Thursday, July 31, 2008

PROGRAM PERKEMBANGAN STAF KALI KE-5- PROGRAM PEMBESTARIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

SBP Integrasi Gombak telah mengadakan program perkembangan staf yang bertajuk Pembestarian dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kursus ini telah dihadiri oleh 61 orang guru SBPI Gombak.
Kursus ini dijalankan untuk melahirkan pendidik yang lebih dinamik dan efektif dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Di samping itu, kursus ini dapat menyediakan guru yang mahu menggunakan teknologi maklumat, mendapat pendedahan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran serta menambah minat warga guru dalam penyediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan IT.
Pengisian yang disampaikan dalam bentuk ceramah, bengkel, pembentangan dan sesi soaljawab. Program ini telah disampaikan oleh pensyarah dari Institut Perguruan Ilmu Khas iaitu Puan Nor’Aini Binti Muhamad Nor.
Kos bagi membiayai kursus ini ialah sebanyak RM 988 yang meliputi makanan dan saguhati penceramah.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.

Disediakan oleh,
Encik Mohd Fuad Bin Abdul Wahab
Guru Perkembangan Staf
SBP Integrasi Gombak

PROGRAM PERKEMBANGAN STAF KALI KE-4- PERANAN GURU.

SBP Integrasi Gombak telah mengadakan program perkembangan staf yang bertajuk peranan guru. Program ini telah dihadiri oleh 59 orang guru SBPI Gombak.
Program ini dijalankan untuk melahirkan pendidik yang bertanggungjawab efektif,dan inovatif serta dapat memikul amanah yang diberi dengan penuh keikhlasan dan berterusan. Disamping itu, para guru dapat mengenalpasti peranan guru yang sebenarnya dan seterusnya diaplikasikan di dalam pekerjaannya.
Pengisian yang disampaikan dalam bentuk ceramah dan sesi soaljawab. Program ini telah disampaikan oleh pengetua cemerlang SBP Integrasi Gombak iaitu Puan Hajjah Norlia Binti Mohd Shuhaili, AMP.
Kos bagi membiayai ialah sebanyak ringgit 300 sahaja yang meliputi makanan para peserta dan penceramah.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.

Disediakan oleh,
Encik Mohd Fuad Bin Abd Wahab
Guru Perkembangan Staf
SBP Integrasi Gombak

Wednesday, July 30, 2008

PROGRAM BUDDY SUPPORT SYSTEM JULAI



Kursus Dalaman bagi bulan April untuk Buddy Support Syetem ( Sistem Rakan Taulan ) telah diadakan pada 4, 9, 15 dan 22 Julai 2008. Tujuan kurusus ini diadakan adalah untuk membimbing guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Ceramah telah disampaikan oleh guru-guru Bahasa Inggeris SM Sains Seremban. Meraka adalah Pn Hasni bt Bakar, Cik Suhaidah bt Rosli, Pn Zahuren bt Abd Kadir, En Hafidzullah Helmy, Cik Noorhilma bt Yem, Pn Lim Chui Hoon dan Pn Hanusuya a/p Gunasegran. Mereka telah memberikan ceramah serta bengkel bagi topic Grammar, Writing, Reading Comprehension dan Instructional Language. Seramai 28 orang guru yang terlibat dengan Kursus Dalaman ini. Kursus ini diadakan selama 1 jam mulai jam 1.00 hingga 2.00 ptg. Perbelanjaan untuk Kursus ini RM 280.00.

Disediakan oleh:

En. Roslie b. Ahmad
Guru Penolong Kanan
SM Sains Seremban

KURSUS DALAMAN BUDDY SUPPORT SYSTEM JUN



Kursus Dalaman bagi bulan April untuk Buddy Support Syetem ( Sistem Rakan Taulan ) telah diadakan pada 11, 18 dan 25 Jun 2008. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk membimbing guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Ceramah telah disampaikan oleh guru-guru Bahasa Inggeris SM Sains Seremban. Meraka adalah Pn Hasni bt Bakar, Cik Suhaidah bt Rosli, Pn Zahuren bt Abd Kadir, En Hafidzullah Helmy dan Cik Noorhilma bt Yem. Mereka telah memberikan ceramah serta bengkel bagi topik Grammar, Instructional Language dan Reading Comprehension. Seramai 28 orang guru yang terlibat dengan Kursus Dalaman ini. Kursus ini diadakan selama 1 jam mulai jam 1.00 hingga 2.00 ptg. Perbelanjaan untuk Kursus ini RM 140.00.



Disediakan oleh:


En. Roslie b. Ahmad
Guru Penolong Kanan
SM Sains Seremban

KURSUS DALAMAN BUDDY SUPPORT SYSTEM MEI


Kursus Dalaman bagi bulan April untuk Buddy Support Syetem ( Sistem Rakan Taulan ) telah diadakan pada 7, 14 dan 21 Mei 2008. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk membimbing guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Ceramah telah disampaikan oleh guru-guru Bahasa Inggeris SM Sains Seremban. Meraka adalah Pn Hasni bt Bakar, Cik Suhaidah bt Rosli, Pn Zahuren bt Abd Kadir, En Hafidzullah Helmy dan Cik Noorhilma bt Yem. Mereka telah memberikan ceramah serta bengkel bagi topik Grammar, Writing dan Reading Comprehension. Seramai 28 orang guru yang terlibat dengan Kursus Dalaman ini. Kursus ini diadakan selama 1 jam mulai jam 1.00 hingga 2.00 ptg. Perbelanjaan untuk Kursus ini RM 210.00.



Disediakan oleh:


En. Roslie b. Ahmad
Guru Penolong Kanan
SM Sains Seremban

KURSUS DALAMAN BUDDY SUPPORT SYSTEM APRIL



Kursus Dalaman bagi bulan April untuk Buddy Support Syetem ( Sistem Rakan Taulan ) telah diadakan pada 2, 9, 16 , 23 dan 30 April 2008. Tujuan kurusus ini diadakan adalah untuk membimbing guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Ceramah telah disampaikan oleh guru-guru Bahasa Inggeris SM Sains Seremban. Meraka adalah Pn Hasni bt Bakar, Cik Suhaidah bt Rosli, Pn Zahuren bt Abd Kadir, En Hafidzullah Helmy, Cik Noorhilma bt Yem, Pn Lim Chui Hoon dan Pn Hanusuya a/p Gunasegran. Mereka telah memberikan ceramah serta bengkel bagi topic Grammar, Writing, Reading Comprehension dan Instructional Language. Seramai 28 orang guru yang terlibat dengan Kursus Dalaman ini. Kursus ini diadakan selama 1 jam mulai jam 1.00 hingga 2.00 ptg. Perbelanjaan untuk Kursus ini RM 350.00.

Disediakan oleh:
En. Roslie b. Ahmad
Guru Penolong Kanan
SM Sains Seremban

BUDAYA MEMBACA DI SASER



Kursus Dalaman yang telah diadakan ini disampaikan oleh Dr. Marizan bt. Mubin seorang pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Eletrik di Universiti Malaya. Beliau menyampaikan tajuk Budaya membaca. Antara kandungan ceramah beliau menyentuh mengenai latarbelakang kajian oleh Perpustakaan Negara dan Unesco, ketamadun sesuatu masyarakat dapat dibina melalui masyrakat yang berilmu, keutamaan membaca bukan sahaja meliputi bacaan untuk belajar tetapi bacaan waktu senggang dan membaca perlu dijadikan budaya rakyat Malaysia. Ceramah ini telah diadakan mulai jam 2.30 hingga 4.30 petang. Perbelanjaan untuk kursus RM 500.00

Disediakan oleh:

En. Roslie b. Ahmad
Guru Penolong Kanan
SM Sains Seremban

KECEKAPAN GURU DI SASER




Kursus Dalaman yang diadakan pada 12 Julai 2008 ini telah disampaikan oleh Prof. Dr Mohd Fadzil b. Che Din seorang pensyarah Universiti Putra Malaysia dan memegang jawatan sebagai Pengarah Institut Sosial Negara. Tajuk ceramah yang telah disampaikan oleh beliau adalah Kecekapan Guru. Kursus telah diadakan mulai jam 8.00 pagi sehingga 4.30 ptg .
Ceramah yang disampaikan oleh beliau menyentuh ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh seorang yang bergelar profesional , definisi dan pengukuran kecekapan seseorang dan aras kecekapan yang perlu dimiliki oleh seorang profesional.
Perbelanjaan untuk mengendalikan kursus sebanyak RM 800.00

Disediakan oleh:
En. Roslie b. Ahmad
Guru Penolong Kanan
SM Sains Seremban

Monday, July 28, 2008

LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SAMURA SIRI 5




Pada hari Sabtu 19 Julai 2008 seramai 64 orang guru SM Sains Muar Johor (SAMURA) telah menghadiri Kursus Jati Diri untuk semua guru yang diadakan di Dewan Besar SAMURA. Kursus bermula pukul 8.00 pagi dan berakhir pukul 4.30 petang.

