Sunday, September 21, 2008

LDP SHAH - Bengkel eG - Tukar





Pada tanggal 27 Mac 2008 satu Bengkel komputer eG-Tukar telah diadakan di Makmal Epu SHAH Pekan bagi guru lelaki dan Makmal Bestari SHAH bagi guru perempuan. Kursus ini telah dikendalikan oleh Pengetua kami iaitu En. Abdullah bin Musa bagi guru lelaki dan En. Rosli bin Salim bagi guru perempuan. Seramai 64 orang guru telah menghadiri kursus ini.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru SHAH tentang kaedah untuk mengisi borang pertukaran guru secara on line. Selain itu kursus ini juga bertujuan untuk memperkenalkan kepada para guru Shah tentang satu inovasi daripada pihak Kementerian dalam engaplikasikan penggunaan computer dalam pengurusan pertukaran guru di Malaysia.

Melalui kursus ini para guru dapat mengetahui bahawa kerja-kerja pengisian borang pertukaran guru dapat dilakukan dengan cepat. Para guru juga dapat mengetahui tentang perkembangan status kedudukan permohonan mereka dengan tepat.


Semoga guru-guru SHAH sentiasa peka kepada sebarang inovasi yang telah dirancang oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia seiring dengan perkembangan sains dan teknologi negara di negara kita.