Wednesday, September 17, 2008

KURSUS PENGHAYATAN KEMERDEKAAN : SESI 2



Kursus Penghayatan Kemerdekaan : Sesi 2, telah diadakan pada 29 Ogos 2008, di Dewan Sri Penawar, Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Bandar Penawar. Kursus ini melibatkan semua guru Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi. Tujuan kursus ini adalah untuk melahirkan budaya cintakan sejarah bangsa dan negara. Tumpuan kursus ini pula untuk meningkatkan lagi kesungguhan guru-guru Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi agar menghayati erti kemerdekaan. Ceramah Penghayatan Kemerdekaan : Sesi 2 ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Sharif bin Mohin, Penceramah Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim, Johor Bahru. Tema ceramah beliau ialah “Pembangunan Modal Insan Cemerlang Generasi Kemerdekaan”. Seramai 39 orang guru telah terlibat dengan kursus dalaman ini. Kursus ini diadakan mulai jam 8.00 malam hingga 11.00 malam. Perbelanjaan untuk kursus ini sebanyak RM 600.00.


Disediakan oleh:

Penyelaras
Program Latihan Dalam Perkhidmatan
SM Sains Kota Tinggi