Wednesday, May 6, 2009

LDP Siri 3/2009 SAKTI

LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)
SIRI 3/2009
TARIKH : 18 APRIL 2009

HARI : SABTU

MASA : 7.15 PAGI HINGGA 2 PETANG
TEMPAT: DEWAN SRI PENAWAR SM SAINS KOTA TINGGI.


LDP siri 3/2009 ini dimulai dengan sessi senamrobik yang dikendalikan oleh guru Pendidikan jasmani sekolah iaitu Encik Damodaran A/L Narayanan. Senamrobik ini berlangsung selama 45 minit.


Tajuk LDP ini adalah berkaitan Pengurusan Stress. Ceramah ini di sampaikan oleh seorang pesara penjawat awam iaitu Tuan Haji Mohmad Noh bin Sairi.


Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa kursus.

Matlamat kursus ini dijalankan adalah memberi panduan kepada guru-guru dan staff sokongan bagi mengurus tekanan dalam menjalankan tugas seharian.

Program ini berlangsung dengan jayanya. Guru-guru yang menghadiri kursus ini menyatakan mereka berpuas hati dengan ceramah yang disampaikan . Disamping itu kursus ini juga berjaya meningkatkan keazaman dan membaharui tekad guru-guru untuk terus berjuang mendidik anak bangsa tanpa putus asa dan rasa jemu.

Kursus ini dihadiri oleh 50 orang guru dan lapan orang staff sokongan.Kos untuk kursus ini adalah sebanyak RM920.00

Disediakan oleh,

Penyelaras,
Program Latihan Dalam Perkhidmatan
SM Sains Kota Tinggi