Kursus ini diharap dapat meningkatkan lagi kecemerlangan pembangunan diri (self development), keazaman dan memantapkan organisasi pembelajaran agar dapat melahirkan guru berkeyakinan tinggi dan mempunyai jati diri yang utuh.

Kursus dimulai pada pukul 8.00 pagi dengan Slot 1 iaitu Akhlak dan Ketrampilan yang disampaikan oleh Penceramah Bergitar, En. Mohd Radzi bin Omar. Penceramah merupakan kakitangan kerajaan di Ibu Pejabat BPR Malaysia di Putrajaya. Beliau menggunakan pendekatan hiburan berinformasi dan berjaya menarik minat para peserta dengan kelainan yang ditampilkannya.

Kursus diteruskan lagi dengan Slot 2 selepas rehat. Slot diisi dengan ceramah bertajuk Azam: Misi dan Visi. Antara pengisian ceramah ialah bagaimana azam harus ditanamkan bagi mencapai misi dan visi.

Pada pukul 2.00 petang kursus diteruskan dengan Slot 3 iaitu ceramah bertajuk Mengawal Emosi. Keseluruhan ceramah yang disampaikan berjaya menarik minat para peserta. Kursus yang diadakan ini diharap dapat meningkatkan motivasi, keyakinan diri dan kesedaran yang utuh kepada guru agar dapat melaksanakan tugas dan menggunakan segala pengetahuan dan kemahiran untuk memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran demi mencapai misi sekolah, mengeratkan silaturrahim dikalangan guru-guru dan memantapkan budaya kerja berpasukan.

Kursus yang telah melibatkan kos sebanyak RM1224.00 ini diharap berjaya mencapai objektifnya.

Saturday, July 26, 2008

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN DI SBPI SELANDAR SIRI 5/2008 (26 JULAI 2008)














Tajuk : KURSUS KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL ( PENGAJARAN DAN DEMBELAJARAN CEMERLANG
Tarikh: 26 JULAI 2008
Tempat : Bilik Mesyuarat SBPIS
Jam : 2.30 - 4.30 ptg
Penceramah : En Karim Bin Bayok (Pengetua Kanan SBPIS)
Objektif :
- Membimbingk guru-guru menghasilkan P& P cemerlang
- menggunakan modul strategi pengajaran dan pembelajaran ( 12 modul PPk) dalam merancang P & P
- Merujuk Instrumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM Versi 2)
Demensi 3 Elemen 9 dalam merancang P & P

Kursus Perkembangan Staf 3-SMSSMJ




Kursus perkembangan staf siri 3 Sek Men Sains Sultan Mohamad Jiwa telah dijalankan pada 14/6/08. Tajuk kursus ialah Keseronokan Bekerja. Penceramah ialah En Zaidi bin Man, Penolong Pengarah Kaunseling, Kolej Matrikulasi Kedah. Kursus ini telah dijalankan di bilik mesyuarat Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sg Petani. Kursus ini telah dijalankan dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 1.00 tengah hari.


Aktiviti semasa kursus


1) Ceramah mengenai Keseronokan Bekerja- jadikan kerja sebagai satu ibadah.

2) Ujian personaliti warna dan pentafsiran umum personaliti warna

3) Aktiviti kumpulan- membina objek dari bahan yang disediakan dan membuat pentafsiran

mengenai objek yang disediakan oleh tiap kumpulan oleh ahli kumpulan.


Pada pukul 2.30 petang kursus disambung oleh En Wazaruddin Wahab ITC SMSSMJ. Kursus penggunaan web TV pendidikan. Kursus adalah secara 'hands on'. Kursus ini diadakan di makmal komputer sekolah. Kursus ini tamat jam 4.00 petang


Kos


Kos untuk kursus ini adalah RM 1272.00








KURSUS PERKEMBANGAN STAF 2 SMSSMJ

Tajuk : Komunikasi Berkesan Penceramah : En Ahmad Rushidi Ramli
Tarikh : 10.5.08 Tempat : Bilik Mesyuarat
Masa : 9.00 pagi - 4.30 petang Kehadiran : 67 orang guru
Kandungan kursus
Ceramah (9.00 – 10.30 pagi)
a) Definisi Komunikasi
b) Bagaimana Komunikasi Berkesan di dalam bilik darjah

Bengkel ( 11.00 – 12.30 tgh)
Guru dibahagikan kepada beberapa kumpulan . Setiap kumpulan akan dibimbing oleh seorang fasilitator yang terdiri daripada PK HEM, PK Ko Kurikulum dan semua Guru kanan Mata Pelajaran. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan satu situasi cara bagaimana kita berkomunikasi dengan pelanggan mereka
Pembentangan ( 2.00 – 4.30 petang)
Setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan kumpulan mereka. Sesi ini agak seronok kerana para peserta dapat melakonkan watak bagaimana cara yang sesuai mereka berkomunikasi dengan para pelanggan mereka.
Kesimpulan
Penceramah merumuskan bahawa komunikasi amat penting dalam sesebuah organisasi. Seperi yang pernah di tekankan oleh Tn hj Mohd Kholil (unit SBP), komunikasi yang baik adalah komunikasi yang secara horizontal, bukan bottom - up atau up- down
Kos
Kos untuk kursus ini ialah RM 1096.00
Pelapor
Pn Hjh Noraini Saldan
(Setiausaha )

KURSUS PERKEMBANGAN STAF 1 -SMSSMJ




Pada 19/4/08 yang lalu Jawatankuasa Perkembangan Staf SMSSMJ telah menganjurkan kursus Brain Storming yang di adakan di bilik mesyuarat SMSSMJ. Penceramah adalah Puan Penolong Kanan. Kursus ini telah dihadiri seramai 67 orang guru. Kursus ini bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang.
Kandungan kursus
Ceramah (9.00 – 10.30 pagi)
a) Definisi Brain Storming
b) Tujuan diadakan Brain Storming – secara umum
c) Kehendak pihak pengurusan sekolah terhadap kursus dan bengkel yang diadakan

Bengkel ( 11.00 – 12.30 tgh)
Guru dibahagikan kepada beberapa kumpulan . Setiap kumpulan akan dibimbing oleh seorang fasilitator yang terdiri daripada PK HEM, PK Ko Kurikulum dan semua Guru kanan Mata Pelajaran. Mereka dikehendaki menyenaraikan sebab dan akibat kemerosotan sekolah dari segi pentadbir, guru dan pelajar. Mereka juga dikehendaki menyenaraikan strategi bagi mengatasi masalah tersebut.
Peserta hendaklah telus dan jujur semasa menyenaraikan dapatan mereka.

Perbincangan ( 2.00 – 4.30 petang)

Peserta menyatakan dapatan tiap kumpulan serta strategi dan langkah mengatasinya.
Kesimpulan
Beberapa orang fasilitator telah merumuskankan dapatan peserta. Secara kesimpulannya, kecemerlangan sesebuah sekolah memerlukan kerjasama setiap ahli dalam organisasi, ‘team work’ yang kuat , dan jangan saling menyalahkan orang lain. Teguran membina haruslah diterima sama ada teguran untuk pihak pentadbir daripada orang bawahannya atau teguran daripada pihak pentadbir kepada orang bawahannya.

