (bahan cetakan)

KURSUS DAN BENGKEL PEMBINAAN MODUL RELIEF


Kursus Dalaman berkaitan dengan bengkel pembinaan modul relief untuk guru-guru Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi telah diadakan pada 1 Januari 2008, di Bilik Mesyuarat Desaru, Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi. Tujuan bengkel ini adalah untuk memberikan kemahiran kepada guru membina modul pengajaran yang berkesan. Bengkel pembinaan modul ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Nor Salleh bin Ngatimin, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SM Sains Kota Tinggi. Modul-modul yang dibina akan digunakan pada tahun 2008 juga. Guru-guru juga telah dibahagikan kepada kumpulan perbengkelan mengikut jabatan masing-masing. Seramai 48 orang guru telah terlibat dalam perbengkelan ini. Kursus ini diadakan selama 1 hari mulai jam 8.00 pagi hingga 4.30 ptg.


Disediakan oleh:

Penyelaras
Program Latihan Dalam Perkhidmatan
SM Sains Kota Tinggi

Keterampilan Bertutur

Para pendidik dan kakitangan sokongan wanita SEMASHUR telah berpeluang untuk menghadiri latihan dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh ANGKASA dan Koperasi SM Sains Hulu Selangor Bhd. pada 26hb April 2008 yang bertajuk 'Keterampilan Bertutur'.Kursus ini diadakan di Hotel seri Malaysia Genting Highlands.Jumlah peserta yang terlibat adalah seramai 30 orang.

Pengendali kursus adalah seorang pegawai latihan yang berpengalaman dan bertauliah dari ANGKASA iaitu En. Badrul Hisam b. Mohd Shafie. Objektif kursus adalah membina semangat positif untuk bertutur di khalayak ramai dan menangani tekanan minda dan perasaan semasa bertutur.Kursus ini berlangsung selama 6 jam iaitu pada jam 8.30 pg hingga 1.30 petang.

Keseluruhan perbelanjaan program ditanggung sepenuhnya oleh ANGKASA.

Tuesday, September 16, 2008

Kursus Penyelenggaraan dan Operasi Asas Komputer




Tarikh : 28 Jun 2008
Hari : Sabtu
Tempat : Makmal Komputer Bestari, SMESH
Bilangan Peserta : 52 orang
Perbelanjaan kursus : RM 1788.00
Fasilitator : 1. En. A. Zailani Bin A. Mumin
2. En. Zafrul Asmie Bin Abdul Salam
3. Cik Anna Lynn B. Abu Bakar

Objektif
1.0 Meningkatkan pengetahuan asas ICT dalam kalangan guru.
2.0 Peka dan amat prihatin dengan perkembangan ICT dan penggunaannya.
3.0 Menggunakan kemudahan ICT secara maksimum dalam tugas seharian.
4.0 Tidak ketinggalan dalam pengetahuan ICT berbanding orang lain.
5.0 Menjaga kemudahan dan peralatan ICT dengan baik.

Isi Kandungan :
Slot 1 - Tajuk yang disampaikan :
1. Komputer dan Komponen
2. Software dan Installation
3. Utiliti dan Antivirus
4. Pemasangan dan Penggunaan device lain
5. Tatacara penjagaan Komputer

Slot 2 - Tajuk yang disampaikan :
1. Microsoft office
2. Editing Picture
3. Editing Video
4. Photoshop CS

Slot 3 - Tajuk yang disampaikan :
1. Networking dan Sharing document
2. Email, Chat dan Forum
3. Internet dan Web
4. Pembinaan Think.Com
5. Pembinaan Blog

