Tuesday, September 23, 2008

Kursus Pengurusan kewangan

SM Sains Teluk Intan telah mengadakan Kursus Pengurusan kewangan kepada 60 orang peserta yang terdiri daripada guru dan staf pada 11 Jun 2008 bertempat di Bilik Gerakan. Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dari segi pengurusan kewangan yang di laksanakan di Sekolah ini.

Sesi ceramah telah menampilkan En Ahmad Rosidi bin Ramley, Pengetua SM Sains Teluk Intan yang memberi ceramah berkaitan prosedur pembelian melalui pengurusan kewangan Sekolah dan juga melalui sistem eSPKB yang telah dilaksanakan mulai September 2007. Penceramah menyentuh prosedur-prosedur pembelian iaitu sebelum membuat pembelian mesti ada anggaran perbelanjaan melalui mesyuarat panitia di mana perancangan pembelian harus diambilkira. Proses Pembelian adalah seperti berikut :
Tatacara Pembelian
1. Pastikan baki peruntukan mencukupi
2. Isi Nota Minta dan mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan
3. Penyediaan Pesanan Tempatan
4. Penghantaran Barang
5. Penyemakan Kuantiti dan Kualiti Barang
6. Daftar Stok
7. Cop Bil di terima
8. Daftar bil
9. Pembayaran

Bagi sesi ceramah yang kedua, Ketua Pembantu Tadbir memberi penerangan berkaitan Tuntutan Perjalanan kepada semua guru dan staf. Pendedahan diberi berkaitan dengan pengisian Borang Tuntutan Perjalanan yang memerlukan maklumat lengkap untuk butiran berikut :
a) Nama
b) No Kad Pengenalan
c) No akaun
d) Maklumat mengenai kenderaan - no kenderaan, kuasa dan kelas tuntutan
e) Alamat tempat kerja dan tempat tinggal.

Kelayakan yang boleh dituntut adalah mengikut
a) Elaun perjalanan
a) Elaun makan
c) Elaun Harian
d) Elaun Lojing
e) Bayaran Hotel (tidak melebihi dari kelayakan yang diberi)

Bengkel juga diadakan untuk cara pengisian borang tuntutan mengikut kandungan serta format yang betul. Kursus ini melibatkan kos RM300.00 (Ringgit: Tiga ratus sahaja).

Disedikan oleh Setiausaha LDP SEMESTI