Wednesday, September 17, 2008

KURSUS DAN BENGKEL BICARA TOKOH KEMERDEKAAN



Kursus dan Bengkel Bicara Tokoh Kemerdekaan ini telah diadakan pada 30 Ogos, 2008, di Kampung Punggai, Pengerang. Tujuan kursus ini adalah untuk memberi peluang kepada para guru SM Sains Kota Tinggi menghayati dan mengamalkan sifat mulia tokoh-tokoh tempatan yang berjuang menentang pengganas komunis. Kesan langsung kursus ini diharapkan akan menimbulkan kesedaran dalam diri para guru untuk mendidik pelajar di sekolah dengan ilmu dan nilai patriotisme secara bersungguh-sungguh. Pengisian kursus ini melalui ceramah, forum dan bengkel dalam kumpulan. Dua orang tokoh telah dijemput untuk sama-sama menjayakan program ini iaitu En Jais bin Hj Sulaiman, seorang bekas anggota PDRM iaitu veteran Perang Era Darurat, yang kini tinggal di Felda Adela, Kota Tinggi. Seorang lagi tokoh ialah En Saat bin Abd Hamid, yang juga seorang bekas anggota PDRM yang berkhidmat sebelum kemerdekaan lagi, kini tinggal di Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi. Guru-guru menimba pengalaman dari kisah benar zaman Jepun, era darurat dan peristiwa awal kemerdekaan tanah air. Seramai 40 orang guru telah terlibat dalam kursus ini. Kursus ini telah berjaya diadakan selama 1 hari bermula jam 8.00 pagi hingga jam 2.30 petang dengan jayanya. Jumlah perbelanjaan untuk kursus ini sebanyak RM 1442.00. Tahniah kepada semua guru dan pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.


Disediakan oleh:

Penyelaras
Program Latihan Dalam Perkhidmatan
SM Sains Kota Tinggi