Thursday, April 30, 2009

Program Perkembangan Staf Kali Kedua 2009 - Kerja Sebagai Satu Ibadah



SBP Integrasi Gombak telah mengadakan program perkembangan staf kali kedua pada hari Jumaat bersamaan 17 April 2009. Guru-guru yang telah menyertai program ini seramai 46 orang. Ia dijalankan di Sidang Seroja SBP Integrasi Gombak.

Matlamat program ini dijalankan supaya dapat melahirkan warga guru yang bertanggungjawab efektif, inovatif serta dapat memikul amanah yang telah diberi dengan penuh keikhlasan dan secara berterusan.

Pengisian program ini dijalankan dalam bentuk ceramah, bengkel serta sesi soal jawab. Penceramah jemputan ini merupakan Ketua Unit Pendidikan Islam dan Moral pejabat pelajaran daerah Gombak iaitu Encik Umar Bin Mohamad. Kos bagi menjayakan program ini sebanyak RM 483.00.

Secara keseluruhannya program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Ia telah memberikan satu kesan yang positif dan semangat yang baru kepada semua warga pendidik agar dapat menjadi guru yang lebih efektif dan inovatif serta ikhlas menjalankan amanah Allah. Para guru juga telah memberi maklum balas yang positif memandangkan tajuk yang disampaikan amat bertepatan bagi melahirkan guru yang ikhlas dalam kerjayanya dan dapat jati diri agama, bangsa dan negara.

Disediakan oleh,
Encik Mohd Fuad Bin Abdul Wahab

Guru Perkembangan Staf SBPI Gombak

Program Perkembangan Staf Kali Pertama 2009 - Team Building



SBP INTEGRASI GOMBAK telah mengadakan program perkembangan staf di desa Waterpark pada 8 Mac 2009. Kursus ini telah dihadiri guru-guru seramai 48 orang. Kursus ini dijalankan untuk mewujudkan hubungan yang baik dan akrab di kalangan para guru agar dapat berganding bahu bagi melahirkan anak bangsa yang mempunyai sahsiah, akademik dan kokurikulum yang cemerlang.

Pengisian disampaikan dari sudut taklimat, ceramah, sukaneka, permainan air dan penyampaian hadiah. Secara keseluruhannya program ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Para guru kelihatan gembira dan sebagai petanda bahawa program Team Building ini telah berjaya mencapai objektifnya.


Disediakan Oleh,
Encik Mohd. Fuad Bin Abdul Wahab

Guru Perkembangan Staf SBPI Gombak

Monday, April 20, 2009

Laporan Hari Profesionalisme (3)


Pada 28 Mac 2009 Hari Profesionalisme (3) telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Muar. Pengisian hari tersebut lebih berfokus kepada penambahbaikan profesionalisme dalam kalangan guru. Diharapkan melalui ceramah yang diberikan akan menyuntik nilai integriti yang tinggi kepada guru-guru lantas dijelmakan melalui pekeperibadian dan cara kerja yang beretika. Seramai 66 orang guru telah mengikuti Hari Profesionalisme (3)bermula dari jam 8.00am hingga 4.30pm di bilik seminar sekolah.

Penceramah pada hari tersebut ialah Puan Hajah Norbi binti Husin. Beliau merupakan bekas pengetua (15 tahun menjadi pengetua) dan kini bergiat aktif menjadi penceramah PTK di bawah Yayasan Guru Malaysia. Slot 1 berkisar tajuk Etika dan Integriti manakala slot 2 membincangan Kemahiran Pengurusan Emosi. Para guru mendapati ceramah yang disampaikan amat berkesan malah tidak menyedari masa yang berlaku. Semua guru memberikan respon yang positif terhadap aktiviti dan soalan-soalan yang diajukan penceramah. Terdapat juga guru-guru yang mengajukan soalan kepada penceramah. Komunikasi dua hala antara penceramah dan para guru telah menjayakan program yang dijalankan.

