Wednesday, September 17, 2008

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH


Pada 10 OGOS 2008, Kursus Pengurusan Jenazah telah diadakan bertempat di masjid dan surau Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Kursus ini melibatkan semua guru dan pelajar Tingkatan Tiga dan Tingkatan 5, juga terbuka kepada staf bukan guru. Kursus yang dijalankan selama empat jam ini terbahagi kepada dua kategori, iaitu pengurusan bagi jenazah lelaki yang diadakan di Masjid Mu'adzam, SMSAH dan pengurusan jenazah wanita yang diadakan di surau sekolah.

Antara objektif kursus ini adalah memberi pendedahan secara praktikal tentang cara-cara menguruskan jenazah kepada seluruh warga sekolah terutamanya kepada pelajar-pelajar tingkatan tiga dan lima yang telah mempelajarinya secara teori semasa sesi pengajaran di dalam kelas. Selain itu, dengan adanya kursus sebegini diharapkan kepada peserta agar dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan sebenar apabila berlaku satu-satu kematian, terutamanya keluarga terdekat.

Kursus yang dihadiri seramai kira-kira 300 peserta ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari. Kos perjalanan kursus dianggarkan berjumlah RM 1532 termasuk bayaran kepada penceramah dan jamuan makan kepada peserta kursus...