SBP Integrasi Jempol telah mengadakan satu kursus pembinaan peta minda pada 22 Mei 2008. Sasaran kursus ini adalah semua guru SBP Integrasi Jempol dan telah di hadiri seramai 40 orang. Di mana objektifnya adalah supaya guru faham konsep sebenar peta minda dan dapat menerapkannya kepada pelajar.
Kursus selama lebih kurang 4 jam ini merangkumi aktiviti ceramah oleh penceramah jemputan dari SMKA Falahiah, En. Ahmad Ghazilan dan aktiviti berkumpulan di mana setiap kumpulan menghasilkan satu peta minda dan membentangkannya. Kursus yang bertempat di bilik mesyuarat SBP Integrasi Jempol ini berjaya menambat perhatian guru-guru dan menguji tahap pemahaman setiap guru. Ceramah ini telah menggunakan kos sebanyak RM805.00 ( lapan ratus lima ringgit sahaja).
Kursus ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah dan jamuan.
Telah Di sediakan
Setiausaha
Perkembangan Staf SBPI Jempol