Monday, June 30, 2008

SEMINAR PERKEMBANGAN STAF STF 2008


Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru telah mengadakan Seminar Perkembangan Staf pada 21 Jun 2008 dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Seminar ini telah diadakan di di Bilik Mesyuarat Sekolah Tun Fatimah. Seminar ini telah dihadiri oleh 60 orang guru.

Seminar ini dijalankan untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran guru di sekolah ini. Seminar terbahagi kepada dua sesi.
Sesi pertama bertajuk " Concept Behind Head Count" ( How to Read A Data)
Dalam sesi ini guru diberi pendedahan tentang strategi peningkatan prestasi akademik melalui head count dan post mortem.
Sesi kedua bertajuk " Drive to Excellent".
Untuk sesi ke dua guru didedahkan bagaimana penampilan dan personaliti sebagai seorang penjawat awam.

Ceramah disampaikan oleh Tengku Azuan Tengku Mohamed. Sebagai seorang mantan pengetua yang telah berkhidmat di beberapa buah SBP beliau telah menyampaikan isi ceramah dengan begitu berkesan sekali.

Seminar ini telah melibatkan kos berjumlah RM 2000.00 ( RM : Dua Ribu sahaja)

Semoga seminar ini dapat manfaat oleh semua peserta untuk menjadi guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Disediakan oleh;
Cik Norsilah Kamaruddin dan Puan Rosmah Abdullah

LAPORAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL 2008 SIRI 2

SMS Tun Syed Sheh Shahabudin telah mengadakan Seminar Pendidkan bertajuk “The key to successful classroom practice in all societies is the teacher’s capacity to cater for the diversity of learners.” Oleh Cik Izan Zhariza binti Izhar dan Theoretical perspectives of Peer-assisted Learning Strategy (PALS) oleh En. Tan Khan Aun dan Qulity Control : Issues and Problems oleh Cik Wan Maziha bt. Wan Jaafar, untuk guru-guru sekolah ini pada 28 Jun 2008 . Ceramah di adakan di Bilik persidangan Sekolah dan di hadiri oleh 69 orang guru SMS SMS Tun Syed Sheh Shahabudin.
Seminar ini di adakan untuk menyedarkan tentang isu dan kaedah pengajaran dan pembelajaran semasa dan terkini. Perbincangan di lakukan oleh guru cemerlang, guru baru dan guru pelatih yang mendapat pendedahan semasa tentang kaedah terkini.
Program dimulakan dengan pendaftaran pada pulul 8.00 hingga 8.30 pagi. Ucapan aluan oleh pentadbir sekolah 8.30 – 9.30 pagi.
Ceramah pertama . “The key to successful classroom practice in all societies is the teacher’s capacity to cater for the diversity of learners.” Oleh Cik Izan Zhariza binti Izhar.
Ceramah kedua Theoretical perspectives of Peer-assisted Learning Strategy (PALS) oleh En. Tan Khan Aun.
Ceramah ketiga Qulity Control : Issues and Problems oleh Cik Wan Maziha bt. Wan Jaafar.
Kursus ini telah melibatkan kos berjumlah RM 1185.50 (Satu ribu satu ratus lapan puluh lima dan lima puluh sen)

Semoga kursus ini mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh,
Penolong Kanan
SMSTSSS
LAPORAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL 2008 SIRI 1

SMS Tun Syed Sheh Shahabudin telah mengadakan Cemarah Isu Global untuk guru-guru sekolah ini pada 14 Jun 2008 . Ceramah di adakan di Dewan Besar Sekolah dan di hadiri oleh 69 orang guru SMS SMS Tun Syed Sheh Shahabudin.
Kursus ini di adakan untuk menyedarkan tentang isu global semasa yang telah melanda dunia ini. Perbincangan di lakukan tentang punca dan cara untuk mengatasi masalah ini.
Program dimulakan dengan pendaftaran pada pulul 8.00 hingga 8.30 pagi. Satu sesi permainan diadakan di padang bersama dengan ahli keluarga guru dan pelajar pada pukul 8.30 – 9.30 pagi.
9.30 – 10.30 Ucapan aluan oleh Tuan Pengetua, bacaan doa, ikrar dan nyanyian serta persembahan di adakan.
Ceramah oleh guru cemerlang SMS Tun Syed Sheh Shahabudin yang juga aktivis alam sekitar En. Tan Khan Aun dengan tajuk Water Is life – Let Every Drop Count. Majlis di akhiri dengan persembahan pelajar dan jamuan tengahari.
Kursus ini telah melibatkan kos berjumlah RM 890.00 (Lapan ratus sembilan puluh sahaja)

Semoga kursus ini mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh,
Penolong Kanan
SMSTSSS

Saturday, June 28, 2008

LDP Moz@c siri 3/08

Tarikh : 28 Jun 2008
Hari : Sabtu ; Masa : 0800 pagi -100 th
Tempat : Bilik Gerakan ( ceramah)
Makmal Bestari, bilik komputer ,bilik media,bilik APD( bengkel)
Aturcara :
0800- : Pendaftaran
0805-0900 pg : Perancangan Strategik ( Mandat, Misi dan Visi) En.Ismail Muhamad
0900-1000pg : Analisis SWOT , Matlamat strategik ( En Roszelan Majid)
1000-1030 pg : minum pagi
1030-1130 pg : Perancangan taktikal dan operasi (En Roszelan Majid)
1130-1230 th : Bengkel penyediaan pelan taktikal ,operasi (PK/GKMP)
1230 th : Pembentangan hasil pembengkelan
1.00 th : makan tengah hari
Kursus hari ini bertemakan pelan pembangunan strategik sekolah dan di hadiri 65 orang guru di bilik gerakan sekolah dengan kos RM 780.00.Latihan ini memberi manafaat yang baik untuk guru-guru mendalami format terkini perancangan strategik mengikut model IAB selepas kedua-dua penceramah menghadiri kursus tersebut semasa cuti penggal lepas .
S/u LDP SMS Muzaffar Syah, Melaka

