Saturday, October 4, 2008

Laporan LDP SBPI Kubang Pasu Siri 6, 2008




Kursus Peningkatan Penguasaan al-Quran

Sempena bulan Ramadan al-Mubarak,. Jawatankuasa Pembangunan Staf telah bekerjasama dengan Kelab Staf dan Panitia Pendidikan Islam menganjurkan kursus Peningkatan Penguasaan al-Quran. Ia dijalankan selama lima hari, iaitu pada 21, 22, 23, 24 dan 25 September 2008, bersamaan 21, 22, 23, 24 dan 25 Ramadan 1429. Ia dijalankan di Surau Jannatun Naim SBPIKP mulai jam 2.30 – 4.00 petang pada sesi 21, 22, 23 dan 24 Ramadan, sementara pada 25 Ramadan pula 8.00 – 10.30 pagi.

Aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti tadarus al-Quran mengikut kumpulan. Seramai 58 orang guru dan 16 staf dibahagikan kepada 15 kumpulan. Setiap kumpulan menjalani tadarus sebanyak dua juzuk al-Quran. Pada hari terakhir majlis khatam al-Quran dijalankan di tempat yang sama. Majlis khatam al-Quran diadakan serentak dengan pelajar yang turut menjalankan aktiviti tadarus setiap petang, iaitu selepas solat Asar. Kursus ini dikendalikan oleh guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab SBPIKP. Melalui kursus ini, penguasaan para staf terhadap al-Quran terutama aspek tajwid dipertingkatkan.

Walaupun tanpa sebarang kos, kursus ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Guru-guru juga telah memberikan komitmen yang sungguh memberangsangkan dalam menjalani program ini. Semoga Ramadan al-Mubarak menjadi titik tolak kepada pembudayaan al-Quran dalam kalangan guru-guru dan seterusnya melahirkan generasi al-Quran dalam kalangan pelajar SBPIKP, Insya – Allah!


Laporan disediakan oleh,

Ariffin bin Salleh,
Setiausaha J/k Pembangunan Staf,
SBPI Kubang Pasu.