Disediakan oleh :
Penyelaras LDP
SM. Sains Sabah
Koto Kinabalu

Monday, September 15, 2008

SEMINAR PENGURUSAN PELAJAR DALAM KELAS

Pada 26 April 2008 ( Sabtu ) dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 petang, SBP Integrasi Pekan telah menganjurkan satu seminar untuk guru-guru SBPIP yang bertajuk pengurusan pelajar dalam kelas. Seminar tersebut diadakan di Dewan Gemilang SBPIP dengan dihadiri oleh 50 orang guru. Dua kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar tersebut oleh penceramah jemputan. Kertas kerja pertama bertajuk: PENDEKATAN HUMANISTIK DALAM P & P disampaikan oleh En. Roslan Bin Mansor
(Pegawai dari JPN Pahang). Kertas kerja kedua bertajuk: ASPEK KEMAHIRAN BELAJAR DALAM P & P disampaikan oleh En. Badruddin bin Shukor (Pegawai dari JPN Pahang). Disamping mendengar ceramah, peserta diberi peluang untuk bertanya dan memberi pandangan. Sebanyak RM1410.00 telah dibelanjakan bagi menjayakan seminar ini.

BENGKEL PENGURUSAN SEKOLAH UNTUK GURU-GURU SBP INTEGRASI PEKAN


Pada 28 & 29 Ogos 2008, SBPIP telah mengadakan bengkel pengurusan sekolah di bilik bahasa SBPIP dengan dihadiri oleh 50 orang guru. Bengkel tersebut bertujuan memberi maklumat kepada guru-guru tentang aspek-aspek pengurusan sekolah yang cemerlang. Tiga tajuk telah dibahaskan sebagai pengisian bengkel iaitu RESTRUCTURING SCHOOL MANAGEMENT, MEASURING SCHOOL PERFORMANCE & MEREALISASIKAN VISI & MISI SEKOLAH. Bengkel dikendalikan oleh Panel Bahasa Inggeris SBPIP dan pengetua. Bengkel ini merupakan satu dapatan daripada pengalaman tuan pengetua ( Hj. Azhari bin Tauhid ) ketika beliau berada di King George College di UK baru-baru ini. RM 720.00 telah dibelanjakan bagi menjayakan bengkel ini.

BENGKEL BINA SEMANGAT PATRIOTISME DAN AMALAN PROTOKOL


SBP INTEGRASI PEKAN- 13 OGOS 2008
Satu bengkel bina semangat patriotisme dan amalan protokol telah diadakan untuk guru-guru sekolah ini. Bengkel tersebut dikendalikan oleh Tn. Hj. Azhari bin Tauhid ( Pengetua Cemerlang SBPIP ) dan Tn. Hj. Shamsudin bin Endut ( Guru Kaunseling SBPIP ). Ia berlangsung selama dua jam iaitu dari pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang di bilik bahasa SBPIP. Semasa bengkel bina semangat patriotisme, guru-guru berpeluang berkongsi maklumat mengenai sejarah kemerdekaan, semangat patriotisme orang-orang terdahulu, dan bagaimana nak tanam semangat patriotisme kepada pelajar-pelajar. Manakala ketika bengkel amalan protokol, guru-guru berpeluang berkongsi maklumat mengenai protokol majlis rasmi. Bengkel ini melibatkan kos sebanyak
RM 210.00.

Latihan Dalam Perkhidmatan : Kepekaan Gender Pelajar

Latihan dalam perkhidmatan bertajuk Kepekaan Gender Pelajar telah diadakan pada 28Jun 2008, bertempat di Bilik Gerakan SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra.Ianya telah dihadiri oleh seramai 73 orang guru. Kursus bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengahari.Kursus ini telah dikendalikan oleh satu pertubuhan bukan kerajaan yang diwakili oleh Pn. Maria Chin . Kursus ini adalah bertujuan memberi pendedahan dan perbincangan dengan para guru tentang hubungan di antara jantina dan pencapaian pelajar .Sebanyak RM780 telah dibelanjakan dalam melaksanakan kursus ini.

