Thursday, July 3, 2008

KURSUS- KEMAHIRAN PERMAINAN HOKI DAN SKUASY GURU SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI TEMERLOH

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh telah mengadakan kursus kemahiran permainan hoki dan skuasy untuk guru-guru sekolah ini pada 21 Jun 2008 dan 22 Jun 2008 bersamaan hari Sabtu dan Ahad. Kursus ini telah diadakan di bilik seminar dan praktikal di gelanggang skuasy serta dewan sekolah. Kursus ini dihadiri oleh 37 orang guru SBPI Temerloh.

Kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan urus tadbir guru-guru dalam pengurusan kokurikulum khasnya dalam sukan dan permainan serta meningkatkan lagi profesyen perguruan untuk guru-guru sekolah ini.Aktiviti yang dijalankan adalah dalam bentuk ceramah dan praktikal.

Sesi ceramah telah di kelolakan oleh 2 orang penceramah yang berpengalaman dengan sukan hoki dan skuasy. Penceramah untuk sukan skuasy ialah En Kamal Hisham bin Haji Ibrahim iaitu Pengerusi Teknik Skuasy MSSM.Ceramah disampaikan pada sebelah pagi hari Sabtu (8.30-11.30 pagi) manakala praktikal pada sebelah petang (2.00-5.30 petang).

Bagi sukan hoki pula penceramah ialah En Mohd Muhan bin Ismail iaitu jurulatih hoki bawah kelab di Shah Alam, Selangor. Ceramah hoki disampaikan pada sebelah pagi hari Ahad (8.30-11.30 pagi) manakala praktikal pada sebelah petang (2.00- 5.30 petang). Kursus ini telah melibatkan kos berjumlah RM 1250.

Hasil daripada soal selidik dan pemerhatian yang telah dijalankan didapati kursus ini telah mendapat respon yang baik daripada guru-guru. Semoga kursus ini mencapai
matlamatnya.