Tuesday, July 8, 2008

Kursus Kajian Tindakan di SDAR




Pada hari Sabtu 5 hb Julai 2008 Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan telah menganjurkan Kursus Kajian Tindakan. Kursus selama sehari ini telah dihadiri oleh 40 orang guru dan diadakan di Bilik Mesyuarat Putra. Tujuan utama kursus ini dijalankan adalah untuk mendedahkan kepada guru perkara-perkara asas dalam menyediakan kajian tindakan. Harapan sekolah agar selepas kursus ini guru dapat menerapkan budaya kajian tindakan dalam kerja mereka demi meningkatkan keberkesanan amalan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.


Kursus ini telah dibahagikan kepada dua slot. Slot pagi merupakan ceramah yang disampaikan oleh Dr. Zailah binti Zainudin, pensyarah dari Institut Perguruan Raja Melewar. Beliau amat pakar dalam bidang kajian tindakan dan kerap menyampaikan ceramah dalam program kendalian jabatan dan kementerian. Ceramah beliau menekankan kepada perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru sebelum, semasa dan selepas melakukan kajian tindakan. Yang paling utama kajian mestilah dimulakan dengan muhasabah diri dan amalan di bilik darjah dan menggunakan "setting" sendiri bukan orang lain.


Slot petang dipenuhi dengan bengkel kajian tindakan. Guru dibahagikan mengikut panitia dan membincangkan perkara atau tajuk yang sesuai untuk dibuat kajian. Bengkel diakhiri dengan pembentangan hasil perbincangan oleh ketua panitia. Diharap kursus ini berjaya menyediakan guru SDAR sebagai seorang penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.


Kursus yang berakhir pada pukul 4.30 ptg ini menelan belanja sebanyak RM 1200.00