Wednesday, July 2, 2008

LDP 1 SM SAINS TUANKU JAAFAR (STJ)-PEMBELAJARAN MASTERI

Pada 19/6/2008, satu ceramah mengenai kaedah Pembelajaran Masteri telah diberi kepada semua warga guru STJ seramai 62 orang. Maklumat ceramah ini adalah seperti berikut;
Tempat: Bilik Gerakan STJ
Masa : 3.15 ptg- 5-15 ptg
Penceramah : Dr Johari Talib, Pusat Pengajian Umum, UKM.
Bajet : RM186.00 (62x RM3.00)

Dr. Johari Talib yang mempunyai banyak pengalaman dalam teknik pembelajaran ini telah memberi ceramah yang sangat bernas dan menarik. Beliau telah menerangkan mengapa pembelajaran masteri ini sangat penting dan amat perlu dalam P&P memandangkan ramai pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi gagal menguasai kemahiran tertentu. Dengan mengguna kaedah ini, pada peringkat sekolah, membolehkan pelajar yang bermasalah berjaya menguasai pelajaran secara keseluruhan dan telah dibuktikan yang kaedah ini telah berjaya membantu hampir 90% pelajar yang gagal menguasai kemahiran belajar.

Langkah-langkah kaedah Pembelajaran Masteri ini memerlukan guru sepenuhnya membuat penentuan bahagian atau topik bagi sesuatu subjek yang bermasalah. Seterusnya, guru perlu merancang kaedah, teknik dan pendekatan yang sesuai bagi setiap unit. Penilaian pula perlu dibuat berasaskan ujian diagnostik pada akhir P&P. Jika murid masih gagal, ujian perlu diberi pada tahap yang sama sehingga berjaya.

Dr Johari Talib telah memberi contoh sebuah sekolah di Negeri Sembilan dimana apabila mengguna kaedah pembelajaran masteri, hampir 70% pelajar sekolah itu telah berjaya menguasai kemahiran P&P. Beliau juga telah menyarankan supaya sekolah mengadakan bengkel untuk mempraktikkan kaedah pembelajaran masteri ini.


Disediakan oleh ,
Setiausaha LDP
SMSTJ