Tuesday, July 22, 2008

Kursus Pembangunan Staf SBPIKP Siri 3, 2008




Kursus Pembangunan Staf SBPIKP Siri Ketiga, 2008 telah dijalankan dalam dua sesi. Sesi 1 adalah pada 26 Jun 2008 dan Sesi 2, 10 Julai 2008. Kedua-dua sesi ini dijalankan di Bilik Mesyuarat al-Syura SBPIKP mulai jam 2.30 hingga 5.30 petang. Siri ini mengetengahkan tajuk "Guru Cemerlang".
Siri 1 : Drive for Excellence oleh YM Hjh. Tengku Azuan bt Tengku Mohamed (Konsultan Pendidikan, BHY Consult Sdn. Bhd)

Beliau menekankan kecemerlangan pelajar berpunca daripada pendidik. Oleh sebab itu, semua pendidik perlu mengamalkan budaya kerja cemerlang agar pelajar yang dilahirkan ialah pelajar yang terbilang. Ceramah beliau berkisar kepada tiga aspek kecemerlangan yang perlu diberi penekanan oleh setiap guru, iaitu:

1. Berasaskan perancangan & strategi berkesan.
2. Berasaskan pemantauan & penyeliaan.
3. Melakukan pascanilai (post mortem) & tindakan susulan yang tepat.

Siri 2 : Kemahiran Fasilitator oleh En. Mhd. Shokkeri bin Hj. Ismail (Pensyarah Cemerlang Intitut Perguruan Darul Aman, Jitra, Kedah)

Penceramah menekankan aspek kemahiran guru sebagai fasilitator untuk memastikan keceriaan bilik darjah, khususnya semasa sesi P&P. Beliau turut menekankan kepentingan hubungan saling mempercayai antara guru dengan pelajar.

Kursus yang menelan belanja sebanyak RM 1847.80 mendapat sambutan hangat daripada para guru SBPIKP. Rata-ratanya berasa teruja dan memberi reaksi positif terhadap kursus ini. Diharapkan para guru mengaplikasikan input yang diperoleh bagi menjamin kecemerlangan berterusan dalam kalangan guru dan pelajar SBPIKP.

Sekian, terima kasih.


Laporan disediakan oleh,

Ariffin bin Salleh,
Setiausaha,
Jawatankuasa Pembangunan Staf,
SBPI Kubang Pasu.