Thursday, July 3, 2008

LDP 2 SM SAINS TUANKU JAAFAR-KAJIAN TINDAKAN

Pada 21/6/2008, satu ceramah mengenai kaedah Kajian Tindakan telah diberi kepada semua warga guru STJ seramai 62 orang. Maklumat ceramah ini adalah seperti berikut;

Tempat: Bilik Gerakan STJ
Masa : 8.30 pagi- 1-00 ptg
Penceramah : Dr Zailah Zainudin, Institut Perguruan Raja Melewar Seremban, Negeri Sembilan
Bajet : RM496.00 (62x RM8.00)

Penceramah , Dr Zailah Zainudin , yang mempunyai banyak pengalaman di sekolah dan institut perguruan memberi definisi Kajian Tindakan sebagai pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubah amalan-amalan. Melibatkan guru melaksanakan inkuirinya sendiri serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif sewaktu mengadakan kajian. (Mc Niff, 1988). Kajian secara sistematik ke atas usaha-usaha untuk meningkatkan amalan pendidikan oleh golongan yang terlibat melalui tindakan praktis mereka sendiri dan dengan demikian membuat refleksi terhadap kesan-kesan tindakan tersebut (Ebbutt, 1995).

Dr. Zailah Zainudin telah membuka minda guru-guru dengan mengguna animasi yang sangat jelas serta menarik dengan soalan-soalan yang berkaitan. Semua jawapan menjurus kepada pentingnya kajian tindakan dalam P&P. Beliau mengatakan kajian tindakan mempunyai faktor guru, faktor pelajar dan tindakan yang perlu diambil. Contoh-contoh juga telah diberi kepada guru-guru. Sesi LDP dengan Dr Zailah sungguh menyeronokkan dan berkesan.

Disediakan oleh,


Setiausaha LDP
SM Sains Tuanku Jaafar