Saturday, July 26, 2008

SMSKS LDP 7/2008: LAWATAN PENANDAARASAN KECEMERLANGAN









Pada 19 hingga 20 Julai 2008 seramai 40 orang guru termasuk pengetua dan pentadbir SM Sains Kuala Selangor telah mengadakan latihan dalam perkhidmatan dalam bentuk lawatan penanda arasan ke SM Syed Omar dan SM Sultanah Asma di Alor Setar , Kedah . Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada guru-guru SM Sains Kuala Selangor bagi memantapkan lagi struktur pengurusan Jawatankuasa Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan ( 3K ) di samping untuk mencapai misi dan matlamat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seterusnya merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam lawatan itu juga telah diisi dengan slot ( pengurusan ) yang disampaikan oleh kedua-dua pengetua sekolah berkenaan .
Selain perkongsian dalam bidang 3K , diadakan juga perbincangan dalam pengurusan fail , pengurusan aset sekolah dan program akademik . Secara umumnya objektif penanda arasan ke utara telah dapat dicapai dengan jayanya. Program penanda arasan ini melibatkan kos sebanyak RM 2700.00 . Sumber kewangan telah disumbang oleh PIBG sebanyak RM 1,500.00 dan bakinya sebanyak RM 1,200.00 diambil dari peruntukan LDP sekolah. Pecahan perbelanjaan ialah RM 1,200.00 untuk kos makan peserta dan bakinya RM 1,500.00 adalah untuk penginapan, cenderahati dan pengurusan.
Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perkembangan Staf, SMSKS