Disediakan oleh :
En. Che Ramli b. Che Ismail
SU LDP
SMS Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan

Latihan Dalam Perkhidmatan : Pembinaan Kapasiti Kepimpinan Guru

Latihan dalam perkhidmatan bertajuk Pembinaan Kapasiti Kepimpinan Guru telah diadakan pada 19 Januari 2008, bertempat di Bilik Gerakan SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra.Ianya telah dihadiri oleh seramai 76 orang guru. Kursus bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengahari.Penceramah bagi kursus ini adalah mantan pengetua, En. Wan Hamzah bin Wan Daud. Kursus ini adalah bertujuan memberi input kepada para guru tentang bentuk kepimpinan yang diperlukan dalam mengurus sesebuah institusi untuk melonjakkan kecemerlangan.Sebanyak RM840 telah dibelanjakan dalam melaksanakan kursus ini.

Disediakan oleh :
SU LDP
SMS Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan

Kursus 'Think.com' di SMS Kuching




Sekolah Menengah Sains Kuching telah menggadakan Kursus 'Think.com' pada 12 April 2008. Kursus ini telah diadakan di Makmal Bestari dan dihadiri oleh 25 orang guru yang terdiri daripada guru sumber untuk 7 subjek bestari iaitu mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,Pendidikan Islam, Geografi dan Sejarah.
Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk mengingatkan para guru terhadap kepentingan penggunaan 'think.com'dalam mengupayakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan web. Selain daripada itu , para guru juga diberi pendedahan tentang 'site' yang terdapat dalam 'think.com'.Kursus ini juga boleh dijadikan sebagai landasan untuk berkomunikasi dengan rakan lain dari dalam dan luar negara ke arah menyediakan para pelajar kepada kemahiran abad ke- 21. Antara aktiviti semasa sesi kursis ini ialah penerangan tentang ' think.com' serta ' hands-on' oleh para peserta. Sesi ceramah ini telah dijalankan oleh Guru Penyelaras Bestari, En Abdul Taip Bin Hj Amin. Kursus ini melibatkan kos sebanyak RM 100.00.
Semoga kursus ini boleh mencapai matlamat

Disediakan oleh

HJH HABSHAH BT KHATIB
Setiausaha LDP SMSK.

Sunday, September 14, 2008

KURSUS KECERGASAN DAN KEMAHIRAN PERMAINAN

SM Sains Teluk Intan telah mengadakan Kursus ini pada 30 Ogos 2008 bertempat di Bilik Gerakan serta kemudahan sukan dan padang SM Sains Teluk Intan. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru mengenai kaedah dan aktiviti kecergasan yang boleh dilakukan kepada pelajar-pelajar dalam Kelab Permainan masing-masing. Antara aktiviti yang dijalankan semasa Kursus ini adalah aktiviti kecergasan dan aktiviti kemahiran permainan yang disampaikan oleh penceramah jemputan dengan kehadiran seramai 27 orang guru. Kursus ini menggunakan kos peruntukan sebanyak RM324.00 (Ringgit : Tiga Ratus Dua Puluh Empat Sahaja)dari peruntukan LDP.

Disediakan oleh
Setiausaha LDP SEMESTI.

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SMACH

Kursus Teknologi Maklumat dan Komunikasi 1 Untuk Guru Sekolah Menengah Sains Machang

SMS Sains Machang telah mengadakan kursus Teknologi Maklumat untuk guru-guru sekolah ini pada 17 Mei 2008. Kursus ini telah diadakan di Makmal Komputer sekolah dan telah dihadiri oleh semua 70 orang guru.
Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan program WSMS/LMS dan e-bahan, melatih guru menggunakan perisian komputer dengan baik, melatih guru membuat penyelenggaraan komputer dengan memuaskan dan menggunakan program anti-virus dengan berkesan.
Pemudahcara bagi kursus ini ialah Pakar Komputer En. Hamzah bin Hassan dan En. Mustapha bin Ilias.
Kursus ini telah melibatkan kos berjumlah RM 1342.00 (RM satu ribu tiga ratus empat puloh dua sahaja).
Semoga kursus ini mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh,
Penolong Kanan
SMS MACHANG.