Kos
Kursus ini mengambil kos sebanyak RM 1154
Pelapor
Hjh Noraini binti Saldan
(Setiausaha Perkembangan Staf)

Laporan Kursus Digital Storytelling SMSLD






Laporan Kursus Digital Storytelling
Anjuran SM Sains Lahad Datu dan BTP Negeri Sabah

Tarikh : 21-23 Julai 2008
Tempat : Bilik Bestari, SM Sains Lahad Datu
Fasilitator : En. Chua Guan Chee
Pegawai Teknologi Maklumat BTPN Sabah

Jumlah Peserta : 42 orang

Kos Keseluruhan : RM2,910.80

Laporan
Tarikh
Aktiviti
21 Julai 2008
· Fasilitator menerangkan aktiviti sepanjang kursus.
· Kursus ini adalah mengenai pembinaan video pendek dengan menggunakan perisian Ulead Video Studio. Video yang dihasilkan mesti mempunyai elemen seperti video, audio, teks dan animasi.
· Peserta dibahagikan kepada 2 orang setiap kumpulan di mana pada akhir kursus setiap kumpulan perlu menghasilkan video masing-masing.
· Fasilitator menunjukkan cara menggunakan perisian Ulead Video Studio version 10.
· Tugasan pertama ialah setiap kumpulan perlu menghasilkan video 30 saat.
· Semua peserta dapat menyiapkan tugasan yang diberikan.
22 Julai 2008
· Tugasan yang kedua ialah setiap kumpulan dikehendaki membina video 4-6 minit dengan tajuk bebas.
· Sesi penggambaran dijalankan pada sebelah petang.
· Manakala sesi penyuntingan diadakan pada sebelah malam
23 Julai
· Setiap kumpulan membuat kerja-kerja akhir penyuntingan.
· Perbentangan diadakan pada sesi akhir kursus.
· Setiap kumpulan berjaya menghasilkan video pendek yang kreatif dan menarik dengan mengaplikasikan ilmu yang diajar oleh fasilitator.

SMSKS LDP 7/2008: LAWATAN PENANDAARASAN KECEMERLANGAN









Pada 19 hingga 20 Julai 2008 seramai 40 orang guru termasuk pengetua dan pentadbir SM Sains Kuala Selangor telah mengadakan latihan dalam perkhidmatan dalam bentuk lawatan penanda arasan ke SM Syed Omar dan SM Sultanah Asma di Alor Setar , Kedah . Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada guru-guru SM Sains Kuala Selangor bagi memantapkan lagi struktur pengurusan Jawatankuasa Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan ( 3K ) di samping untuk mencapai misi dan matlamat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seterusnya merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam lawatan itu juga telah diisi dengan slot ( pengurusan ) yang disampaikan oleh kedua-dua pengetua sekolah berkenaan .
Selain perkongsian dalam bidang 3K , diadakan juga perbincangan dalam pengurusan fail , pengurusan aset sekolah dan program akademik . Secara umumnya objektif penanda arasan ke utara telah dapat dicapai dengan jayanya. Program penanda arasan ini melibatkan kos sebanyak RM 2700.00 . Sumber kewangan telah disumbang oleh PIBG sebanyak RM 1,500.00 dan bakinya sebanyak RM 1,200.00 diambil dari peruntukan LDP sekolah. Pecahan perbelanjaan ialah RM 1,200.00 untuk kos makan peserta dan bakinya RM 1,500.00 adalah untuk penginapan, cenderahati dan pengurusan.
Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perkembangan Staf, SMSKS

Wednesday, July 23, 2008

Kursus Pembangunan Staf SEMSAS 2008

SEMSAS telah mengadakan Kursus Perkembangan Staf sebanyak 4 kali.


KURSUS KALI PERTAMA

Tarikh : 19 APRIL 2008 (SABTU)
Masa : 8.00 – 2.00 petang
Tempat : Makmal Komputer SEMSAS
Kehadiran : 65 orang

Tajuk :
KEMAHIRAN GURU MENGGUNAKAN ICT DALAM P&P

Slot 1 - Lesson Plan menggunakan ICT
Slot 2 - Pengintegrasian ICT dalam P & P

Kursus tersebut telah dijalankan oleh 2 orang penceramah dalaman iaitu Puan Kamariah bt. Alias bagi Slot 1 dan Cik Ho Chai Ping bagi slot 2. Guru-guru banyak mendapat maklumat baru yang boleh digunakan dalam P&P mereka.
Kos keseluruhan untuk LDP ini ialah RM 980 .00

KURSUS KALI KE-2

Tarikh : 28 APRIL 2008 (ISNIN)
Masa : 3.30 – 6.00 petang
Tempat : Makmal Bahasa SBPI Kuantan
Kehadiran : 65 orang

Tajuk :
DRIVE FOR EXCELLENCE

Kursus ini diadakan secara bersama dengan guru-guru SBPI Kuantan. Kursus tersebut telah disampaikan oleh YM Tengku Azuan bt. Tengku Muhamad. Beliau telah memberi pendedahan tentang pengurusan Headcount dan cara mendekati pelajar yang bermasalah dalam akademik. Kursus ini dijalankan untuk membolehkan guru-guru memahami peranannya dalam pelaksanaan headcount bagi subjek masing-masing. Hasil maklumbalas, guru-guru amat berpuashati mengenai ceramah yang disampaikan.dalam meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
Kos keseluruhan untuk LDP ini ialah RM 300.00



KURSUS KALI KE-3

Tarikh : 10 MEI 2008 (SABTU)
Masa : 8.00 – 2.00 petang
Tempat : BILIK GERAKAN SEMSAS
Kehadiran : 60 orang

Slot 1 -
Tajuk : P&P Berkesan

Slot 2 -
Tajuk : Kepimpinan Pengurusan Guru

Kursus tersebut telah dijalankan oleh Puan Hajah Fatimah bt. Abdullah. Guru-guru banyak mendapat maklumat baru yang boleh digunakan dalam P&P mereka. Guru-guru mendapat idea bagi menceriakan sekolah berdasarkan pendedahan pengalaman beliau.
Kos keseluruhan untuk LDP ini ialah RM 1280.00


KURSUS KALI KE-4

Tarikh : 12 JULAI 2008 (SABTU)
Masa : 8.00 – 2.00 petang
Tempat : BILIK GERAKAN SEMSAS
Kehadiran : 60 orang

Slot 1
Tajuk : Perancangan Strategik

Kursus ini disampaikan oleh Tuan Pengetua sendiri, Tuan Haji Mokhtar bin Abdullah. Beliau telah menerangkan tentang kepentingan merancang sebelum melakukan sesuatu perkara. Dengan adanya perancangan kita dapat melaksanakan sesuatu perkara mengikut apa yang telah dirancang. Kursus ini penting bagi guru-guru untuk merancang P&P bagi subjek dan panitia masing-masing.

Slot 2 -
Tajuk : Peranan Amanah Raya dalam Pengurusan Aset dan Harta

Kursus tersebut telah disampaikan oleh Encik Ahmad Saruji bin Abdul Azizi, Pengurus Kanan Amanah Raya Berhad. Guru-guru banyak mendapat maklumat tentang pengurusan asset dan harta. Guru mendapat idea bagi menguruskan asset dan harta mereka untuk ditinggalkan kepada pewaris.




Slot 3 -
Tajuk : Peranan Pusat Kutipan Zakat dalam Pengurusan Aset dan Harta

Kursus tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Azmi bin Othman, Pegawai Pusat Pungutan Zakat Negeri Pahang. Beliau telah mendedahkan tentang kewajiban sebagai orang Islam untuk membayar zakat zakat harta. Beliau juga menerangkan peranan Pusat Pungutan Zakat dalam membantu golongan yang memerlukannya. Hasilnya ramai guru yang telah bersetuju membuat bayaran zakat melalui potongan gaji.