Saturday, April 18, 2009

LDP siri 2/2009 Moz@c

Jawatankuasa latihan dalam perkidmatan SMS Muzaffar Syah mengadakan kursus tersebut di bilik gerakan sekolah pada hari Sabtu 18 April 2009.
Agenda
8 pagi Taklimat Hem
9 pagi Pengurusan Kurikulum
1030 pagi Pengurusan panitia
1200 th Pengurusan mesyuarat panitia
100 th pengurusan bilik darjah
Ceramah disampaikan Oleh En Roszelan , Cik Rosnah dan TN HJ Hashim
Pengisian kursus hari ini menggunakan bahan yang disediakan oleh unit latihan JPNMelaka .Tema kursus adalah pengurusan kurikulum dan pendedahan aspek kecemerlangan dan peningkatan profesionalisma guru juga disentuh dengan mendalam.Semua guru juga memberi maklum balas yang baik tentang bahan yang disampaikan dan diedar semasa ceramah dijalankan. Kehadiran guru adalah seramai 60 orang kerana pada masa yang sama unit HEM mengendalikan kursus Kesuma peringkat sekolah .Kos latihan RM 600
Disediakan S/U
LDP Moz@c 2009

Thursday, April 16, 2009

Enhancing the Development and Training of TKC Teachers





LAPORAN KURSUS DALAM PERKHIDMATAN GURU SBP
KOLEJ TUNKU KURSHIAH SEREMBAN

LDP Guru Kali Pertama 2009
Tarikh : 30 Mac 2009 ( Isnin )
Masa : 2.30 ptg hingga 5.00 ptg.

Tajuk : Bengkel : “Enhancing the Development and Training of TKC Teachers”
Penceramah : Kumpulan Kepakaran dan Konsultansi di Kalangan Bekas Pelajar Kolej Tunku Kurshiah :1. Dr. Asmah Abdullah 2. Dr. Sharifah Maimunah
As Sagoff 3. Dato’ Sabariah Sabtu 4. Pn. Hjh. Yusnidzar binti Md. Zain
Fasilitator : 7 orang fasilitator ( berjawatan profesional ) bekas pelajar KTK
Tempat : Perpustakaan Kolej Tunku Kurshiah Seremban.
Perserta : Semua Guru Kolej Tunku Kurshiah seramai 62 orang

Laporan :
Sesi berbentuk bengkel telah dikendalikan dengan jayanya oleh kumpulan pakar dan konsultansi yang merupakan bekas pelajar KTK .

Objektif bengkel ini ialah untuk mendapatkan maklum balas daripada pelbagai bentuk persoalan yang menjurus kepada merealisasikan pelajar KTK bertaraf global. Maklum balas dan dapatan daripada bengkel ini akan dijadikan panduan bagi merangka beberapa sesi susulan.

Bengkel dikendalikan dalam dwibahasa yang mana 70% adalah dalam bahasa Inggeris. Pembentangan hasil perbincangan kumpulan oleh peserta guru juga berjaya disampaikan dalam bahasa Inggeris.

Persoalan yang dilontarkan sebagai bahan bengkel adalah seperti berikut :
What is TKC brand?
Who is global citizen?
What are the objectives of cluster school?
What are the key characteristics of students who have acquired a global mindset?
How do we prepare students for the global work place?
What are the key characteristics of teachers in cluster school?

Dr. Asmah sebagai penceramah utama telah menyatakan kekaguman atas respons yang ditunjukkan oleh para guru. Hasrat ikhlas dan murni bekas pelajar yang sentiasa ingin melihat kecemerlangan yang berterusan dikalangan para pelajar dan lepasan KTK telah disambut dengan respons positif oleh para guru KTK yang sedia ada.

Disediakan oleh Penyelaras LDP Guru KTK 2009

Tuesday, April 14, 2009

SAKTI LDP 2/2009 : Etika Perkhidmatan Penjawat Awam dan Kajian Tindakan.


Tarikh : 28 Febuari 2009
Tempat : Bilik Mesyuarat Desaru, SM Sains Kota Tinggi.
Masa : 7.30 pagi hingga 4.30 petang.
Bil. Guru : 58 orang
Kos : RM 600

Latihan dalam perkhidmatan siri ke 2/2009 dimulakan dengan pengisian senamrobik guru-guru bersama pelajar dan gerak tari tarian poco-poco.




Slot 1 : Etika Perkhidmatan Penjawat Awam oleh Tuan Pengetua,
Tn Hj Hassan Bin Topit

Kursus ini amat bermakna dan memberi faedah untuk meningkatkan tahap profsional sebagai seorang guru yang mengetahui etika perkhidmatan penjawat awam.



Slot 2 : Kajian Tindakan oleh Tn Hj Nor Salleh Ngatimin,
Penolong Kanan KoKurikulum.