Kursus Perkongsian Inovasi SHAH PEKAN

Pada 11 hb September 2008, telah diadakan satu kursus yang bertajuk Perkongsian Inovasi bertempat di Bilik Gerakan SHAH. Kursus ini telah dihadiri oleh 63 orang guru SHAH. Ustaz Suhaimi bin Endut selaku Guru Inovasi SHAH telah mengendalikan kursus ini selama 2 jam. Satu majlis berbuka pusa telah diadakan sempena majlis ini disertai Sembahyang Berjemaah dan Teraweh serta moreh. Jumlah kos untuk mengendalikan kursus ini ialah sebanyak RM 567.00.

Semasa kursus ini dijalankan Ustaz Suhaimi bin Endut telah menunjukkan satu inovasi yang telah dibina oleh beliau yang bertajuk E- Sinar khas untuk kegunaan para pelajar Tingkatan Empat khususnya bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.

Para guru mendapati E-Sinar yang ditunjukkan amat menarik untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan telah berjaya membuka minda para guru SHAH untuk sama-sama mengaplikasikan segala pengetahuan masing-masing bagi membina bahan pengajaran dengan menggunakan komputer. Sehubungan dengan itu satu kursus dalaman yang bertajuk Perkongsian Inovasi II pula akan diadakan bagi membolehkan para guru didedahkan dengan kaedah pembinaan asas E- Sinar untuk diaplikasikan dalam mata pelajaran masing-masing.

Semoga para guru SHAH berjaya mengaplikasikannya dalam pengajaran masing-masing.


Disediakan oleh :


Pn. Aminah binti Mohd. Noor
SU Latihan Dalam Perkhidmatan SHAH 2008

Kursus Pengenalan WSMS Shah Pekan

Satu Kursus Pengenalan WSMS/LCMS telah diadakan di Makmal Komputer Bestari SHAH pada 8 April 2008. Seramai 25 orang guru telah menghadiri kursus tersebut. Selaku fasilitator En. Suhaimi bin Mohd Ghazali dan En. Rosli bin Salim telah mengendalikan kursus ini.

Objekif kursus ini adalah untuk memperkenalkan Sistem Pengurusan Sekolah Bestari Berasaskan Web (WSMS/LCMS) kepada guru. Kursus ini juga bertujuan untuk memberikan kemahiran kepada guru-guru menggunakan modu;l-modul yang terdapat dalam WSMS. Tambahan pula para guru digalakkan untuk menggunakan WSMS/ LCMS dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran masing-masing.

Semasa kursus ini dijalankan, semua guru telah diberikan user id dan password untuk masuk ke system WSMS. Semua guru diberikan penerangan dan seterusnya mereka juga telah diberikan latihan hand on. Modul yang diperkenalkan ialah Pengurusan Staf, pengurusan Murid , Pengurusan Kokurikulum dan juga LCMS.

Kursus ini telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan menmandangkan semua guru telah dapat akses ke WSMS dan dapat membuat hand on walaupun masa yang diberikan terlalu singkat.

Kursus LADAP Sester - Tatacara Pengurusan dan Pengendalian Aktiviti Kokurikulum

SM Sains Kuala Terengganu (SESTER) telah mengadakan kursus LADAP bertajuk Tatacara Pengurusan dan Pengendalian Aktiviti Kokurikulum pada 29 dan 30 Julai 2008. Kursus ini bermula 2.30 petang hingga 5.30 petang yang dihadiri oleh 38 orang guru. Kursus ini diadakan di Bilik Seminar.

Objektif kursus ialah mendedahkan maklumat dan cara-cara untuk mengendalikan aktiviti kokurikulum khususnya dalam aspek pengurusan dan pelaksanaan Kadet Remaja Sekolah. Ceramah disampaikan oleh Penyelia Kokurikulum dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu iaitu Tuan Haji Othman bin Ismail.

Kursus ini telah ditutup secara rasmi oleh Pengetua, Tuan Haji Zakaria bin Awang. Kos kursus berjumlah RM456.00.