Kos keseluruhan untuk LDP ini ialah RM 1320.00

Tuesday, July 22, 2008

Kursus Pembangunan Staf SBPIKP Siri 3, 2008




Kursus Pembangunan Staf SBPIKP Siri Ketiga, 2008 telah dijalankan dalam dua sesi. Sesi 1 adalah pada 26 Jun 2008 dan Sesi 2, 10 Julai 2008. Kedua-dua sesi ini dijalankan di Bilik Mesyuarat al-Syura SBPIKP mulai jam 2.30 hingga 5.30 petang. Siri ini mengetengahkan tajuk "Guru Cemerlang".
Siri 1 : Drive for Excellence oleh YM Hjh. Tengku Azuan bt Tengku Mohamed (Konsultan Pendidikan, BHY Consult Sdn. Bhd)

Beliau menekankan kecemerlangan pelajar berpunca daripada pendidik. Oleh sebab itu, semua pendidik perlu mengamalkan budaya kerja cemerlang agar pelajar yang dilahirkan ialah pelajar yang terbilang. Ceramah beliau berkisar kepada tiga aspek kecemerlangan yang perlu diberi penekanan oleh setiap guru, iaitu:

1. Berasaskan perancangan & strategi berkesan.
2. Berasaskan pemantauan & penyeliaan.
3. Melakukan pascanilai (post mortem) & tindakan susulan yang tepat.

Siri 2 : Kemahiran Fasilitator oleh En. Mhd. Shokkeri bin Hj. Ismail (Pensyarah Cemerlang Intitut Perguruan Darul Aman, Jitra, Kedah)

Penceramah menekankan aspek kemahiran guru sebagai fasilitator untuk memastikan keceriaan bilik darjah, khususnya semasa sesi P&P. Beliau turut menekankan kepentingan hubungan saling mempercayai antara guru dengan pelajar.

Kursus yang menelan belanja sebanyak RM 1847.80 mendapat sambutan hangat daripada para guru SBPIKP. Rata-ratanya berasa teruja dan memberi reaksi positif terhadap kursus ini. Diharapkan para guru mengaplikasikan input yang diperoleh bagi menjamin kecemerlangan berterusan dalam kalangan guru dan pelajar SBPIKP.

Sekian, terima kasih.


Laporan disediakan oleh,

Ariffin bin Salleh,
Setiausaha,
Jawatankuasa Pembangunan Staf,
SBPI Kubang Pasu.

LDP siri 4/08 Moz@c

latihan dalam perkhidmatan siri 4 minggu ini diisi dengan ceramah Tuan Pengetua mengenai maklumat kata tugas dan strategi pengajaran dalam pengajaran dan pembelajarean .ceramah ini membantu guru untuk mengenalpasti strategi terbaik untuk meningkatkan pencapaian subjek maisng-masing.Ceramah beliau seterusnya mengenai maklumat kurikulum disokong dengan ceramah mengenai penyediaan Jadual Spesifikasi ujian (JSU) oleh guru cemerlang Pn Rosiapah Abdullah dari SMK Klebang besar , Melaka. Seramai 53 orang guru turut serta dalam latihan ini. Semasa perbengkelan semua guru dibahagikan mengikut GKMP masing-masing dan setiap panitia diberi tugasan menentukan item dan membuat jadual spesifikasi ujian .latihan bermula jam 800 pagi dan berakhir pada jam 1245 th dengan jamuan makan tengah hari. Kos keseluruhan adalah RM 780.00

Disediakan
s/u LDP 2008

Monday, July 21, 2008

PEMANTAPAN PEYELANGGARAAN ALAT

1.0 TAJUK : Kaedah – Kaedah Penyelanggaran Alat
2.0 TARIKH : 14. JULAI 2008
3.0 TEMPAT : Bilik Mesyuarat, STF
4.0 Bilangan peserta : 90 orang
5.0 MATLAMAT
5.1 Meningkatkan motivasi dan semangat bekerjasama di kalangan warga pendidik dalam bidang pendidikan.
5.2 Meningkatkan kefahaman pendidik kaedah penyelenggaraan alat atau barang-barang
hak kerajaan yang ada di permis sekolah.
6.0 PENGISIAN
6.1 Pada slot yang pertama guru-guru didedahkan dengan cara-cara atau langkah-langkan bagaimana untuk memohon atau meminta alatan-alatan yang diperlukan oleh seseorang guru bagi keperluan sesebuah panitia atau jabatan.

6.2 Slot kedua guru-guru dapat pendedahan berkaitan dengan kaedah yang betul untuk menyelangara sesuatu alat yang telah diterima untuk kegunaan sekolah sehingga pelupusannya.

7.0 PENCERAMAH
Encik Rosli Mohamad dan Encik Abu Hasan Marjan
Pusat Penyelengaran Alat, Jabatan Pendidikan Teknik, KPM

8.0 KOS : RM 1000.00

Disediakan oleh
ROSMAH ABDULLAH, STF

Sunday, July 20, 2008

Seminar Perkembangan Pendidikan


Tajuk : Kearah Kecemerlangan Kerja Berpasukan
Tarikh : 10 Julai 2008
Tempat : Sekolah Tun Fatimah
Bilangan Peserta : 70 orang
Matlamat :
1. Memupuk semangat kerjasama antara warga pendidik yang ada di Sekolah Tun Fatimah.
2. Menjadikan Sekolah Tun Fatimah sebagai wadah kecemerlangan kerjaya.
Pengisian
1. Warga pendidik Sekolah Tun Fatimah didedahkan dengan ciri-ciri penjawat awam yang cemerlang.
2. Guru-guru disedarkan berkaitan peripentingnya untuk bekerja secara berpasukan untuk mencapai kejayaan yang lebih baik pada masa akan datang.
3. Semua guru harus sentiasa tegur menegur setiap kelemahan supaya setiap tugasan menjadi lebih mantap.
4. Guru lama perlu membimbing guru-guru baru, guru yang cekap boleh membantu guru yang kurang cekap pula. Dengan cara begini setiap warga dapat memantapkan profesionalimse mereka.
Penceramah : Puan Hajah Junaidi Santano
Pengetua, Sekolah Tun Fatimah
Kos : RM 1000.00
Disediakan oleh : Rosmah Abdullah

Tuesday, July 15, 2008

Kursus Pemantapan dan Pengurusan P & P (LDP kali ke 3)



LDP kali ke 3 2008 ( Pemantapan dan Pengurusan P & P)

Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra telah mengadakan LDP kali Ke 3 iaitu Pemantapan dan Pengurusan P & P pada 9 Julai 2008. Kursus ini telah dihadiri oleh 70 orang guru.

Kursus ini dijalankan untuk pertingkatkan lagi pengurusan dalam pengajaran dan pembelajaran, hasil maklumbalas pemantauan yang dijalankan oleh Jemaah Nazir JPN Perlis pada 3 Julai 2008. Dalam kursus ini juga dipaparkan kedudukan SMSTSP mengikut tingkatan dan mata pelajaran dalam SBPexcellent supaya guru-guru dapat meningkatkan lagi prestasi subjek masing-masing.

Kursus ini disampaikan oleh En. Pesol bin Md Saad, Pengetua SMSTSP.

Kos LDP ini berjumlah RM 245 (Ringgit Malaysia Dua ratus empat puluh lima sahaja)

Semoga SMSTSP terus cemerlang

Disediakan oleh

S/U LDP

SMSTSP

Pemantapan Headcount SM Sains Tuanku Syed Putra (LDP kali ke 2)

LDP kali 2 2008 ( Pemantapan Headcount)

Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra telah mengadakan LDP kali ke 2 iaitu Pemantapan Headcount pada 28 Jun 2008. Kursus ini diadakan di Dewan Sri Pulai SMSTSP dan dihadiri oleh 42 orang guru SMSTSP dan 5 orang guru SMK Syed Ahmad, Perlis.

Kursus ini dijalankan untuk membolehkan guru-guru memahami peranannya dalam pelaksanaan headcount bagi subjek masing-masing.