Kursus kajian tindakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan yang jelas kepada semua guru berkaitan kajian tindakan.
Tn Hj Nor Salleh menyampaikan berkaitan pengenalan dan fungsi kajian tindakan terhadap usaha-usaha dalam meningkatkan proses P&P yang dijalankan serta prosedur-prosedur penyediaan kajian tindakan.



Semoga kursus ini mencapai matlamatnya.


Disediakan oleh,


Penyelaras,
Program Latihan Dalam Perkhidmatan
SM Sains Kota Tinggi.



Monday, April 6, 2009

KURSUS DAN BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK 2009.




Kursus dan bengkel berkaitan Perancangan Strategik untuk guru-guru Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi telah diadakan pada 1 hingga 3 Januari 2009 di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua guru tentang perancangan strategik.

Kursus Perancangan Strategik dibahagi kepada tiga slot iaitu :

1. Slot 1 oleh Penolong Kanan iaitu Encik Ibrahim bin Omar
2. Slot 2 oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) iaitu Tuan Hj. Mohamad Alim bin Konting
3. Slot 3 oleh Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Tuan Hj Noor Salleh bin Ngatimin.

Guru-guru telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan tertentu mengikut :

1. Kurikulum (Panitia)
2. HEM (Biasiswa, Projek Khas, Disiplin, Kaunseling)
3. Kokurikulum (Kelab dan Persatuan)

Slot Taklimat Kewangan pula di sampaikan oleh Ketua Pembantu Tadbir N26 iaitu Puan Siti Norjanah bte Abd Azim. Antara perkara yang disampaikan oleh beliau iaitu berkaitan:

1. Peruntukan setiap panitia mata pelajaran,
2. Prosedur perbelanjaan peruntukan kewangan.

Seramai 56 orang guru menghadiri kursus. Kursus ini diadakan selama 3 hari.

Kursus ini melibatkan kos berjumlah RM1500.00 (RM satu ribu lima ratus ringgit.)
Semoga Kursus ini mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh,

Penyelaras,
Program Latihan Dalam Perkhidmatan
SM Sains Kota Tinggi.

Thursday, April 2, 2009

SMSKS LDP 3/2009: PENULISAN MINIT MESYUARAT DAN PENGHAYATAN PROTOKOL


Demi memartabatkan profesion keguruan, selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Teras 5 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, SM Sains Kuala Selangor telah sekali lagi mengadakan sesi perkembangan staf dalam LDP siri ketiga pada tahun ini. Kursus ini telah dilaksanakan pada 24 Mac 2009 (Selasa) jam 2.30 hingga 5.30 petang, bertempat di Bilik Seri Bayu. Aktiviti ini melibatkan 67 orang guru SMSKS. Tiada perbelanjaan digunakan untuk menjayakan program ini.

Penceramah dan Pengisian:

1. Pn. Normidza binti Md Kamel (Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa, SMSKS).
Beliau telah menjelaskan format penulisan minit mesyuarat yang terkini. Contoh-contoh minit mesyuarat dibekalkan kepada peserta kursus. Perbincangan telah dibuat untuk mengesan kesilapan yang lazim dilakukan dalam menyediakan minit mesyuarat serta penekanan diberikan untuk tujuan penambahbaikan.

2. En. Shamsul Nizam bin Hj. Kachi Mohideen (Guru Bahasa Inggeris, SMSKS).
3. Cik Zarina Binti Abdul Rahim (Guru Bahasa Jerman, SMSKS)
Mereka berdua telah memperincikan penghayatan dan pelaksanaan protokol dalam semua tugas serta majlis rasmi. Contoh-contoh tindakan lazim semasa melaksanakan tugas serta majlis rasmi telah ditayangkan kepada peserta kursus. Perbincangan dan penilaian telah dilakukan dengan memberikan penekanan terhadap tindakan yang sepatutnya dilakukan. Peserta kursus perlu mengelakkan diri dari melakukan tindakan yang bercanggah dalam apa jua tugas dan majlis rasmi yang dilaksanakan.

"KE ARAH MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN"

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perkembangan Staf, SMSKS

SMSKS LDP 4/2009: PEMBUGARAN HEADCOUNT DAN PATS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Program Akademik Terbilang Selangor (PATS) telah dilancarkan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Selangor pada tahun 2006. Program ini telah dimantap dan dibugarkan lagi pada tahun-tahun berikutnya. PATS merupakan satu payung utama yang merangkumi Perancangan Strategik, Headcount, Post-Mortem dan Tindakan Susulan dalam bidang Akademik. Program ini bermatlamat menjadikan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor terbilang dalam bidang pelajaran seiring dengan hasrat kerajaan negeri Selangor melahirkan modal insan yang progresif.

