Thursday, September 25, 2008

PROGRAM TAZKIRAH RAMADHAN



Sepanjang bulan Ramadhan tahun 2008, SM Sains Kota Tinggi telah mengadakan program tazkirah setiap pagi hari persekolahan selama 10 minit. Program ini melibatkan semua guru dan pelajar SM Sains Kota Tinggi dan disampaikan oleh guru-guru secara bergilir-gilir.

Kemuncak program tazkirah ini disampaikan oleh En Muhammad Nur al-Sufi bin Romele pada 25 September, 2008 dengan tajuk “Asal-usul Kejadian Manusia” di Surau al-Jawahir, SM Sains Kota Tinggi, bersempena program Khatam Al-Quran. Pada 26 September, 2008, tazkirah penutup disampaikan pula oleh Ustazah Roselizam bt Daud.

Tujuan program ini untuk menyemarakkan dan menghidupkan suasana bulan Ramadhan yang mulia ini. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk melahirkan warga SAKTI yang menghayati keistimewaan bulan Ramadhan.


Disediakan oleh:

Penyelaras
Program Latihan Dalam Perkhidmatan
SM Sains Kota Tinggi