Sesi ceramah disampaikan oleh YM Pn.Tengku Azuan binti Tengku Mohamed. Beliau telah menyampaikan ceramah mengenai konsep dan pengurusan headcount dan guru efektif. Hasil maklumbalas guru-guru SMSTSP, amat berpuashati mengenai ceramah yang disampaikan kerana dapat diguna pakai dalam pertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Kos keseluruhan untuk LDP ini ialah RM 2645.00

Semoga kursus ini mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh:

S/U LDP

SMSTSP

Monday, July 14, 2008

BENGKEL PEMERIKSAAN KERTAS PMR DAN SPM S.M. SAINS TUANKU SYED PUTRA, KANGAR PERLIS

Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan Kali Pertama iaitu Pemeriksaan Kertas PMR dan SPM sebanyak empat sesi.

Sesi : 10 Mei 2008 – Mata pelajaran Bahasa Melayu(PMR), Fizik, Kimia dan Bahasa

Inggeris(PMR)

(21 orang)

Sesi 2 : 17 Mei 2008 – Mata pelajaran Bahasa Melayu(SPM), B. Inggeris(SPM),

Matematik(SPM) dan Kimia

(25 orang)

Sesi 3 : 14 Jun 2008 – Mata pelajaran Pendidikan Islam(SPM), Sejarah(SPM),

Matematik(PMR), Biologi

(16 orang)

Sesi 4 : 21 Jun 2008 – Mata pelajaran Matematik(PMR), Sains(PMR), Sejarah,

Pendidikan Islam

( 18 orang)

LDP ini diadakan di Bilik Mesyuarat SMSTSP. Kursus ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru dalam panitia tentang tatacara skema dan latihan menanda kertas peperiksaan bertulis PMR dan SPM supaya penandaan kertas peperiksaan akan lebih mantap

Kursus ini disampaikan oleh guru panitia yang berpengalaman dalam pemeriksaan kertas PMR dan SPM.

Kos LDP ini berjumlah RM 897.00( Ringgit Malaysia Lapan ratus sembilan puluh tujuh sahaja)

Disediakan oleh

S/U LDP

SMSTSP

BENGKEL PEMERIKSAAN KERTAS PMR DAN SPM SM SAINS TUANKU SYED PUTRA, KANGAR PERLIS

Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan Kali Pertama iaitu Pemeriksaan Kertas PMR dan SPM sebanyak empat sesi.

Sesi : 10 Mei 2008 – Mata pelajaran Bahasa Melayu(PMR), Fizik, Kimia dan Bahasa

Inggeris(PMR)

(21 orang)

Sesi 2 : 17 Mei 2008 – Mata pelajaran Bahasa Melayu(SPM), B. Inggeris(SPM),

Matematik(SPM) dan Kimia

(25 orang)

Sesi 3 : 14 Jun 2008 – Mata pelajaran Pendidikan Islam(SPM), Sejarah(SPM),

Matematik(PMR), Biologi

(16 orang)

Sesi 4 : 21 Jun 2008 – Mata pelajaran Matematik(PMR), Sains(PMR), Sejarah,

Pendidikan Islam

( 18 orang)

LDP ini diadakan di Bilik Mesyuarat SMSTSP. Kursus ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru dalam panitia tentang tatacara skema dan latihan menanda kertas peperiksaan bertulis PMR dan SPM supaya penandaan kertas peperiksaan akan lebih mantap

Kursus ini disampaikan oleh guru panitia yang berpengalaman dalam pemeriksaan kertas PMR dan SPM.

Kos LDP ini berjumlah RM 897.00( Ringgit Malaysia Lapan ratus sembilan puluh tujuh sahaja)

Disediakan oleh

S/U LDP

SMSTSP

Bengkel Pengurusan Kewangan & Akaun SMS Sultan Iskandar


SMS Sultan Iskandar Mersing telah mengadakan Bengkel Pengurusan Kewangan dan Akaun bertempat di bilik Al-Musyawarah pada 15 Julai 2008.
Bengkel ini telah dikendalikan oleh En Ahmad Saipuddin Mohamed, Penolong Pengarah Unit Kewangan Bahagian Pengurusan SBP & Kluster, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bengkel selama 4 jam ini dihadiri oleh Tuan Pengetua, Penolong Kanan, Ketua Pembantu Tadbir dan Kerani Kewangan SMSSI. Sesi kedua pula melibatkan guru-guru kelas, khusus melibatkan pengurusan jadual kedatangan yang merupakan sebahagian daripada rekod pengurusan kewangan.
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengurusan kewangan dan akaun yang baik. Skima Kawalan Kendiri Pengurusan Kewangan an Akaun SBP telah dijadikan panduan utama semasa bengkel.
SMSSI telah dipilih untuk menjadi calon SBP dalam Pertandingan Anugerah Kualiti Peengurusan Kewangan dan Akaun Kementerian Pelajaran Malaysia. Dua SBP lain yang dicalonkan adalah SMS Sultan Mohamad Jiwa dan SBPI Temerloh.
Perbelanjaan untuk bengkel ini adalah RM600.00.
Semoga berjaya!

Sunday, July 13, 2008

Ceramah Pengurusan Displin LDP SBP Integrasi Jempol



Pada 10 julai 2008 (khamis) pada pukul 2.30pm sehingga 5.30pm yang lalu Unit Perkembangan Staf telah merangka satu lagi ceramah latihan dalam perkhidmatan bertajuk "Ke Arah Kemantapan Pengurusan Displin". Ceramah ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Al Mukhlisin SBP Integrasi Jempol. Ceramah berkaitan pengurusan displin telah di sampaikan oleh Encik Suhaimi bin Ab Hamid yang merupakan Setiusaha Displin SBPI Integrasi Jempol. Ceramah ini bertujuan untuk menerangkan fungsi dan isu-isu semasa yang di hadapi dan cara menangani permasalahan murid di sekolah. Ceramah ini juga menerapkan tanggungjawab yang perlu di pikul bersama oleh semua guru bagi memantapkan dari segi pengurusan untuk memastikan displin para pelajar baik dan berdisplin. Ceramah ini telah menarik minat semua guru dan melibatkan perbincangan secara tidak langsung dari semua guru. Ceramah ini telah di hadiri seramai 48 orang guru dan menelan kos sebanyak RM500.00 sahaja .Di harapkan ceramah ini memberi manfaat yang berguna kepada semua pihak.




Disediakan oleh,


Setiausaha


Unit Perkembangan Staf


SBP Integrasi Jempol

Wednesday, July 9, 2008

Kursus Pembentukan Modul P&P-LDP ke-5 MCKK

The Malay College Kuala Kangsar telah mengadakan kursus Penggubalan Modul Panitia. Kursus ini berlangsung pada 5 Julai 2008 yang lalu. Kursus ini telah dilaksanakan dan diurus oleh 15 Ketua Panitia yang diadakan di bilik-bilik khas masing-masing. Kursus ini melibatkan 60 guru untuk menggubal bentuk modul yang bersesuaian dan selaras dengan kelas tambahan atau kelas berfokus kepada pelajar bermasalah menjelang PMR dan SPM.

Kursus ini dijalankan untuk meningkatkan kualiti guru untuk membimbing pelajar. Kursus ini melibatkan kos daripada peruntukan LDP sebanyak RM 3558.00
Semoga kursus ini mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh,
Setiausaha LDP,
MCKK

Kursus Motivasi Guru Mckk-LDP ke-4

The Malay College Kuala Kangsar telah mengadakan Motivasi guru dan staf yang bertajuk, Keseronokan Bekerja dan Cara Mengurus Tekanan. Kursus ini berlangsung pada 1 Julai 2008 yang lalu. Motivasi ini telah dilaksanakan oleh penceramah luar iaitu, Dr Tengku Asmadi Bin Tengku Muhamad. Kursus ini melibatkan 60 guru dan 32 staf sokongan. Beliau telah memberi 13 petua untuk menjadikan kerja menjadi lebih seronok.

Kursus ini dijalankan untuk meningkatkan prestasi kerja dan mengurangkan tekanan sewaktu bekerja. Kursus ini tidak melibatkan kos daripada peruntukan LDP.