Friday, June 27, 2008

LDP SBPI SELANDAR SIRI 4- PEMBESTARIAN SEKOLAH DALAM PEMERIKSAAN SEKOLAH DAN CIRI-CIRI GURU CEMERLANG

TARIKH : 28 JUN 2008
PENCERAMAH : EN JUMALI BIN HJ SIDEK
JNS MELAKA

Penceramah : En Jumali b Hj Sidek
Jemaah Nazir Sekolah
Mendengar dengan ceria dan khusyuk

Penuh perhatian
Tarikh : 28 Jun 2008
masa : 8 pagi hingga 2 ptg
Hari : Sabtu
tempat : Bilik Mesyuarat
Bil Peserta: 60 orang.
Matlamat : Memberi maklumat tentang pembestarian sekolah dan kriteria Guru Gemerlang.
pengisian: Slot 1 : Penerangan kepentingan Standard kualiti Pendidikan Malaysia dihayati oleh warga sekolah. Beliau menegaskan perkongsian ilmu berkenaan pembestarian sekolah dan pemeriksaan sekolah sebagai titik tolak menjadi sekolah cemerlang. Beliau menitikberatkan tentang hubungan baik antara warga sekolah dengan pihak Jemaah Nazir bagi memperkasakan organisasi sekolah.
Slot 2 : Penerangan bagaimana untuk menjadi guru cemerlang. Beliau juga menggariskan kriteria dan peranan guru cemerlang.
Nama penceramah : Tn Hj Jumali bin Sidek ( Ketua Nazir Sekolah)
Disediakan oleh: Setiausaha LDP SBPI Selandar

Thursday, June 26, 2008

Ceramah JSU SBP Integrasi Jempol 2008



Pada 26 Jun 2008 satu ceramah dan bengkel latihan dalam perkhidmatan telah di jalankan untuk semua guru. ceramah ini telah di jalankan pada pukul 2.00pm hingga 6.00pm telah di hadiri seramai 41orang guru. Objektif ceramah ini memberi pendedahan dan meningkatkan pemahaman berkaitan dengan Jadual Spesikasi Ujian. Ini akan membantu guru-guru meningkatkan kemahiran dalam membentuk soalan ujian. Ceramah ini telah di sampaikan oleh Puan Hajah Rohana binti Abdul Ghani dari SMK Zaaba Kuala Pilah. sesi telah di mulakan dengan ceramah dan di ikuti dengan bengkel pembinaan item soalan berdasarkan jadual spesifikasi ujian. Ceramah ini telah mendapat sambutan baik dan komitmen dari semua guru. di harapkan ceramah ini mencapai matlamat yang di inginkan. Ceramah ini telah menelan belanja sebanyak RM 550.00 sahaja.


Di sediakan,

Setiausaha

Perkembangan Staf SBPIJ

LDP MCKK KE-3


Kursus LDP MCKK ke-3

The Malay College Kuala Kangsar telah mengadakan kursus Penulisan Buku. Kursus ini adalah untuk guru-guru sekolah ini pada 24 Mei 2008. Kursus ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Mohd Rauhi b. Mohd Isa yang diadakan di Bilik Persidangan Malay College dan dihadiri oleh 62 orang guru.

Kursus ini dijalankan untuk meningkatkan kualiti dan kemahiran penulisan buku dan cara-cara menerbitkannya. Kursus ini dijalankan dengan kerjasama Syarikat Penerbitan Cerdik Sdn. Bhd. Dari Kuala Lumpur.

Pelbagai maklumat diberi kepada para peserta oleh penceramah.

Kursus ini melibatkan kos daripada peruntukan LDP sebanyak RM 880.00
Semoga kursus ini mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh,
Setiausaha LDP,
MCKK

LDP MCKK KE-3 KURSUS PENULISAN BUKU

Kursus LDP MCKK ke-3

The Malay College Kuala Kangsar telah mengadakan kursus Penulisan Buku. Kursus ini adalah untuk guru-guru sekolah ini pada 24 Mei 2008. Kursus ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Mohd Rauhi b. Mohd Isa yang diadakan di Bilik Persidangan Malay College dan dihadiri oleh 62 orang guru.

Kursus ini dijalankan untuk meningkatkan kualiti dan kemahiran penulisan buku dan cara-cara menerbitkannya. Kursus ini dijalankan dengan kerjasama Syarikat Penerbitan Cerdik Sdn. Bhd. dari Kuala Lumpur.

Pelbagai maklumat diberi kepada para peserta oleh penceramah.

Kursus ini melibatkan kos daripada peruntukan LDP sebanyak RM 880.00
Semoga kursus ini mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh,
Setiausaha LDP,
MCKK

SMSKS LDP 5/2008: KURSUS MOTIVASI: PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU

SM Sains Kuala Selangor(SMSKS) telah mengadakan satu program pengisian rohani iaitu ceramah peranan dan tanggungjawab guru. Ceramah ini diadakan pada 24 Jun 2008 di Bilik Seri Bayu, SMSKS. Program bermula jam 2.45 - 6.00 petang.
Penceramah yang dijemput ialah Tuan Haji Basri bin Abdullah, Urusetia Perunding YPEIM Selangor. Beliau telah memberikan ceramah dengan menarik serta memberi peluang untuk guru bertanya soalan. Beliau juga menerangkan program amal jariah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia pada akhir ceramahnya.
Ceramah ini telah dihadiri oleh 70 orang guru SMSKS. Diharap ceramah ini dapat memberi manfaat dan pengisian rohani kepada semua guru.
Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perkembangan Staf, SMSKS

Friday, June 20, 2008

Tahniah SBP!

