Wednesday, July 2, 2008

LDP SAINA Siri 2 2008


Laporan Kursus Perkembangan Staf Sekolah Menengah Sains Pokok Sena Siri 2 2008

Sekolah Menengah Sains Pokok Sena telah mengadakan kursus Peningkatan Profesional Guru-Guru SMSPS siri 2 : BENGKEL HEADCOUNT pada 12-14 April 2008. Kursus ini telah diadakan selama tiga hari di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena dan dihadiri oleh 62 orang guru SMS Pokok Sena. Antara tempat-tempat kursus di persekitaran sekolah ialah Bilik Mesyuarat Guru, Bilik Kegiatan Guru dan Surau.
Kursus ini dijalankan untuk memperkasa professional keguruan guru-guru SMSPS, terutama dalam usaha memantapkan pemahaman guru tentang headcount serta urusan-urusan kerja professional dan house keeping peringkat sekolah. Kursus ini memperuntukkan kos sebanyak RM 4600.00.
Pemahaman tentang pengurusan headcount sangat penting kini memandangkan persaingan sengit peringkat individu dan sekolah bagi memastikan kecemerlangan akademik yaang tertinggi. Ibarat kata-kata hikmat Hari ini lebih baik daripada hari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini.
Antara slot menarik yang dijalankan dalam kursus ini adalah perasmian dan slot satu yang dikendalikan sendiri oleh Pengetua Kanan Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Tuan Haji Jamaluddin Bin Ariffin. Berpengalaman lebih 30 tahun dalam kerjaya guru, beliau mampu mencurahkan pengalaman dan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru-guru. Selain menyampaikan ucapan perasmian, beliau turut memberi motivasi kepada semua guru dengan cerita-cerita menarik dan mencuit hati.
Program ini juga diisi dengan slot ceramah Headcount daripada penceramah jemputan, En. Suhami Bin Harris, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah ( Sains dan Matematik ) . Ceramah menarik beliau menceritakan secara terperinci kepentingan dan kaedah pelaksanaan Headcount di sekolah.
Slot kerohanian diisi dengan program bercorak kerohanian di Surau Al-Fatonah. Guru-guru turut terlibat membaca Surah Yaasin dan mendengar Kuliah Maghrib dan Subuh yang disampaikan oleh penceramah tempatan, iaitu guru-guru Pendidikan Islam sekolah.
Slot bengkel merupakan agenda paling banyak mengambil masa dalam kursus ini. Dalam slot ini, semua guru dan pentadbir duduk berbincang mengikut panitia mata pelajaran masing-masing. Penolong-penolong kanan, guru-guru kanan bidang dn guru cemerlang menjadi fasilitator bagi membimbing guru-guru melaksanakan Headcount mata pelajaran.
Dalam majlis penutup, Pengetua Kanan Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Tuan Haji Jamaluddin Bin Ariffin mengucapkan terima kasih atas kesudian peserta kursus hadir sepenuhnya dalam slot-slot yang dijadualkan. Beliau juga berharap kursus ini memberi input berguna kepada guru-guru dan mengharapkan guru-guru terus komited dengan tugas sebagai pendidik anak bangsa. Kursus tamat pada pukul 4.30 petang ,14 Jun 2008

Disediakan oleh,
Abdul Rashid Bin Othman,
Penolong Setiausaha,
JK Perkembangan Staf,
SM Sains Pokok Sena.