Semoga kursus ini mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh,
Setiausaha LDP,
MCKK

SMAP LABU : LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) SIRI 3/2008

SMAP, Labu: Kursus Perkembangan Staf Siri 3, 2008



1.0 Pengenalan

Pada 17 Jun 2008, JK Perkembangan Sraf Sekolah telah menganjurkan lagi kursus perkembangan staf kepada kakitangan akademik bertujuan untuk meningkatkan motovasi kerja dan memantapkan ilmu yang berkaitan dengan teknologi maklumat masa kini. Pada hari tersebut dua kursus dianjurkan serentak, iaitu
A. Kursus Motivasi Guru Baru SMAP
B. Kursus Asas Kemahiran Ilustrasi Komputer



2.0 Objektif Kursus
i. Mendedahkan kepada guru-guru baru (guru yang mendaftar antara 1.1.2007 – 16.6.2008) tentang harapan dan tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan untuk meneruskan kesinambungan kecemerlangan sekolah.
ii. Membiasakan guru-guru baru dengan persekitaran sekolah samaada dari segi cara bekerja, pergaulan serta selari dengan tuntutan sekolah berasrama penuh.
iii. Pendedahan tentang fungsi key-board dengan lebih mendalam kepada guru-guru lama yang telah berkhidmat (sebelum 1.1.2007).
iv. Pendedahan tentang fungsi dan kegunaan “Mail-Merge” terutamanya dalam penyediaan sijil kursus.







3.0 Tempat
i. Bilik Teknologi Pendidikan
ii. Makmal ICT 1

4.0 Kehadiran
i. seramai 24 orang guru baru dan 2 orang guru pelatih UPSI
ii. seramai 42 orang guru.

5.0 Perbelanjaan
Secara keseluruhan perbelanjaan sebanyak :
i. Minum ringan - RM3.50 x 75 orang
ii. Bayaran penceramah - RM400.00

6.0 Laporan Kursus
i. Kursus Motivasi Guru Baru
Disampaikan oleh
Pn. Hajah Khuzaimah bt. Hj. Sulaiman
Perunding Kanan
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pelajaran Malaysia

Tajuk : Ekspektasi Pengetua Terhadap Guru-Guru Baru

Intipati Ceramah :
a. guru-guru perlu ada matlamat yang jelas – tahu untuk apa menjadi seorang guru. Akan membolehkan kita mencapai target serta mendapat keredhaan Ilahi terhadap perkara yang dilakukan. Kesilapan akan berlaku sekiranya matlamat kerja tidak jelas
b. Tahu tugas adalah amanah. Perlu menganggap amanah sebagai satu tanggungjawab dan bukan satu bebanan. Dengan ini sifat ikhlas akan terpancar dalam kita melaksanakan kerja.
c. Mempunyai niat yang betul. Kita adalah apa yang kita lakukan.
d. Ikhlas menjalankan tugas. Tanda tidak ikhlas seperti akan lahir kata-kata sumbang atau gerak laku sumbang.


e. Bersedia menerima teguran/pandangan. Orang yang berfikir tidak akan cepat melenting, sebaliknya akan memuhasabah diri dan memohon maaf sekiranya melakukan kesilapan. Ciri-ciri orang yang ikhlas ialah mendidik murid bagaikan mendidik anak sendiri, tidak membezakan antara murid, perkataan sedikit tetapi berkesan, perbuatannya dicontohi. Senyuman adalah penawar, kemarahan tanda kasih sayang, suruhan dianggap sebagai satu penghargaan/hadiah serta pemberiannya dianggap sebagai satu tuah yang sangat besar yang diidamkan. Kehadiran disenangi, kehilangan dirasai, dihormati dan bukan ditakuti, menjadi tempat rujukan an semangat dan dorongannya menjadi kekuatan diri.
f. Pesanan sebelum penutup
i. syukur di atas kerja dengan kerajaan
ii. jangan lawan cakap pengetua/ ketua. Segala permasalahan perlu dibincangan bersama
iii. jangan ponteng kerja
iv. kalau kurang sihat dan masih terdaya, teruskan jalan amanah supaya pelajar tidak terbiar
v. buat baik dengan semuaorang
vi. setiap harta yang dimiliki biarlah berkat
vii. cakaplah dengan hati jika inginkan pelajar dengar cakap kita





ii. Kursus Kemahiran Penggunaan Komputer –ICT
Disampaikan oleh :
Ust. Mat Yusof bin Abd. Rahman
Pengolong Kanan Hal- Ehwal Murid
SMA Persekutuan Labu


7.0 Penutup

Harapan jawatankuasa, semoga ilmu yang telah disampaikan akan dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik bangsa. Kursus seperti ini akan dilaksanakan dari masa ke semasa.




Disediakan

Setiausaha
JK Perkembangan Staf SMAP, Labu 2008

Tuesday, July 8, 2008

Kursus Kajian Tindakan di SDAR




Pada hari Sabtu 5 hb Julai 2008 Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan telah menganjurkan Kursus Kajian Tindakan. Kursus selama sehari ini telah dihadiri oleh 40 orang guru dan diadakan di Bilik Mesyuarat Putra. Tujuan utama kursus ini dijalankan adalah untuk mendedahkan kepada guru perkara-perkara asas dalam menyediakan kajian tindakan. Harapan sekolah agar selepas kursus ini guru dapat menerapkan budaya kajian tindakan dalam kerja mereka demi meningkatkan keberkesanan amalan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.


Kursus ini telah dibahagikan kepada dua slot. Slot pagi merupakan ceramah yang disampaikan oleh Dr. Zailah binti Zainudin, pensyarah dari Institut Perguruan Raja Melewar. Beliau amat pakar dalam bidang kajian tindakan dan kerap menyampaikan ceramah dalam program kendalian jabatan dan kementerian. Ceramah beliau menekankan kepada perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru sebelum, semasa dan selepas melakukan kajian tindakan. Yang paling utama kajian mestilah dimulakan dengan muhasabah diri dan amalan di bilik darjah dan menggunakan "setting" sendiri bukan orang lain.


Slot petang dipenuhi dengan bengkel kajian tindakan. Guru dibahagikan mengikut panitia dan membincangkan perkara atau tajuk yang sesuai untuk dibuat kajian. Bengkel diakhiri dengan pembentangan hasil perbincangan oleh ketua panitia. Diharap kursus ini berjaya menyediakan guru SDAR sebagai seorang penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.


Kursus yang berakhir pada pukul 4.30 ptg ini menelan belanja sebanyak RM 1200.00

Bengkel Pemantapan P&P Bahasa Melayu di SDAR

Untuk menangani cabaran dalam pengajaran Bahasa Melayu, Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu telah menganjurkan satu bengkel Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu pada hari Jumaat, 4 hb Julai 2008. Bengkel ini dihadiri oleh semua ahli panitia Bahasa Melayu Sekolah Dato' Abdul Razak dan diadakan di Bilik Mesyuarat Putra.
Tujuan utama bengkel ini dijalankan adalah untuk membantu guru mencari kaedah atau teknik terbaik bagi mengajar tatabahasa untuk menengah rendah dan atas. Untuk itu, pihak sekolah telah menjemput En. Abdul Ghalib b. Yunus, Munsyi Dewan Bahasa untuk mengendalikan bengkel. Daripada maklum balas guru Bahasa Melayu, ternyata kehadiran beliau banyak membantu guru mengenalpasti teknik terbaik mengajar tatabahasa.

Bengkel ini telah menelan belanja sebanyak RM 215.00

Thursday, July 3, 2008

KURSUS- KEMAHIRAN PERMAINAN HOKI DAN SKUASY GURU SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI TEMERLOH

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh telah mengadakan kursus kemahiran permainan hoki dan skuasy untuk guru-guru sekolah ini pada 21 Jun 2008 dan 22 Jun 2008 bersamaan hari Sabtu dan Ahad. Kursus ini telah diadakan di bilik seminar dan praktikal di gelanggang skuasy serta dewan sekolah. Kursus ini dihadiri oleh 37 orang guru SBPI Temerloh.

Kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan urus tadbir guru-guru dalam pengurusan kokurikulum khasnya dalam sukan dan permainan serta meningkatkan lagi profesyen perguruan untuk guru-guru sekolah ini.Aktiviti yang dijalankan adalah dalam bentuk ceramah dan praktikal.