Diharap kursus lain akan dapat dilaksanakan dengan jayanya sehingga akhir tahun ini.

Disediakan oleh,
Penyelaras LADAP.

LAPORAN LDP SESERI BIL 4







































LAPORAN DALAM PERKHIDMATAN BIL 4
Tarikh : 18 – 20 Julai 2008
Tajuk : Team Building
Tempat : Nur Lembah Pangsun Eco Resort, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan
Laporan :

INTEGRITI CEMERLANG TEAMBUILDING:

Manusia dilahirkan penuh dengan perbezaan di antara satu sama lain. Setiap manusia hidup di atas nilai yang dipupuk sejak kecil oleh kedua ibu dan bapa. Nilai-nilai yang dipupuk inilah terbentuknya perangai. Jika nilai itu berdasarkan budi pekerti mulia maka akan terbentuklah perangai atau tingkah-laku yang baik. Tetapi kalau nilai yang tidak baik diamalkan maka perangai yang tidak eloklah yang dizahirkan.

Namun begitu ada juga manusia yang tidak seimbang pembawakan hidupnya. Nilai-nilai murni yan sering diperkatakan tidak diamalkan malah berlaku yang sebaliknya. Keadaan ini terdapat konflik di antara nilai murni dengan perangai. Maka keadaan dikira sebagai tiada integriti. Keseimbangan nilai dan perangai akan mewujudkan satu integriti.

Melalui integriti inilah perbedaan rupa, kulit, agama, pangkat dan status bukanlah menjadi halangan dalam memupuk jalinan silaturahim. Perbedaan di antara manusia bukanlah boleh dijadikan alasan untuk bertelingkah. Manusia dijadikan untuk saling kenal-mengenal di antara sama lain.

Tiada satu pun manusia dilahirkan penuh dengan kesempurnaan. Manusia saling memerlukan di antara satu sama lain bagi menyempurnakan hidup. Kita tidak diminta untuk menjadi sempurna tetapi kita diminta untuk menyempurnakan kehidupan ini. Kita dilahirkan untuk menyempurnakan fungsi dan amanah.

Jika seseorang itu adalah seorang bapa maka sempurnakanlah fungsinya sebagai seorang bapa dengan memupuk nilai kasih-sayang dan perilaku mulia. Jika dia seorang guru maka sempurnakanlah fungsi sebagai seorang guru dengan mencurahkan segala ilmu dengan kaedah yang paling berkesan. Jika dia sebagai seorang mahasiswa sempurnakanlah fungsi sebagai seorang mahasiswa dengan melaksanakan segala tugasan dengan penuh bijaksana. Jika semua manusia melaksanakan fungsi dan amanah masing-masing maka kehidupan akan menjadi lebih sempurna dan harmoni.

Di dalam program ini, peserta turut mempelajari bagaimana untuk mengenal personaliti. Dengan memahami personaliti mudah bagi seseorang itu untuk berkomunikasi. Peserta mula memahami dirinya sendiri dan memahami orang lain. Memahami kelebihan dan kekurangan diri akan membolehkan peserta mengambil langkah mempertingkatkan prestasi.

Integriti membawa peserta memahami pengertian silaturahim dan memupuk nilai-nilai murni demi mengharmonikan kehidupan ini.



KANDUNGAN PROGRAM

Ice Breaking & Pengenalan Program 2 jam

Dalan sesi ini, peserta dan fasilitator memecah pembendungan dengan suai kenal

KULIAH 1 - PENGURUSAN STRESS 2 jam

Dalam sesi ini, peserta diberi kefahaman tentang definasi stres. Melihat gejala stres dalam bentuk spiritual, mental, emosional dan fizikal. Peserta memahami pengertian stres dan melihat stres dari sudut positif. Peserta memahami gejala stres, jalan penyelesaiannya dan memahami stres berpunca dari set minda seseorang.