Bahagian Pengurusan SBP/Kluster (penjenamaan semula Sektor SBP - sekarang telah menjadi Bahagian) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengetua, guru dan staf SBP, khasnya JK LDP sekolah yang telah menjalankan LDP dengan lancar dan berjaya. Laporan yang dikemukakan melalui blog ini amat-amat berguna, kerana KPM dapat memantau terus dari segi kewangan, bilangan peserta dan jenis-jenis kursus.
Adalah diharapkan agar semua SBP dapat meningkatkan lagi prestasi perbelanjaan LDP.
Bahagian ini khuatir sekiranya prestasi perbelanjaan kita rendah, pada tahun hadapan, Bahagian Pendidikan Guru (Penyelaras LDP) akan mengurangkan peruntukan LDP untuk SBP.
Untuk makluman, sekolah harian hanya menerima peruntukan dalam lingkungan RM1000 hingga RM2000 sahaja, sedangkan kita RM10,000.00. Ini menunjukkan bahawa guru-guru SBP memang diberi perhatian, keutamaan dan keistimewaan.
Sasaran kita, hingga akhir Julai, seboleh-bolehnya kita telah membelanjakan 75%-80% peruntukan berkenaan.
Tetapi dalam masa yang sama kita perlu patuh kepada peraturan-peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa. Kreativiti JK LDP sekolah amat-amat diperlukan.
Laporan kursus dan perbelanjaan dibuat dalam dua saluran, yang mana kedua-duanya mesti memberi maklumat yang sama, terutamanya dari segi jumlah perbelanjaan.
1. dalam bentuk berita, mengikut format, di laman ini www.sbp-ldp.blogspot.com
2. dalam bentuk data prestasi kewangan yang dimuat naik melalui www.dmhsoftware.net. (biasanya diuruskan oleh kerani kewangan sekolah ataupun ketua kerani).
Kedua-dua laporan di atas dihantar sebelum 3 hb setiap bulan.
Bahagian ini amat maklum dengan kekangan masa yang dihadapi oleh pihak sekolah. Ini kerana peruntukan yang diturunkan oleh BPG hanya diterima pada bulan april. Adalah diharapkan agar pada tahun-tahun akan datang, peruntukan ini diterima lebih awal supaya kita dapat menggerakkan LDP dengan lebih teratur dan terancang.
Kepada SBP yang belum membuat pelaporan, sedangkan LDP memang berjalan, adalah diharapkan mengambil tindakan segera untuk membuat laporan dalam 2 bentuk yang dinyatakan di atas. Mohon juga kepaa SBP yang berjiran, dan aktif membuat laporan, untuk membantu jiran anda. Kita mohon jasa baik PK untuk berhubung sesama mereka. Mungkin boleh mengenal pasti masalah yang menyebabkan laporan tidak dibuat.
Tahniah & terima kasih.

SMSKS LDP 4/2008: TAKLIMAT PROFESIONALISME KEGURUAN

Pengetua baru Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor iaitu Puan Hajjah Rossminah binti Yamin, pengetua cemerlang mula bertugas pada 16 Jun 2008. Pada 17 Jun 2008 beliau telah memberikan ucaptama dan ceramah profesion keguruan kepada semua guru SMSKS di Bilik Seri Bayu. Ceramah ini bermula dari jam 2.30 -5.45 petang.
Ceramah ini terbahagi kepada dua slot. Slot pertama mengenai etika profesion keguruan dan slot kedua pula berkaitan team work. Ceramah ini telah memberi pendedahan dan input baru kepada guru-guru SMSKS untuk menjadi guru yang lebih berketrampilan dan mempunyai budaya kerja yang lebih sistematik. Beliau juga mengingatkan guru agar sentiasa mematuhi peraturan , prosedur dan pekeliling yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran.
Setiap warga SMSKS perlu berganding bahu untuk menaikkan nama SMSKS setanding dengan SBP elit yang lain. Beliau berharap semua guru dapat memberikan kerjasama yang baik agar beliau dapat mentadbir SMSKS dengan jayanya. Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perkembangan Staf, SMSKS

Thursday, June 19, 2008

Ceramah Protokol dan Etiket Di Meja Makan SBP Integrasi Jempol 2008



Pada khamis (18hb Jun 2008) yang lalu, jawatankuasa perkembangan staf telah merangka satu ceramah dan latihan bagi protokol dan etiket di meja makan. Ceramah ini telah di jalankan di Hotel Desa Inn, Kuala Pilah dan di hadiri seramai 50 orang guru dari pukul 2.00pm hingga 6.00pm. Matlamat ceramah ini adalah memberi pengetahuan kepada guru berkaitan dengan menjalankan majlis rasmi secara protkol dan etiket di meja makan yang perlu di patuhi. Ceramah ini telah di sampaikan oleh Encik Muhammad bin Nordin dari Matrikulasi Kuala Pilah. Ceramah ini telah di mulakan dengan ceramah menjalankan majlis rasmi dari segi protokolnya. Kemudian ceramah beralih kepada etiket di meja makan. Ceramah ini banyak memberi ilmu yang berguna kepada guru kerana ia akan dapat membantu guru untuk mendidik para pelajar mereka berkaitan dengan budaya tinggi. Selepas ceramah berkaitan protokol dan etiket di meja makan, sesi di teruskan dengan praktikalnya di meja makan. Segala ilmu yang di perolehi di manfaatkan ketika sesi latihan di jalankan. Di lihat semua guru memberi komitmen dan berminat dengan ceramah dan latihan yang dijalankan. Di harapkan sesi ini berjaya mencapai matlamat yang di harapkan. kos sebanyak RM1959.00. Di harapkan ceramah ini telah berjaya mencapai matlamanya.


Di sediakan oleh,

Setiausaha

Perkembangan Staf

SBP Integrasi Jempol.

Wednesday, June 18, 2008

LDP siri 2/08 Mozac

Latihan dalam perkhidmatan siri 2/2008 bagi Sek .Men Sains Muzaffar Syah Melaka diadakan pada hari sabtu 14 Jun 2008 bertempat di bilik APD, makmal bestari, bilik Media dan Bilik gerakan sekolah Pengisiannya adalah ceramah dan bengkel mengenai terma guru cemerlang, pembelajaran dan pengajaran yang cemerlang diikuti dengan demontrasi dan bengkel ICT penggunaan papan multimedia dan persembahan hasil perbengkelan .Penyertaan guru seramai 62 orang .

