( KURSUS MICROSOFT POWERPOINT UNTUK GURU-GURU SAMURA)
Pada Sabtu 17 Mei 2008 seramai 65 orang guru SM Sains Muar Johor (SAMURA) telah menghadiri kursus Microsoft Powerpoint untuk semua guru yang diadakan di SAMURA. Kursus bermula pukul 7.30 pagi dan berakhir pukul 3.30 petang.
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ICT
khususnya Microsoft Powerpoint supaya dapat mempertingkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Kursus dimulai pada pukul 7.30 pagi dengan pengisian Introduction to Powerpoint 2007. Selepas rehat, kursus diteruskan dengan pengisian New Element Powerpoint 2007 (I) dan dan diteruskan lagi selepas makan tengahari dengan pengisian New Element Powerpoint 2007 (II).
Guru-guru didedahkan dengan pelbagai elemen-elemen dalam perisian Powerpoint yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kursus ini berjaya menarik minat para guru yang hadir. Kursus yang telah melibatkan kos sebanyak RM1156.00 ini sangat memberi manafaat kepada guru-guru dalam meningkatkan lagi penguasaan dan keyakinan penggunaan Microsoft Powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran dan diharap berjaya mencapai objektifnya.