EQ – Kecerdasan Emosi 2 jam

Dalam sesi ini, peserta dibawa untuk memahami pengertian EQ.Memahami kepentingan Interpersonal dan Intrapersonal. Ia adalah seni tentang bagaimana berhubung dan berkomunikasi dengan manusia lain yang melibatkan hal-hal emosi. Memahami tip dan kaedah menyelesaikan masalah emosi dan memupuk kecemerlangan bahasa emosi.

Stimulasi Minda – Peserta menjalani sesi mengenal pasti bahasa emosi dan kaedah berkomunikasi yang berkesan.

Game 1 : Prasangka 2 jam

Di dalam aktiviti ini, setiap kumpulan diberikan sebuah gerakerja. Dalam menyelesaikan misi tersebut. Setiap pasukan harus mengenal pasti musuh dalam selimut di dalam pasukan mereka. Musuh dalam selimut berperanan mengagalkan misi pasukan tanpa dapat dikesan oleh pasukan itu.
Setiap harus menangkap musuh di dalam selimut. Seseorang yang disyaki akan dikuarantinkan. Perbicaraan di mahkamah terbuka akan dijalankan setelah tamat tempoh.


Tayangan Video 2 – Pay It Forward 2 jam

Dalam sesi ini, peserta dibawa untuk menonton dan menghayati filem yang ditayangkan. Tayangan video berdasarkan kepada kisah benar ini akan dijadikan bahan kes studi dalam melihat setiap manusia mempunyai kelemahan dan kelebihan. Dengan menyumbangkan yang terbaik pada masyarakat tanpa harap dibalas dapat memberi impak mengkagumkan dalam kehidupan.
Peserta dan kumpulan masing-masing akan menganalisa dan mencatatkan mesej serta pelajaran yang terkandung dalam filem tersebut. Penghayatan filem akan memudahkan peserta mengingati intipati dalam kursus ini.







Sinopsis Kes Studi Video 1 jam

Dalam sesi ini, peserta bersama kumpulan masing-masing akan menggariskan mesej dan pelajaran yang mereka perolehi dari filem tersebut.
Mesej dan pelajaran ini dikaitkan dengan nilai yang harus mereka amalkan apabila pulang menjalankan tugasan ataupun pembelajaran di universiti.
Dengan aktiviti ini, peserta akan lebih mudah memahami dan menghayati pengisian disebalik video yang ditayangkan.

Treasure Hunt 2 jam

Gerakerja berpasukan mencari harta misteri ( treasure hunt ). Misi ini akan membuktikan kemahiran peserta bagi menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan secara berkumpulan. Ia menguji kreativiti dan kepantasan dalam bertindak.


Rumusan dan Acara Penutup

Dalam sesi ini, peserta bersama kumpulan membuat rumusan intipati pelajaran yang telah mereka perolehi sepanjang mengikuti program ini. Luahan hati peserta tentang kesan yang telah mereka dapati dari program ini.




JADUAL PROGRAM ( 3 hari 2 malam )

HARI PERTAMA ( 18 / 07 / 2008 )

03.00 – 05.00 Perjalanan ke tempat program

05.00 – 07.00 Ice Breaking & pengenalan program

07.00 – 09.00 Makan malam / rehat

09.00 – 11.00 Kuliah 1 : Pengurusan Stress

11.00 Bersurai

HARI KEDUA

08.30 – 10.30 Kecerdasan Emosi : EQ

10.30 – 11.00 Minum pagi

11.00 – 01.00 Game 1 : Prasangka

01.0 – 02.30 Rehat / Makan Tengahari

02.30 – 04.30 Tayangan Video 2 – Pay It Forward

04.30 – 06.00 Sinopsis ‘Pay It Forward’

06.00 – 09.00 Rehat

09.00 – 12.00 Barbique

12.00 Bersurai

HARI KETIGA

08.30 – 10.30 Treasure Hunt

10.30 – 11.00 Minum pagi

11.00 – 12.00 Rumusan dan majlis penutup

01.00 – 02.00 Makan Tengahari

02.00 Bersurai