Aturcara kursus

0750 pagi : pendaftaran
0800-0900 : Terma guru cemerlang ( Hjh Saripah Ahmad)
0900-1000 : Pengajaran dan pembelajaran cemerlang (Pn Hjh Saripah Ahmad)
1000-1030 : minum pagi di kantin
1030-1115 : Penggunaan multimidia board ICT ( Pn Siti Hasnah)
1115-1200 : bengkel penghasilan bahan pengajaran ICT (En Sazali dan Pn Hafiza)
1200-100 : pembentangan hasil perbengkelan kumpulan
1 00 tgh : makan tengah hari

Kursus hari ini didapati amat bermakna dan memberi faedah untuk meningkatkan pemahaman guru tentang teknik dan strategi baru dalam profesionnya dan telah mencapai matlamatnya.
Kos pengendalian kursus untuk siri ini adalah RM 1600.00 meliputi minum pagi , makan tengah hari dan perlengkapan alatan kursus dan perbengkelan .

Laporan disediakan
S/U Latihan dalam Perkhidmatan

Tuesday, June 17, 2008

Laporan ldp ke-2 Malay College Kuala Kangsar


The Malay College Kuala Kangsar telah mengadakan kursus Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk guru-guru sekolah ini pada 10 Mei 2008. Kursus ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Mohd Rauhi b. Mohd Isa yang diadakan di Bilik Persidangan Malay College dan dihadiri oleh 62 orang guru.

Kursus ini dijalankan untuk meningkatkan kualiti dan kemahiran ICT dalam P&P para guru agar pengajaran guru lebih menarik.

Pelbagai maklumat diberi kepada para peserta oleh Encik Safuan b. Rabaai dan Puan Azizah Abu Bakar.

Kursus ini t melibatkan kos daripada peruntukan LDP sebanyak RM 1047.50
Semoga kursus ini mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh,
Setiausaha LDP,
MCKK

Monday, June 16, 2008

Laporan LDP Malay College Kuala Kangsar Pertama

The Malay College Kuala Kangsar telah mengadakan kursus Permasalahan Disiplin Guru dan Pelajar untuk guru-guru sekolah ini pada 1 Mac 2008. Kursus ini telah diadakan di Bilik Persidangan Malay College dan dihadiri oleh 62 orang guru.

Kursus ini dijalankan untuk meningkatkan kualiti para guru dan kaedah yang sesuai untuk menangani kes salah laku dalam kalangan pelajar secara efektif.
Pelbagai maklumat diberi kepada para peserta oleh Encik Shashim Shah b. Harun, Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Kursus ini tidak melibatkan kos daripada peruntukan LDP.
Semoga kursus ini mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh,
Setiausaha LDP,
MCKK

Sunday, June 15, 2008

"English everybody?"

Pembentangan guru

Demi memantapkan penggunaan dan penghayatan Bahasa Inggeris di kalangan guru-guru PPSMI, dua program telah diadakan serentak untuk mereka pada hujung minggu pertama semester kedua iaitu pada Sabtu, 14 Jun 2008 dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tgh. Yang pertama, Program Pemantapan Bahasa Inggeris Guru-Guru PPSMI khas untuk guru-guru Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik menengah atas dan rendah. Program ini telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Putra dan turut dihadiri oleh 14 orang guru. Ceramah telah disampaikan oleh En. Zaidi b. Yazid, Ketua Unit PPSMI, Pusat Perkembangan Kurikulum.
"Khusyuk!"

Yang kedua adalah Program Pemantapan Profisiensi bertujuan untuk membantu atau menyediakan guru-guru Matematik dan sains menghadapi ujian Penilaian Tahap Profisiensi (PTP). Program yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Aras Dua telah dihadiri oleh 7 orang guru dan dikendalikan oleh Pn. Sharifah Adilah bt. Syed Mohammad, Guru Kanan Bahasa Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar.

Program telah diakhiri dengan jamuan makan tengahari dan menelan belanja sebanyak RM 1150.00 ( Seribu seratus lima puluh sahaja)

"Lebah Oh Lebah"

Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan telah menganjurkan Ceramah Santapan Rohani bertajuk "Lebah oh Lebah" pada 12 Jun 2008. Ceramah disampaikan oleh Pn. Razidah bt. Adam, Tuan Penolong Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia bermula dari pukul 3.00 ptg hingga 5.00 ptg. Ceramah ini telah dihadiri oleh 44 orang guru SDAR.
Dalam ceramah ini puan penceramah telah mengupas keistimewaan serangga bernama lebah
seperti yang dinyatakan dalam Al Quran Surah An-Nahl. Seterusnya beliau mengaitkan cara hidup dan bekerja lebah dengan kehidupan manusia. Ceramah ini diakhiri dengan penerangan tentang Etika Pekerja Islam. Diharap selepas ini guru-guru SDAR dapat menerapkan sifat-safat positif lebah dalam diri masing-masing supaya menjadi guru yang produktif demi kebaikan anak bangsa.
Keseluruhannya, ceramah ini telah menggunakan kos sebanyak RM 300.00 (Ringgit Malaysia tiga ratus sahaja)

Bengkel Menanda Kertas Pendidikan Islam

Pada 21 hb Mei 2008, Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Bengkel Menanda Kertas SPM dan PMR untuk subjek Pendidikan Islam. Bengkel yang diadakan di Bilik Mesyuarat Guru Aras Dua SDAR bermula dari pukul 2.30 ptg hingga 4.30 ptg telah dihadiri oleh 5 orang guru Pendidikan Islam. Bengkel ini dikendalikan oleh Tn Syed Zulkarnain b. Syed Nordin, Penolong Kanan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu yang juga merupakan Ketua Pemeriksa Kebangsaan. Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua guru bagaimana cara penandaan yang betul mengikut format demi mendapat skor pelajar yang baik.
Bengkel ini telah menelan belanja sebanyak RM200.00 sahaja. (Ringgit Malaysia dua ratus sahaja)