Sesi ceramah telah di kelolakan oleh 2 orang penceramah yang berpengalaman dengan sukan hoki dan skuasy. Penceramah untuk sukan skuasy ialah En Kamal Hisham bin Haji Ibrahim iaitu Pengerusi Teknik Skuasy MSSM.Ceramah disampaikan pada sebelah pagi hari Sabtu (8.30-11.30 pagi) manakala praktikal pada sebelah petang (2.00-5.30 petang).

Bagi sukan hoki pula penceramah ialah En Mohd Muhan bin Ismail iaitu jurulatih hoki bawah kelab di Shah Alam, Selangor. Ceramah hoki disampaikan pada sebelah pagi hari Ahad (8.30-11.30 pagi) manakala praktikal pada sebelah petang (2.00- 5.30 petang). Kursus ini telah melibatkan kos berjumlah RM 1250.

Hasil daripada soal selidik dan pemerhatian yang telah dijalankan didapati kursus ini telah mendapat respon yang baik daripada guru-guru. Semoga kursus ini mencapai
matlamatnya.

KUDAP: TEAM BUILDING DI BRAINS


Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit (BRAINS) telah mengadakan kursus Team Building untuk guru-guru dan staf sokongan pada 28 Jun 2008. Kursus di adakan di bilik seminar sekolah dan dihadiri oleh 78 orang peserta.

Kursus ini dijalankan untuk membantu guru dalam menyelesaikan masalah yang kompleks secara kolektif, menyedarkan guru dan staf tentang pengurusan berkumpulan adalah lebih produktif. Kursus ini juga bertujuan untuk meningkatkan penglibatan yang menyeluruh dan kesetiakawanan dalam organisasi.

Kursus telah disampaikan oleh Hj. Suhaimi bin Endut (Kaunselor Pentadbiran PPD Kuala Terengganu, En. Shamsuddin bin Yusof (Kaunselor Pentadbiran, Unit Kaunseling dan Keutuhan JPNT), dan Pn. Wan Nasiah bt. Wan Abd. Majid Kaunselor Pentadbiran PPD Setiu.

Kursus ini melibatkan kos berjumlah RM1152 (RM satu ribu satu ratus lima puluh dua sahaja)

Semoga kursus ini mencapai matlamatnya.












Disediakan oleh
PK Pentadbiran,
BRainS.

LATIHAN DALAMAN "HEADCOUNT DAN POSTMORTEM" DI SBPIBR

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit (BRAINS) telah mengadakan LADAP tentang "Headcount dan Postmortem". Kursus ini diadakan pada hari Sabtu 1 Mac 2008 di bilik seminar dan dihadiri seramai 60 orang guru.
Kursus ini dijalankan untuk memantapkan kemahiran guru menganalisis dan melakukan postmortem selepas sesuatu peperiksaan. Kursus telah disampaikan oleh Pn. Hjh. Che Tam bt. Awang (Guru Kanan Mata Pelajaran Sains) dan Pn. Hjh. Che Zainon bt. Awang (Ketua Panitia Matematik Tambahan)
Kursus ini melibatkan kos sebanyak RM300 (RM tiga ratus ringgit sahaja). Semoga kursus ini mencapai matlamatnya.




Disediakan oleh,
Penolong Kanan Pentadbiran.
BRAINS.

LDP SBPIK KE-3/2008 : Motivasi Pengurusan Profesionalisme Guru


Pada 28 April 2008, Unit Perkembangan Staf SBP Integrasi Kuantan telah mengadakan program latihan dalam perkhidmatan kali ke-3 dengan kerjasama SEMSAS bermula jam 3.00 hingga 5.30 petang bertempat di Makmal Bahasa SBPIK. Ceramah Motivasi Pengurusan Profesionalisme Guru ini bertujuan supaya para guru dapat meningkatkan motivasi kerja dan berkongsi pengalaman dalam pengurusan akademik pelajar bersama Mantan Pengetua Cemerlang TKC, YM Pn Hjh Tg Azuan bt Tg Muhammad demi meningkatkan pengurusan profesionalisme guru dan kecemerlangan mutu pendidikan di sekolah.

Seramai 80 orang guru telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada 40 orang guru SBPIK dan 40 orang guru SEMSAS. Antara pengisian kursus ini ialah perbentangan tentang penganalisaan dan pengaplikasian ‘post mortem’ akademik serta bagaimana ia dapat digunakan untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar oleh para guru dan pihak pentadbir sekolah. Selain itu, pendekatan psikologi dengan memberi penghargaan dan menjaga kebajikan guru amat digalakkan untuk meningkatkan motivasi kerja guru di SBP.

Dilaporkan oleh,
NORSIATI BT MOHD GHAZALI
SU PERKEMBANGAN STAF
SBP INTEGRASI KUANTAN

SMSKS LDP6/2008: CERAMAH PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH DARI ASPEK PERUNDANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Pada 25 Jun 2008 Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor telah menerima lawatan seorang pegawai Kementerian Pelajaran iaitu Encik Shashim Shah bin Harun. Beliau merupakan pegawai khas Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.
Encik Shashim telah memberi ceramah mengenai pengurusan disiplin di sekolah dari aspek perundangan Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua guru dan pentadbir (71 orang) telah mendengar ceramah ini yang bermula pada jam 12.00 tengahari hingga jam 3 petang.
Beliau menerangkan mengenai kuasa pengetua, guru disiplin dan guru-guru untuk menangani masalah disiplin yang ada di sekolah. Setiap kes mesti diselesaikan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Beliau juga telah memberi contoh dan situasi kes disiplin serta bagaimana untuk diselesaikan agar tiada salah faham oleh ibu bapa sehingga membawa kes ke pihak media/mahkamah.
Beliau turut memuji langkah yang telah dilakukan oleh SMSKS ketika menangani kes kesihatan pelajar pada 2007. Tindakan pantas dan sistematik menyebabkan tiada pihak media mengetahui perkara tersebut dan ibu bapa tidak merasa bimbang.
Guru-guru turut diingatkan mematuhi peraturan penjawat awam dan tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan nama baik profesion perguruan.
Ceramah ini berjaya memberi pendedahan kepada guru isu disiplin pelajar masakini dan cara untuk menghadapi kerenah pelajar era teknologi.Terima kasih diucapkan kepada Encik Shashim atas lawatan ke SMSKS dan ceramah yang menarik.

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perkembangan Staf, SMSKS

LDP 2 SM SAINS TUANKU JAAFAR-KAJIAN TINDAKAN

Pada 21/6/2008, satu ceramah mengenai kaedah Kajian Tindakan telah diberi kepada semua warga guru STJ seramai 62 orang. Maklumat ceramah ini adalah seperti berikut;

Tempat: Bilik Gerakan STJ
Masa : 8.30 pagi- 1-00 ptg
Penceramah : Dr Zailah Zainudin, Institut Perguruan Raja Melewar Seremban, Negeri Sembilan
Bajet : RM496.00 (62x RM8.00)

Penceramah , Dr Zailah Zainudin , yang mempunyai banyak pengalaman di sekolah dan institut perguruan memberi definisi Kajian Tindakan sebagai pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubah amalan-amalan. Melibatkan guru melaksanakan inkuirinya sendiri serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif sewaktu mengadakan kajian. (Mc Niff, 1988). Kajian secara sistematik ke atas usaha-usaha untuk meningkatkan amalan pendidikan oleh golongan yang terlibat melalui tindakan praktis mereka sendiri dan dengan demikian membuat refleksi terhadap kesan-kesan tindakan tersebut (Ebbutt, 1995).

Dr. Zailah Zainudin telah membuka minda guru-guru dengan mengguna animasi yang sangat jelas serta menarik dengan soalan-soalan yang berkaitan. Semua jawapan menjurus kepada pentingnya kajian tindakan dalam P&P. Beliau mengatakan kajian tindakan mempunyai faktor guru, faktor pelajar dan tindakan yang perlu diambil. Contoh-contoh juga telah diberi kepada guru-guru. Sesi LDP dengan Dr Zailah sungguh menyeronokkan dan berkesan.

