Sunday, September 21, 2008

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SESTER - KURSUS PERSEDIAAN SEGAK

Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER) telah berjaya mengadakan Kursus Persediaan Segak iaitu satu kursus dalam siri LADAP. Kursus ini telah diadakan pada 5 Julai 2008 di Dewan Nadwah, bermula pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 4.30 petang.



Terdapat tiga sesi kursus ini. Sesi pagi dipenuhi dengan aktiviti memanaskan badan seperti aktiviti kalistanik, regangan dan kelonggaran otot, dan pembahagian kumpulan. Pada sesi kedua pula, guru didedahkan dengan Pengenalan SEGAK secara teori dan pendedahan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Psikososial. Pada sesi akhir, guru didedahkan dengan borang SEGAK dan maklum balas ujian. Kursus ini dikendalikan dengan jayanya oleh Encik Wan Ismail bin Wan Nawang, guru PJ sekolah ini yang juga merupakan jurulatih berpengalaman di peringkat negeri.

Kursus yang dihadiri oleh 36 orang guru sekolah ini telah berjaya mencapai matlamatnya iaitu menyampaikan maklumat tentang Program Penilaian Standard Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) yang telah dimulakan pada tahun 2005 dan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2008 ini.

Kursus lain diharap dapat dilaksanakan sebelum akhir tahun ini.

Disediakan oleh,
Penyelaras LADAP SESTER.