Sunday, September 21, 2008

LDP SMAPL : Pengurusan Stres

Pengenalan
Memang tidak dapat dinafikan bahawa tugas dan tanggungjawab guru hari ini semakin mencabar dan memerlukan para guru sentiasa bersedia dengan ketahan mental yang tinggi. Peningkatan bebanan tugas ini telah mendorong berlaku pelbagai perkara yang tidak menyenangkan dalam kalangan kakitangan pendidik. Selaras dengan itu JK Perkembangan Staf telah menganjurkan satu kursus yang berkaitan dengan pengurusan stress dalam kalangan pendidik. Kursus tersebut diadakan sepertimaklumat berikut:

Nama Kursus : Pengurusan Stress Dalam Kalangan Kakitangan
Tarikh : 5 Ogos 2008
Tempat : Bilik UTP, SMAP, Labu
Masa : 2.30 – 4.30 pm
Penceramah : En. Zulkarnain bin Abdul Kadir
Pegawai Kaunselor,
Unit Psikologi & Kaunseling
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan
Kehadiran : Rujuk lampiran

Objektif Kursus
i. Mendedahkan kepada peserta tentang suasana kerja yang boleh menyebabkan wujudnya stress
ii. Panduan guru-guru menyelesaikan / menangani masalah stress dalam bidang pendidikan yang semakin mencabar
iii. Mendedahkan kepada peserta kesan-kesan dalam jangka panjang sekiranya tidak diatasi
iv. Mewujudkan suasana tempat kerja yang harmonis yang seterusnya meningkatkan kesihatan mental kakitangan.

Perbelanjaan
i. Minum petang - RM4.00 x 80 orang = RM 320.00
ii. Penceramah - RM 200.00
---------------------------
RM 520.00

Intipati Kursus
i. Apa itu tekanan ?
· Tekanan terdapat di mana-mana dan dalam apajuga keadaan, hanya bergantung kepada kita sebagai manusia yang mengenadalinya. Tekanan yang berlaku adalah mengikut persepsi setiap individu. Masalah ini tidak sama antara seorang individu dengan individu lain.
· Cara penyelesaian juga tidak sama antara seorang individu dengan individu yang lain. Dalam mengetahui punca ini peserta diberi edaran soal selidik yang mengandungi 10 indekator berkaitan dengan suasana kerja yang dialami setiap hari.

ii. Punca tekanan
Menurut kajian yang telah dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang melibatkan seramai 9328 respondan telah mendapati bahawa stress disebabkan oleh:
- tidak minat terhadap sesuatu kerja yang diberikan – 60%
- masalah kenaikan pangkat – 74%
- bebanan kerja yang banyak – 79%
- ketidakadilan dalam penilaian prestasi – 72%
- tekanan daripada ibu bapa/ penjaga – 83%
- lokasi tenpat kerja, sekolah – 32%
- kemudahan infrastruktur di sekolah – 57%

Peserta dikehendaki menjawab soalan selidik untuk mengukur tahap kebimbangan. Soal selidik ini mengandungi 20 indekator yang perlu dijawab dengan ikhlas.

iii. Kesan stress
- Sekiranya masalah ini tidak dibendung, dikhuartiri akan menyebabkan beberapa penyakit yang berbahaya seperti, masalah jantung, barah, penyakit yang berkaitan paru-paru, kemalangan, serta bunuh diri.
- Menurut kajian, bahawa setiap 40 saat, terdapat satu kes yang melibatkan bunuh diri

iv. Aktiviti yang boleh mengurangkan stress
Peserta didedahkan dengan beberapa aktivit yang boleh mengurangkan stress yang boleh dilakukan tanpa banyak melakukan pergerakan seperti:
- Stressed-Out Stretches
- Really Stressed-Out Stretches.

Penutup
Adalah menjadi harapan semoga semua peserta dapat mengaplikasikan segala ilmu pengetahuan yang telah diberi sepanjang kursus ini. Atas permintaan peserta, kursus untuk siri kedua akan diadakan lagi pada tahun hadapan.

Disediakan oleh:

En.Mohd Hussain bin Yaacob
S/Usaha Perkembangan Staf
SMAP, Labu