Saturday, June 14, 2008

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) SBPIS siri 3 - PENGURUSAN PANITIA AKTIF

Tarikh : 12 Jun 2008
Hari : Rabu
Masa : 3.00 - 5.00 ptg
Bilangan Peserta : 60 orang
Kos : RM3.00 x 60 = RM180.00
Tempat : Bilik Mesyuarat SBPIS
Tajuk : PENGURUSAN PANITIA AKTIF
Penceramah : Pn Hjh Rafidah Bt Hj Kemat

Pn Hjh Rafidah Kemat sedang memberi ceramah

Kursus ini disertai seramai 60 orang guru bertujuan untuk memberi pendedahan tentang Pengurusan Panitia Aktif dan Berkesan bagi menuju sekolah Kluster.

Kursus ini dimulai dengan Taklimat Pengetua Kanan, En Karim bin Bayok. Kursus ini diharapkan guru-guru SBPIS dapat membangunkan 'teamwork' dalam kalangan ahli panitia. Di samping itu, boleh membina sikap kerjasama, kemahiran dan pengetahuan untuk menuju sekolah Kluster.

Disediakan oleh,

Penyelaras LDP SBPIS

Pn Hjh Rafidah bt Hj Kemat

Thursday, June 12, 2008

SMSKS LDP 3/2008: BENGKEL MENYEDIAKAN POST-MORTEM BERDASARKAN ANALISIS ITEM

Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor(SMSKS) telah menganjurkan kursus dalam perkhidmatan kali ke-2 iaitu cara membina item analisis soalan berdasarkan soalan peperiksaan pertengahan tahun pada 9 Jun 2008. Kursus ini telah diadakan di Bilik Seri Bayu bermula jam 2.30 - 5.30 petang dan dihadiri oleh 71 orang guru.
Melalui kursus ini, guru-guru SMSKS telah didedahkan kepada cara membina item analisis soalan peperiksaan dan kepentingannya untuk membuat post mortem. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Hasan Abrar bin Hj Halidi Penolong Kanan SMSKS.Beliau telah berjaya menyampaikan konsep membina item analisis soalan dengan berkesan.
Pelaksanaan kursus ini telah melibatkan kos berjumlah RM 490.00 (RM empat ratus sembilan puluh sahaja).
Semoga kursus ini dapat memberi manfaat kepada semua guru yang terlibat.
Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perkembangan Staf, SMSKS

Ceramah Hak Asasi Manusia dan Kerevelanannya di Sekolah


Pada 12 Jun 2008 SBP Integrasi Jempol telah mengadakan satu ceramah latihan dalam perkhidmatan. Ceramah ini bertajuk “Hak Asasi Manusia dan kerelevanannya di sekolah” telah di sampaikan oleh Encik Irwan bin Ragiman (Kaunselor Sekolah). Ceramah ini telah di hadiri seramai 46 orang guru. Objektif utama ceramah ini adalah untuk memberi ilmu berkaitan hak asasi manusia yang kebanyakan guru-guru masih tidak tahu apa peranan dan fungsinya. Ceramah ini telah di dahului dengan pengenalan maksud hak asasi manusia. Ini kerana ramai yang mengetahui nama sahaja tetapi tidak tahu apa fungsi serta peranan hak asasi manusia yang dikendalikan oleh SUHAKAM. Topik utama yang di sampaikan adalah Hak asasi yang berkaitan di sekolah. Ini merupakan satu perkara yang perlu di ketahui oleh setiap guru dan warga sekolah agar tidak melanggar perkara-perkara yang terdapat dalam hak asasi manusia. Ceramah ini berjaya menarik minat guru-guru dalam mendengar ceramah dan perbincangan yang di jalankan. Semoga ceramah ini telah berjaya memberi manfaat kepada semua.
Ceramah ini telah menelan kos sebanyak RM365.00 (tiga ratus enam puluh lima ringgit sahaja)
Di sediakan oleh,
Setiausaha
Perkembangan Staf

LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SAMURA SIRI 3

( KURSUS ICT 2 UNTUK GURU-GURU SAMURA)

Pada hari Khamis 5 Jun 2008 seramai 57 orang guru SM Sains Muar Johor (SAMURA) telah menghadiri kursus ICT 2 untuk semua guru yang diadakan di SAMURA. Kursus bermula pukul 7.30 pagi dan berakhir pukul 4.30 petang.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kompeten guru dalam ICT dan membantu meningkatkan pengetahuan dan keyakinan penggunaan ICT dalam pembestarian dalam Sekolah Bestari.

Kursus dimulai pada pukul 8.00 pagi dengan Taklimat oleh Pengetua Kanan, Tn Hj Samian bin Sawiyo dan diikuti dengan Taklimat oleh pegawai dari BTPN, Tn Hj. Abd. Rahman b Jiman. Selepas itu, kursus ICT diteruskan degan setiap guru dilatih dan diuji penggunaan ICT secara individu.

Guru-guru didedahkan dan disarankan membangunkan aplikasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kursus ini berjaya menarik minat para guru yang hadir. Kursus yang telah melibatkan kos sebanyak RM1377.00 ini sangat memberi manafaat kepada guru-guru dalam meningkatkan lagi penguasaan dan keyakinan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan diharap berjaya mencapai objektifnya.

Wednesday, June 11, 2008

Kursus Profesionalisme SBP Integrasi Gopeng

SBP Integrasi Gopeng telah mengadakan Kursus Profesionalisme Guru pada 10 Mei 2008. Dua program telah diadakan iaitu Asas Penyelenggaraan Teknikal dan Pembangunan Perisian dalam P&P dan Bengkel Alat Bantu Mengajar ( ABM ).