SM Sains Kuala Selangor telah mengambil langkah untuk membugarkan lagi pelaksanaan headcount dan PATS di sekolah ini dalam siri LDP keempat pada tahun ini. Aktiviti perkembangan staf ini telah dilaksanakan pada 28 Mac 2009 (Sabtu) dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang, bertempat di Bilik Seri Bayu. Seramai 66 orang guru hadir dalam kursus ini. Sejumlah RM 937.50 digunakan untuk penyediaan minum pagi dan makan tengah hari.

Penceramah:
1. En. Hasan Abrar bin Hj. Halidi (Penolong Kanan, SMSKS)
2. Pn. Nurul Uyun binti Abdullah (Guru Cemerlang, SMSKS)

Aspek-aspek yang ditekankan dalam kursus ini adalah:
1. Penggunaan perisian Headcount - versi SBP dan JPN Selangor.
2. Penetapan TOV dan ETR berdasarkan;
(a) Analisis pencapaian akademik tahun-tahun lepas.
(b) Post-mortem pencapaian akademik terkini (PMR 2008, SPM 2008 dan Ujian Penggal 1, 2009).
3. Mengenalpasti prestasi murid dalam akademik dan seterusnya mengambil tindakan susulan yang sewajarnya (Sesi Pengayaan, Pengukuhan atau Klinikal).
4. Dokumentasi dan rekod pelaksanaan PATS dalam P&P setiap panitia mata pelajaran.

Pemantauan pelaksanaan headcount dan PATS telah dibuat dari semasa ke semasa.

Semoga 'KUSSES NUMBER ONE' dalam akademik.

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perkembangan Staf, SMSKS

Wednesday, April 1, 2009

SMSKS LDP 2/2009: PEMURNIAN DAN PEMANTAPAN VISI, MISI, MATLAMAT DAN SLOGAN SEKOLAH SERTA BIDANG-BIDANG AKADEMIK, HAL EHWAL MURID DAN KOKURIKULUM


Pada 14 Februari 2009 (Sabtu), SM Sains Kuala Selangor telah berjaya melaksanakan satu sesi perbengkelan untuk membentuk, menilai dan menurnikan Visi, Misi, Matlamat dan Slogan sekolah khususnya bidang-bidang Akademik, HEM dan Kokurikulum. Aktiviti ini merupakan Latihan Dalam Perkhidmatan Siri Kedua bagi tahun ini yang diadakan di Bilik Seri Bayu. Seramai 67 orang guru telah dilibatkan. Guru-guru dipecahkan kepada empat kumpulan yang masing-masingnya mengendalikan satu bidang. Sesi sumbangsaran dan percambahan idea telah dilakukan dan hasil perbengkelan dibentang dan dinilai.

Antara hasil bengkel yang telah dimurnikan adalah:

1.0 VISI
1.1 Ke arah melestarikan KUSSES terbilang di peringkat antarabangsa menjelang 2020.

2.0 MISI
2.1 Memastikan KUSSES sentiasa terbilang dalam semua aspek.
2.2 Memastikan warga sekolah berminda kelas pertama.
2.3 Melahirkan warga KUSSES sebagai pemimpin bertaraf dunia dengan sifat siddiq, amanah, tabligh dan fathonah.
2.4 Mewujudkan iklim sekolah yang kondisif dan berbudaya tinggi.
2.5 Melaksanakan pengurusan sekolah dengan efektif dan responsif.

3.0 MATLAMAT
3.1 Melahirkan pemimpin yang bertanggungjawab bertaraf antarabangsa dengan
sifat siddiq, amanah, tabligh dan fathonah.

4.0 SLOGAN
4.1 KUSSES number one – Akademik
4.2 Kita Pemimpin – HEM

4.3 Go for gold – Kokurikulum

Pengendalian bengkel ini tidak melibatkan kepakaran luar dan tiada perbelanjaan yang digunakan.

"DI SINI LAHIR PEMIMPIN YANG BERTANGGUNGJAWAB BERTARAF ANTARABANGSA DENGAN SIFAT SIDDIQ, AMANAH, TABLIGH DAN FATANAH"

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perkembangan Staf, SMSKS