Monday, May 25, 2009

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SBPIKP 2/09


LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SBPI KUBANG PASU 2/2009

TAJUK : KURSUS KEJURULATIHAN OLAHRAGA

TARIKH : 23 FEBRUARI 2009 DAN 24 FEBRUARI 2009
HARI : ISNIN DAN SELASA
MASA : 8.00 PAGI - 11 PAGI
TEMPAT : PADANG SEKOLAH

Kursus dimulai dengan taklimat oleh guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan iaitu Pn. Rohaya bt. Shaffie.







Matlamat kursus ini ialah memberi pendedahan kepada guru-guru berkaitan dengan undang-undang dan peraturan olahraga dan teknik-teknik aktiviti balapan dan padang.
Pengisian kursus ini ialah kaedah mengukur jarak lompatan dan lontaran untuk acara padang. Guru-guru juga diberi pendedahan untuk acara balapan dari segi penghakiman permulaan dan tamat larian.

Secara keseluruhannya kursus ini telah mencapai objektifnya iaitu guru-guru telah mendapat pendedahan yang lebih tepat berkaitan dengan kejurulatihan olahraga.



Disediakan oleh
Hadijah bt. Fadzil
Setiausaha LDP
SBPI Kubang Pasu





































Sunday, May 24, 2009

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SBPIKP 1/09










LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SBPI KUBANG PASU
SIRI 1/2009
TAJUK : DASAR, PELAKSANAAN DAN PENGURUSAN KO KURIKULUM DI SEKOLAH
TARIKH : 21 FEBRUARI 2009
HARI : SABTU
MASA : 8.30 PAGI - 4.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN AL-GHAZALI




Latihan Dalam Perkhidmatan 1/2009 di SBPI Kubang Pasu disampaikan oleh En. Mokhtar bin Husin ( PK Kokurikulum SDAR ) untuk semua guru.


Matlamat LDP ini ialah untuk memberi pendedahan kepada guru tentang kepentingan, pelaksanaan dan pengurusan kokurikulum yang betul di sekolah.



Pengisian LDP untuk kali ini ialah dasar dan pelaksanaan kokurikulum, penilaian kokurikulum, pengurusan kokurikulum, penubuhan kelab/persatuan, dokumen sokongan dalam pengurusan kokurikulum dan peruntukan per kapita kokurikulum.


Secara keseluruhan kursus ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Kursus ini berjaya meningkatkan keazaman guru-guru untuk menjalankan tugas berkaitan kokurikulum dengan lebih dedikasi.






Disediakan oleh:
Hadijah bt. Fadzil
Setiausaha LDP
SBPI Kubang Pasu









LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

Monday, May 18, 2009

SMSKS LDP 5/2009: (i) PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN DALAM BILIK DARJAH, (ii) PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)


Seramai 66 orang guru SM Sains Kuala Selangor telah menghadiri LDP 5/2009 pada 16 Mei 2009 (Sabtu), dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang, bertempat di Bilik Seri Bayu. Perkembangan staf ini bermatlamat meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru sekolah ini, selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Teras 5 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu Memartabatkan Profesion Keguruan.

Penceramah adalah terdiri daripada guru-guru sekolah ini:
1. Puan Nurul Uyun Binti Abdullah (Slot 1: Pelaksanaan Kajian Tindakan Dalam Bilik Darjah)
2. Puan Aridah Binti Dulmukti (Slot 2: Pentaksiran Berasaskan Sekolah)

Jumlah perbelanjaan uang digunakan untuk menjayakan program ini adalah RM 825.00 sahaja. Perbelanjaan yang digunakan ini adalah untuk minum pagi dan makan tengahari dengan menggunakan peruntukan LDP.

Sambutan ringkas dan acara memotong kek HARI GURU telah berlangsung semasa minum pagi.
"SELAMAT HARI GURU"
Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perkembangan Staf, SMSKS

latihan Dalam Perkhidmatan STAR

SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN IPOH PERAK
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN STAR KALI PERTAMA



STAR telah mengadakan program Latihan Dalam Perkhidmatan kali pertama pada 11 April 2009. Program bermula pada jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang yang diadakan di Bilik Persidangan STAR dan dihadiri oleh 57 orang guru.
Matlamat program adalah untuk meningkatkan pengurusan professional guru bersempena dengan Sambutan Hari Profesional Guru Peringkat Negeri Perak.
Program bermula dengan ucapan perasmian dan penyampaian perutusan khas dari Pengarah Pelajaran Negeri Perak kepada guru-guru oleh Pengetua Kanan STAR, Encik Mohmad Ghuffri Bin Alpiah. Slot kedua program disampaikan oleh Encik Mohd Zabidi Bin Nordin dengan tajuk Pengurusan Panitia dan diikuti dengan slot ketiga oleh Puan Abidah Binti Sarajul Haq dengan tajuk Pengurusan Headcount.
Kos bagi menjayakam program ini adalah sebanyak RM540.00
Secara keseluruhannya program ini berjalan dengan lancar. Guru-guru di dedahkan dengan kaedah pengurusan panitia yang lebih teratur dan terancang serta cara-cara penyediaan dan penentuan Headcount yang sistematik. Komitmen guru-guru juga sangat memuaskan.

Wednesday, May 6, 2009

LDP Siri 3/2009 SAKTI

LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)
SIRI 3/2009
TARIKH : 18 APRIL 2009

HARI : SABTU

MASA : 7.15 PAGI HINGGA 2 PETANG
TEMPAT: DEWAN SRI PENAWAR SM SAINS KOTA TINGGI.


LDP siri 3/2009 ini dimulai dengan sessi senamrobik yang dikendalikan oleh guru Pendidikan jasmani sekolah iaitu Encik Damodaran A/L Narayanan. Senamrobik ini berlangsung selama 45 minit.


Tajuk LDP ini adalah berkaitan Pengurusan Stress. Ceramah ini di sampaikan oleh seorang pesara penjawat awam iaitu Tuan Haji Mohmad Noh bin Sairi.


Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa kursus.

Matlamat kursus ini dijalankan adalah memberi panduan kepada guru-guru dan staff sokongan bagi mengurus tekanan dalam menjalankan tugas seharian.

Program ini berlangsung dengan jayanya. Guru-guru yang menghadiri kursus ini menyatakan mereka berpuas hati dengan ceramah yang disampaikan . Disamping itu kursus ini juga berjaya meningkatkan keazaman dan membaharui tekad guru-guru untuk terus berjuang mendidik anak bangsa tanpa putus asa dan rasa jemu.

Kursus ini dihadiri oleh 50 orang guru dan lapan orang staff sokongan.Kos untuk kursus ini adalah sebanyak RM920.00

Disediakan oleh,

Penyelaras,
Program Latihan Dalam Perkhidmatan
SM Sains Kota Tinggi