Sasaran kursus ini adalah semua guru SBP Integrasi Gopeng dan telah dihadiri seramai 60 orang. Objektifnya adalah untuk memberi pendedahan penggunaan dan mengaplikasi teknologi dan komunikasi dalam p&p dan memberi peluang kepada guru dalam menghasilkan bahan p&p (ABM ) untuk meningkatkan pencapaian murid.

Kursus ini bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat SBP Integrasi Gopeng. Kursus ini merangkumi aktiviti ceramah yang disampaikan oleh guru IT iaitu Cik Norihan bt Zainuddin. Para guru dapat mengaplikasikan teknologi dan komunikasi dalam p&p.

Seterusnya, bengkel Alat Bantu Mengajar ( ABM ) diadakan di Bilik Panitia masing-masing. Bengkel ABM ini bermula pada pukul 10.30 pagi hingga 4.00 petang. Bengkel ini dikelola oleh Guru Kanan Mata pelajaran dan Ketua Panitia masing-masing. Para guru berpeluang menghasilkan ABM untuk digunakan dalam p&p.

Kursus ini menggunakan kos sebanyak RM 180.00 ( Ringgit Malaysia Satu Ratus Lapan Puluh sahaja ).
LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SAMURA SIRI 2

( KURSUS MICROSOFT POWERPOINT UNTUK GURU-GURU SAMURA)

Pada Sabtu 17 Mei 2008 seramai 65 orang guru SM Sains Muar Johor (SAMURA) telah menghadiri kursus Microsoft Powerpoint untuk semua guru yang diadakan di SAMURA. Kursus bermula pukul 7.30 pagi dan berakhir pukul 3.30 petang.

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ICT

khususnya Microsoft Powerpoint supaya dapat mempertingkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Kursus dimulai pada pukul 7.30 pagi dengan pengisian Introduction to Powerpoint 2007. Selepas rehat, kursus diteruskan dengan pengisian New Element Powerpoint 2007 (I) dan dan diteruskan lagi selepas makan tengahari dengan pengisian New Element Powerpoint 2007 (II).

Guru-guru didedahkan dengan pelbagai elemen-elemen dalam perisian Powerpoint yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kursus ini berjaya menarik minat para guru yang hadir. Kursus yang telah melibatkan kos sebanyak RM1156.00 ini sangat memberi manafaat kepada guru-guru dalam meningkatkan lagi penguasaan dan keyakinan penggunaan Microsoft Powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran dan diharap berjaya mencapai objektifnya.

Kursus Pembinaan Peta Minda SBP Integrasi Jempol 2008






SBP Integrasi Jempol telah mengadakan satu kursus pembinaan peta minda pada 22 Mei 2008. Sasaran kursus ini adalah semua guru SBP Integrasi Jempol dan telah di hadiri seramai 40 orang. Di mana objektifnya adalah supaya guru faham konsep sebenar peta minda dan dapat menerapkannya kepada pelajar.
Kursus selama lebih kurang 4 jam ini merangkumi aktiviti ceramah oleh penceramah jemputan dari SMKA Falahiah, En. Ahmad Ghazilan dan aktiviti berkumpulan di mana setiap kumpulan menghasilkan satu peta minda dan membentangkannya. Kursus yang bertempat di bilik mesyuarat SBP Integrasi Jempol ini berjaya menambat perhatian guru-guru dan menguji tahap pemahaman setiap guru. Ceramah ini telah menggunakan kos sebanyak RM805.00 ( lapan ratus lima ringgit sahaja).
Kursus ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah dan jamuan.

Telah Di sediakan
Setiausaha
Perkembangan Staf SBPI Jempol

Tuesday, June 10, 2008

Kursus Kemahiran ICT - SAP, SEMESTARAUB Group dan Lesson Plan Online (WSMS




Nama Kursus: Kursus Kemahiran ICT - SAP, SEMESTARAUB Group dan Lesson Plan Online (WSMS)
Tarikh : 24.05.2008
Tempat : Bilik Komputer EPU Sekolah
Bilangan peserta: 62 orang guru
Penceramah: Pn. Taty Sutrianty bt A. Shukor , En. Mohd. Firdaus bin Hj. Embi
Kos : RM 1500.00

Perjalanan Kursus

8.00 am – 10.00 am Taklimat SAP oleh Setiausaha Peperiksaan dan bengkel
10.00 am – 10.30 am minum pagi
10.30 am – 12.30 am Pengenalan dan Penggunaan SEMESTARAUB Group dan bengkel
12.30 pm - Makan tengahhari
2.00 pm – 4.30 pm Pengenalan dan Penggunaan Lesson Plan Online (WSMS) dan bengkel
4.30 pm - 5.00 pm - Minum petang / bersurai

Taklimat SAP (Sistem Analisis Peperiksaan)
- taklimat dijalankan oleh Pn Taty Sutrianty bertujuan untuk memberi penerangan tentang tugas guru matapelajaran memasukkan markah ke dalam SAP pada setiap kali akhir peperiksaan. SAP adalah merupakan sistem analisa peperiksaan di peringkat JPN Pahang yang perlu di hantar ke PPD, Raub pada tiap selepas peperiksaan selain daripada ISIS yang perlu dihantar ke SBP.