Disediakan oleh,


Setiausaha LDP
SM Sains Tuanku Jaafar




Wednesday, July 2, 2008

LDP SAINA Siri 2 2008


Laporan Kursus Perkembangan Staf Sekolah Menengah Sains Pokok Sena Siri 2 2008

Sekolah Menengah Sains Pokok Sena telah mengadakan kursus Peningkatan Profesional Guru-Guru SMSPS siri 2 : BENGKEL HEADCOUNT pada 12-14 April 2008. Kursus ini telah diadakan selama tiga hari di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena dan dihadiri oleh 62 orang guru SMS Pokok Sena. Antara tempat-tempat kursus di persekitaran sekolah ialah Bilik Mesyuarat Guru, Bilik Kegiatan Guru dan Surau.
Kursus ini dijalankan untuk memperkasa professional keguruan guru-guru SMSPS, terutama dalam usaha memantapkan pemahaman guru tentang headcount serta urusan-urusan kerja professional dan house keeping peringkat sekolah. Kursus ini memperuntukkan kos sebanyak RM 4600.00.
Pemahaman tentang pengurusan headcount sangat penting kini memandangkan persaingan sengit peringkat individu dan sekolah bagi memastikan kecemerlangan akademik yaang tertinggi. Ibarat kata-kata hikmat Hari ini lebih baik daripada hari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini.
Antara slot menarik yang dijalankan dalam kursus ini adalah perasmian dan slot satu yang dikendalikan sendiri oleh Pengetua Kanan Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Tuan Haji Jamaluddin Bin Ariffin. Berpengalaman lebih 30 tahun dalam kerjaya guru, beliau mampu mencurahkan pengalaman dan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru-guru. Selain menyampaikan ucapan perasmian, beliau turut memberi motivasi kepada semua guru dengan cerita-cerita menarik dan mencuit hati.
Program ini juga diisi dengan slot ceramah Headcount daripada penceramah jemputan, En. Suhami Bin Harris, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah ( Sains dan Matematik ) . Ceramah menarik beliau menceritakan secara terperinci kepentingan dan kaedah pelaksanaan Headcount di sekolah.
Slot kerohanian diisi dengan program bercorak kerohanian di Surau Al-Fatonah. Guru-guru turut terlibat membaca Surah Yaasin dan mendengar Kuliah Maghrib dan Subuh yang disampaikan oleh penceramah tempatan, iaitu guru-guru Pendidikan Islam sekolah.
Slot bengkel merupakan agenda paling banyak mengambil masa dalam kursus ini. Dalam slot ini, semua guru dan pentadbir duduk berbincang mengikut panitia mata pelajaran masing-masing. Penolong-penolong kanan, guru-guru kanan bidang dn guru cemerlang menjadi fasilitator bagi membimbing guru-guru melaksanakan Headcount mata pelajaran.
Dalam majlis penutup, Pengetua Kanan Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Tuan Haji Jamaluddin Bin Ariffin mengucapkan terima kasih atas kesudian peserta kursus hadir sepenuhnya dalam slot-slot yang dijadualkan. Beliau juga berharap kursus ini memberi input berguna kepada guru-guru dan mengharapkan guru-guru terus komited dengan tugas sebagai pendidik anak bangsa. Kursus tamat pada pukul 4.30 petang ,14 Jun 2008

Disediakan oleh,
Abdul Rashid Bin Othman,
Penolong Setiausaha,
JK Perkembangan Staf,
SM Sains Pokok Sena.

LDP SBPIK 1/2008 : Perancangan Strategik & Head Count


Kursus Perancangan Strategik dan "Head count' membuka tirai latihan dalam perkhidmatan yang pertama tahun 2008 bagi SBP Integrasi Kuantan yang diadakan pada 13 Februari 2008 di Makmal Bahasa dengan matlamat agar guru-guru dan staf sokongan dapat menjalankan tanggungjawab mengikut bidang tugas masing-masing dengan terurus dan berkesan melalui perancangan yang berstrategi. Melalui slot pertama kursus ini, yang disampaikan oleh GPK Pentadbiran SBPIK Tn Hj zaimi b Abu Bakar, para guru dan staf didedahkan mengenai teknik perancangan strategik yang betul dan berkesan serta memberi kesedaran agar guru dan staf sentiasa peka dan mengambil berat terhadap pengurusan dan perancangan yang bersistematik. Melalui slot ke-2 pula, para guru didedahkan secara 'hands-on' mengenai teknik 'headcount' menerusi APMS yang disampaikan oleh SU Peperiksaan SBPIK Tn Sy Mohd Shuhaimie b Sy Husain. Selepas kursus ini diharap para guru dapat mengaplikasikan perancangan strategik yang betul di dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran dan mengaplikasikan 'headcount' pelajar bagi merancang program yang sesuai untuk kecemerlangan pelajar dan kegemilangan prestasi sekolah. Latihan ini bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Kursus ini telah dihadiri oleh 51 orang guru dan 5 orang staf sokongan dengan kos RM180.00 untuk jamuan.

Disediakan oleh,
Pn Norsiati bt Mohd Ghazali
SU Perkembangan Staf SBPIK

LDP 1 SM SAINS TUANKU JAAFAR (STJ)-PEMBELAJARAN MASTERI

Pada 19/6/2008, satu ceramah mengenai kaedah Pembelajaran Masteri telah diberi kepada semua warga guru STJ seramai 62 orang. Maklumat ceramah ini adalah seperti berikut;
Tempat: Bilik Gerakan STJ
Masa : 3.15 ptg- 5-15 ptg
Penceramah : Dr Johari Talib, Pusat Pengajian Umum, UKM.
Bajet : RM186.00 (62x RM3.00)

Dr. Johari Talib yang mempunyai banyak pengalaman dalam teknik pembelajaran ini telah memberi ceramah yang sangat bernas dan menarik. Beliau telah menerangkan mengapa pembelajaran masteri ini sangat penting dan amat perlu dalam P&P memandangkan ramai pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi gagal menguasai kemahiran tertentu. Dengan mengguna kaedah ini, pada peringkat sekolah, membolehkan pelajar yang bermasalah berjaya menguasai pelajaran secara keseluruhan dan telah dibuktikan yang kaedah ini telah berjaya membantu hampir 90% pelajar yang gagal menguasai kemahiran belajar.

Langkah-langkah kaedah Pembelajaran Masteri ini memerlukan guru sepenuhnya membuat penentuan bahagian atau topik bagi sesuatu subjek yang bermasalah. Seterusnya, guru perlu merancang kaedah, teknik dan pendekatan yang sesuai bagi setiap unit. Penilaian pula perlu dibuat berasaskan ujian diagnostik pada akhir P&P. Jika murid masih gagal, ujian perlu diberi pada tahap yang sama sehingga berjaya.

Dr Johari Talib telah memberi contoh sebuah sekolah di Negeri Sembilan dimana apabila mengguna kaedah pembelajaran masteri, hampir 70% pelajar sekolah itu telah berjaya menguasai kemahiran P&P. Beliau juga telah menyarankan supaya sekolah mengadakan bengkel untuk mempraktikkan kaedah pembelajaran masteri ini.


Disediakan oleh ,
Setiausaha LDP
SMSTJ

Tuesday, July 1, 2008

Pengurusan Stres di SASER


Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER)telah mengadakan program perkembangan staf kali ke-3 iaitu ‘Pengurusan Stress’. Program ini dijalankan pada hari Sabtu bersamaan 14 Jun 2008 di Pujangga Bestari, SASER. Peserta yang menyertai program ini seramai 60 orang. Program ini dijalankan bermula dari 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Matlamat program ini dijalankan agar warga guru dapat mengawal stress dalam beberapa situasi tertentu.

Pengisian program ini dijalankan dalam bentuk ceramah dan sesi soal jawab oleh penceramah jemputan iaitu Dr. Khairudin bin Mohamad, pensyarah IPRM. Kos bagi menjayakan program ini sebanyak RM 900 iaitu meliputi bayaran makanan dan saguhati penceramah.


Disediakan oleh,
En. Hafidzullah Helmy Abu Bakar