Tuesday, September 23, 2008

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN KE BRUNEI DARUSSALAM



Pada 25 hingga 29 Ogos, 2008, seramai 9 orang guru bersama-sama 20 orang pelajar Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi telah berangkat ke Brunei Darussalam untuk mengikuti Program Pengantarabangsaan ke Negara Brunei Darussalam. Ketua rombongan program ini ialah Tn Hj Mohamad Alim bin Konting, Guru Penolong Kanan HEM, SM Sains Kota Tinggi. Program ini bertujuan untuk menjayakan pertukaran budaya antara dua negara.
Destinasi utama program ini ialah SM Pangiran Jaya Negara Pangiran Haji Abu Bakar, Brunei Darussalam. Beberapa aktiviti diadakan di sekolah ini, iaitu taklimat daripada pihak pengurusan sekolah oleh Pn Sulawati bt Abd Ghafar, Timbalan Pengetua 1, Program Festival ASEAN, Kempen Sayangi Alam Sekitar dan persembahan pelajar sekolah. Pelajar SM Pangiran Jaya Negara Pangiran Haji Abu Bakar mempersembahkan cerita tentang sejarah pembukaan Brunei Darussalam. Manakala pelajar dari SAKTI telah mempersembahkan teater muzikal tentang perpaduan kunci kemerdekaan selaras dengan program kembara merdeka SAKTI 2008. Beberapa aktiviti lain telah dijalankan seperti lawatan ke Masjid Sultan Salehuddin, Masjid Hassanal Bolkiah, Oil and Gas Discovery Centre, Universiti Brunei Darussalam, Kampung Air dan Muzium Diraja Brunei. Kami turut membuat lawatan ke SM Sains Miri. Perbelanjaan program ini ditanggung oleh sumbangan pelbagai pihak dan peserta program.


Disediakan oleh:

Penyelaras
Program Latihan Dalam Perkhidmatan
SM Sains Kota Tinggi