SEMESTARAUB Group
- dengan menggunakan servis yang ditawarkan oleh Google, SEMESTARAUB Group dilahirkan dengan tujuan:
a) mendapatkan fail yang dimuat naik oleh Pentadbir atau apa-apa fail yang penting untuk kegunaan guru
b) ’posting announcement’ jika terdapat perkara-perkara penting yang akan dijalankan di SEMESTA. Anouncement tersebut akan automatic dihantar kepada semua ahli group (guru-guru).
- guru-guru dilatih menggunakan SEMESTARAUB Group untuk memuat turun fail yang akan digunakan untuk latihan Lesson Plan
- guru-guru juga dilatih untuk posting Discussion dan memuat naik fail serta edit profail mereka

Lesson Plan WSMS (Webbase School Management System)
- lesson plan adalah salah satu daripada fungsi yang terdapat dalam WSMS. Tujuan utamanya adalah seperti
a) menuju kepada komuniti perguruan yang celik IT
b) menyahut seruan kementerian mengurangkan penggunaan kertas (paperless community)
c) menjalankan Smart School, salah satu daripada Aplikasi Perdana Super Koridor kerajaan
- guru-guru dilatih
a) login ke dalam WSMS
b) menggunakan lesson plan online berdasarkan dari file yang telah dimuat turun
Disediakan
Hj. Ali bin Alias
PK
SEMESTA

Monday, June 9, 2008

Ceramah Stok dan Iventori SBP Integrasi Jempol 2008


SBPI Jempol telah mengadakan ceramah stok dan iventori pada 6 mac 2008. Ceramah telah diadakan pada pukul 11 selama 2 jam. Ceramah ini telah di sampaikan oleh Encik Muhamad Khairul Nizam bin Zakaria guru Stok dan Iventori SBP Integrasi Jempol. Ceramah ini bertujuan untuk memberi pendedahan pada para guru berkaitan pengendalian stok dan iventori sekolah. Ceramah ini di lihat banyak memberi input yang baik dan pemahaman kepada semua guru.

Ceramah ini telah menelan kos sebanyak rm145.20 (seratus empat puluh lima ringit dua puluh ringgit sahaja). Diharapakan ceramah ini berjaya mencapai matlamat yang diingini.


Disediakan oleh

Setiausaha
Perkembangan Staf SBPI Jempol

Kursus Pembinaan Peta Minda SBP Integrasi Jempol 2008


SBP Integrasi Jempol telah mengadakan satu kursus pembinaan peta minda pada 22 Mei 2008. Sasaran kursus ini adalah semua guru SBP Integrasi Jempol di mana objektifnya adalah supaya guru faham konsep sebenar peta minda dan dapat menerapkannya kepada pelajar.
Kursus selama lebih kurang 4 jam ini merangkumi aktiviti ceramah oleh penceramah jemputan dari SMKA Falahiah, En. Ahmad Ghazilan dan aktiviti berkumpulan di mana setiap kumpulan menghasilkan satu peta minda dan membentangkannya. Kursus yang bertempat di bilik mesyuarat SBP Integrasi Jempol ini berjaya menambat perhatian guru-guru dan menguji tahap pemahaman setiap guru.
Kursus ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah dan jamuan.

Ceramah Pengurusan ICT SBP Integrasi Jempol 2008


SBPI Jempol telah mengadakan ceramah Pengurusan ICT di sekolah ini pada 13 Mei 2008. Ceramah telah diadakan di Bilik Al Mukhlisin SPBI Jempol dan dihadiri oleh 52 orang guru SBPI Jempol.
Kursus ini dijalankan untuk meningkatkan kecekapan penggunaan ict dalam pengurusan di SBPI Jempol.
Sesi ceramah telah menampilkan 3 orang penceramah iaitu Encik Irwan bin Ragiman (Penyelaras Sistem Rumah), Puan Norlida binti Baharudin (Penyelaras ICT) dan Encik SaifulNizam bin Zakaria ( Guru Data). Ceramah ini dimulakan dengan penerangan asas apa yang di maksudkan dengan Sistem Rumah. Kemudian ia disusuli dengan dengan ceramah berkaitan ISIS dan SBP Excellent. Akhir sekali, ceramah berkaitan sistem data peperiksaan yang baru di perkenalkan oleh JPNS.
Kursus ini telah melibatkan kos berjumlah RM145.20 (RM satu ratus empat puluh lima dua puluh sahaja).
Semoga kursus ini mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh,
SETIAUSAHA
Perkembangan Staf.

Sunday, June 8, 2008

Ciri-ciri Guru SBP berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

Tarikh : 10 Mei 2008
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pg – 4.30 ptg
Kos : RM1020

Pada pukul 8.30 pagi, bertempat di Bilik Gerakan semua guru Sekolah Menengah Sains Selangor berkumpul untuk menghadiri satu kursus perkembangan staf. Penceramah jemputan ialah Tuan Haji Abdullah bin Jusoh, Pengetua Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Kursus pada kali ini berkaitan dengan Ciri-ciri Guru SBP berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)- Pernyataan Standard


Guru-guru diberi penerangan secara terperinci mengenai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)- Penyataan Standard. Apa itu SKPM dan bagaimana peranan guru dalam memenuhi kehendak SKPM ke arah melahirkan Sekolah Gemilang.
SKPM adalah dokumen rujukan yang digubal oleh Jemaah Nazir untuk tujuan pemantauan dan penyeliaan apabila mereka melawat ke sekolah-sekolah. SKPM terdiri daripada 3 dokumen iaitu
i) SKPM 1 – Penyataan Standard (PS)
ii) SKPM 2 – Instrumen Pemastian Standard (IPS)
iii) SKPM 3 – Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS)

IPS terbahagi kepada 4 dimensi utama dan 12 elemen yang perlu difahami dan dihayati oleh semua guru daripada pihak pentadbir hinggalah kepada guru di sekolah sebagai asas untuk mengupayakan sekolah menghasilkan pendidikan berkualiti tinggi dengan memberi penekanan kepada pembangunan potensi individu murid. Sehubungan itu sekolah dikehendakki melaksanakan SKPM dengan penuh semangat dan kesedaran untuk meningkatkan kualiti pendidikan secara berkesan.
12 elemen tersebut dikelompokkan kepada 4 dimensi yang akan dinilai oleh Jemaah Nazir iaitu Dimensi
1. Hala tuju kepimpinan Sekolah 10%
2. Pengurusan Organisasi 30%
3. Pengurusan Program Pendidikan 45%
4. Kemenjadian Murid 15%
Elemen
1.1 Visi dan Misi
1.2 Kepimpinan
2.3 Struktur Organisasi
2.4 Perancangan
2.5 Iklim
2.6 Pengurusan dan Pembangunan Sumber
2.7 Pengurusan Maklumat
3.8 Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid
3.9 Pengajaran dan Pembelajaran
3.10 Pembentukan Sahsiah Murid
3.11 Penilaian Pencapaian Murid
4.12 Kemenjadian Murid dalam Kurikulum, Kokurikulum dan Sahsiah

