Thursday, July 31, 2008

PROGRAM PERKEMBANGAN STAF KALI KE-5- PROGRAM PEMBESTARIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

SBP Integrasi Gombak telah mengadakan program perkembangan staf yang bertajuk Pembestarian dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kursus ini telah dihadiri oleh 61 orang guru SBPI Gombak.
Kursus ini dijalankan untuk melahirkan pendidik yang lebih dinamik dan efektif dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Di samping itu, kursus ini dapat menyediakan guru yang mahu menggunakan teknologi maklumat, mendapat pendedahan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran serta menambah minat warga guru dalam penyediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan IT.
Pengisian yang disampaikan dalam bentuk ceramah, bengkel, pembentangan dan sesi soaljawab. Program ini telah disampaikan oleh pensyarah dari Institut Perguruan Ilmu Khas iaitu Puan Nor’Aini Binti Muhamad Nor.
Kos bagi membiayai kursus ini ialah sebanyak RM 988 yang meliputi makanan dan saguhati penceramah.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.

Disediakan oleh,
Encik Mohd Fuad Bin Abdul Wahab
Guru Perkembangan Staf
SBP Integrasi Gombak