SBP Integrasi Gopeng telah mengadakan Kursus Profesionalisme Guru pada 10 Mei 2008. Dua program telah diadakan iaitu Asas Penyelenggaraan Teknikal dan Pembangunan Perisian dalam P&P dan Bengkel Alat Bantu Mengajar ( ABM ).
Sasaran kursus ini adalah semua guru SBP Integrasi Gopeng dan telah dihadiri seramai 60 orang. Objektifnya adalah untuk memberi pendedahan penggunaan dan mengaplikasi teknologi dan komunikasi dalam p&p dan memberi peluang kepada guru dalam menghasilkan bahan p&p (ABM ) untuk meningkatkan pencapaian murid.
Kursus ini bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat SBP Integrasi Gopeng. Kursus ini merangkumi aktiviti ceramah yang disampaikan oleh guru IT iaitu Cik Norihan bt Zainuddin. Para guru dapat mengaplikasikan teknologi dan komunikasi dalam p&p.
Seterusnya, bengkel Alat Bantu Mengajar ( ABM ) diadakan di Bilik Panitia masing-masing. Bengkel ABM ini bermula pada pukul 10.30 pagi hingga 4.00 petang. Bengkel ini dikelola oleh Guru Kanan Mata pelajaran dan Ketua Panitia masing-masing. Para guru berpeluang menghasilkan ABM untuk digunakan dalam p&p.
Kursus ini menggunakan kos sebanyak RM 180.00 ( Ringgit Malaysia Satu Ratus Lapan Puluh sahaja ).