Di bawah adalah jadual Penarafan Sekolah
0% – 9 % Tahap 1 Sekolah Lampau Lemah
10%-29% Tahap 2 Sekolah Sangat Lemah
30%-49% Tahap 3 Sekolah Lemah
50%-69% Tahap 4 Sekolah Sederhana
70%-89% Tahap 5 Sekolah Harapan
90%-95% Tahap 6 Sekolah Cemerlang
96%-100% Tahap 7 Sekolah Gemilang

Pengajaran & Pembelajaran yang berkesan untuk membangunkan potensi murid perlu ada 5 prinsip di bawah.
1. buka minda (minds-on)
2. buka naluri (senses-on)
3. secara praktikal (hands-on)
4. buka emosi (emotions-on)
5. semangat dalaman (spirits-on)

Setiap guru perlu mempraktikkan 5 prinsip ini semasa berada di dalam kelas agar setiap pelajar benar-benar telah bersedia untuk belajar.

Di akhir kursus sehari ini, Tn. Hj. Abdullah juga telah memberikan beberapa tip yang berguna untuk panduan kami menjadi seorang guru yang bermotivasi dan role model kepada para pelajar. Antaranya ialah persembahan slaid powerpoint yang bertajuk Muhasabah Diri dari Perspektif Pendidikan, Ciri-ciri berfikir dalam Islam, Ciri-ciri guru yang mempunyai konsep kendiri yang positif dan kenapa anda tidak cemerlang.
Disediakan oleh,
AJK Dokumentasi Latihan Perkembangan Staf
Sekolah Menengah Sains Selangor

Saturday, June 7, 2008

LDP SBPI Kubang Pasu Siri 2/2008

Pada hari Sabtu, tanggal 10 Mei 2008 yang lepas, Jawatankuasa Pembangunan Staf SBPI Kubang Pasu telah mengadakan Kursus Pembangunan Staf Siri 2/2008. Kursus yang bertajuk "Pengendalian Komputer" dijalankan mulai jam 8.30 pagi hingga 2.30 petang di Makmal Bahasa SBPIKP. Seramai 50 orang guru telah menyertai kursus ini. Kursus Pengendalian Komputer ini telah dikendalikan oleh Pemangku Guru Kanan Sains dan Matematik SBPI Kubang Pasu, En. Wan Muhammad Nasri bin Wan Abd. Rahman.

Matlamat kursus ini adalah untuk meningkatkan penguasaan guru-guru dalam penggunaan komputer bagi meningkatkan mutu kerja. Selain itu, kursus ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada guru-guru perkara-perkara asas yang penting, tetapi sering dilupakan ketika menggunakan komputer.

Sesi 1 (8.30 - 10.00 pagi) memberikan tumpuan kepada perkara-perkara asas dalam pengendalian komputer. Perkara ini melitupi aspek mengendalikan komputetr secara selamat, khususnya bagi memerangi masalah cecacing dan virus komputer. Selain itu peserta juga didedahkan dengan kaedah penyimpanan data yang selamat dalam sistem komputer, terutama ketika komputer diceroboh oleh virus.

Sesi 2 (10.30 pagi - 12.00 tgh) pula mendedahkan peserta dengan asas-asas memasukkan, mengaplikasikan dan mengubahsuaikan data dalam sistem Hamparan Kerja ( Excell ). Dalam sesi ini guru-guru diperkenalkan dengan sistem data, kaedah memasukkan data, dan cara-cara penggunaan data yang berkesan melalui sistem MS Excell.

Dalam sesi 3 (12.00 tgh - 2.30 petang) pula, peserta telah diberikan latihan secara praktikal oleh pengajar, terutama dalam pengendalian data. Peserta telah diberikan bimbingan secara hands on bagi memudahkan mereka menguasai kaedah memasukkan , mengira, dan mengaplikasi data, khususnya markah-markah pelajar.

Peserta memberikan respons yang positif terhadap kursus yang menelan belanja RM 616.00 ini. Diharapkan guru-guru dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh bagi memudahkan mereka membuat analisis bagi setiap ujian dan peperiksaan.

Laporan disediakan oleh,

Ariffin bin Salleh,

Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Staf,
SBPIKP.

Monday, June 2, 2008

Program Perkembangan Staf - Etika & Protokol Serta Penampilan Diri



SBP Integrasi Gombak telah mengadakan program perkembangan staf di dewan peperiksaan SBPI Gombak. Kursus ini telah dihadiri oleh 66 orang guru SBPI Gombak
Kursus ini dijalankan untuk melahirkan warga kerja yang bertanggungjawab dan inovatif serta dapat memikul amanah yang diberikan dengan penuh keikhlasan dan berterusan. Di samping itu, dapat menyediakan warga guru yang berketrampilan dari segi pengetahuan, sikap, dan nilai positif serta dapat memberi pendedahan dan info berkaitan dengan etika dan protokol kepada para guru.
Pengisian disampaikan dalam bentuk ceramah, bengkl dan sesi soal jawab. Penceramah yang mengendalikan program ini ialah En. Samsudin bin Mohd Said, Pendaftar dari Institut Aminuddin Baki.
Kos bagi membiayai program ini ialah sebanyak RM 1248.00 (RM satu ribu dua ratus empat puluh lapan sahaja). Kos ini meliputi saguhati penceramah, makanan, buku nota dan pen.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya.

Disediakan oleh,
Guru Perkembangan Staf,
SBP Integrasi Gombak