Thursday, April 2, 2009

SMSKS LDP 3/2009: PENULISAN MINIT MESYUARAT DAN PENGHAYATAN PROTOKOL


Demi memartabatkan profesion keguruan, selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Teras 5 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, SM Sains Kuala Selangor telah sekali lagi mengadakan sesi perkembangan staf dalam LDP siri ketiga pada tahun ini. Kursus ini telah dilaksanakan pada 24 Mac 2009 (Selasa) jam 2.30 hingga 5.30 petang, bertempat di Bilik Seri Bayu. Aktiviti ini melibatkan 67 orang guru SMSKS. Tiada perbelanjaan digunakan untuk menjayakan program ini.

Penceramah dan Pengisian:

1. Pn. Normidza binti Md Kamel (Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa, SMSKS).
Beliau telah menjelaskan format penulisan minit mesyuarat yang terkini. Contoh-contoh minit mesyuarat dibekalkan kepada peserta kursus. Perbincangan telah dibuat untuk mengesan kesilapan yang lazim dilakukan dalam menyediakan minit mesyuarat serta penekanan diberikan untuk tujuan penambahbaikan.

2. En. Shamsul Nizam bin Hj. Kachi Mohideen (Guru Bahasa Inggeris, SMSKS).
3. Cik Zarina Binti Abdul Rahim (Guru Bahasa Jerman, SMSKS)
Mereka berdua telah memperincikan penghayatan dan pelaksanaan protokol dalam semua tugas serta majlis rasmi. Contoh-contoh tindakan lazim semasa melaksanakan tugas serta majlis rasmi telah ditayangkan kepada peserta kursus. Perbincangan dan penilaian telah dilakukan dengan memberikan penekanan terhadap tindakan yang sepatutnya dilakukan. Peserta kursus perlu mengelakkan diri dari melakukan tindakan yang bercanggah dalam apa jua tugas dan majlis rasmi yang dilaksanakan.

"KE ARAH MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN"

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perkembangan Staf, SMSKS