Showing posts with label 16.smsks 2008. Show all posts
Showing posts with label 16.smsks 2008. Show all posts

Thursday, November 6, 2008

SMSKS LDP 10/2008: KURSUS PENGURUSAN ‘STRESS’


Usaha yang berterusan perlu dilaksanakan kearah meningkatkan kualiti kerja dalam kalangan guru bagi mencapai kecemerlangan sekolah. Perkembangan staf terakhir bagi tahun 2008 ini telah dilangsungkan pada 4.11.2008 (Selasa), dari jam 2.30 hingga 5.30 petang. Kursus ini disertai oleh 70 orang guru SM Sains Kuala Selangor.
Guru-guru perlu mengetahui dengan jelas pengurusan stress yang berkesan, seterusnya mengetahui tanda-tanda stress dan cara-cara menanganinya. Keadaan ini adalah perlu untuk membolehkan guru-guru bekerja dengan seronok dan menjalankan tugas tanpa tekanan.
Penceramah Jemputan:
Encik Nizamuddin Bin Abd. Majid (Penyelia Kaunseling dan Latihan, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor)
Sejumlah RM 300.00 telah digunakan untuk tujuan bayaran penceramah kursus.
Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamat yang dihasratkan
Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perkembangan Staf, SMSKS

Wednesday, September 3, 2008

SMSKS LDP 9/2008: (i) KURSUS PENGURUSAN SISTEM FAIL DAN REKOD, (ii) KURSUS SEMANGAT BERPASUKAN (TEAMWORK)

SM Sains Kuala Selangor telah mengadakan kursus latihan dalam perkhidmatan seterusnya bagi tahun 2008 pada 29 dan 30 Ogos 2008 (Jumaat dan Sabtu). Terdapat 2 kursus yang diadakan iaitu:
1. 29 Ogos 2008 - Kursus Pengurusan Sistem Fail
2. 30 Ogos 2008 - Kursus 'Teamwork' Untuk Kecemerlangan Sekolah

Kursus Pengurusan Sistem Fail telah diadakan pada jam 2.30 hingga 5.45 petang di Bilik Seri Bayu. Penceramah yang dijemput ialah En Ibrahim bin Abdul Rahman, pegawai JPNS. Beliau telah menerangkan proses mengklasifikasi, menyusun, menyimpan dan menyelenggara fail. Guru turut mengetahui jenis fail dan cara meminitkan surat masuk dan surat keluar. Kursus ini telah dihadiri oleh 90 orang guru dan kakitangan sokongan.
Kursus Semangat Berpasukan (Teamwork) telah berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang, dan dikendalikan oleh penceramah jemputan, En. Wan Hamzah Bin Wan Daud (mantan Pengetua SMS Faris Petra). Beliau telah berjaya menarik perhatian guru-guru berkenaan kepentingan melaksanakan kerja secara berpasukan untuk tujuan meningkatkan kecemerlangan sekolah.
Perbelanjaan sejumlah RM 4300.00 telah digunakan untuk menjayakan program ini. Perbelanjaan telah digunakan untuk minum pagi dan makan tengahari peserta kursus serta bayaran penceramah.
Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamat yang dihasratkan iaitu meningkatkan tahap kerjasama diantara guru dengan guru, guru dengan pelajar dan guru dengan kakitangan sokongan Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor.
Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perkembangan Staf, SMSKS

Wednesday, August 20, 2008

SMSKS LDP 8/2008: (i) KURSUS PROFESION DAN ETIKA KERJA, (ii) KURSUS INVENTORI DAN HARTA MODAL



Usaha yang berterusan perlu dilaksanakan kearah meningkatkan kualiti kerja dalam kalangan guru dan kakitangan sokongan bagi mencapai kecemerlangan sekolah. Oleh itu, kursus dalam perkhidmatan seperti kursus pembangunan dan perkembangan staf perlu diadakan untuk guru-guru dan kakitangan bagi merealisasikan matlamat ini ke arah mewujudkan sekolah cemerlang, gemilang dan terbilang. Kursus yang bermatlamat meningkatkan tahap profesionalisme guru dan staf sokongan SM Sains Kuala Selangor ini telah dilangsungkan pada 15 dan 16 Ogos 2008 (Jumaat dan Sabtu) bertempat di Bilik Seri Bayu, SMSKS.
Penceramah jemputan:
Slot 1: Profesion dan Etika Kerja oleh Encik Mohd Dawi Bin Ithnin
Slot 2: Inventori dan Harta Modal oleh Encik Sujang Bin Ahmad Zaini
Perkembangan staf ini dihadiri oleh 70 orang guru dan 20 orang staf sokongan SMSKS.
Sejumlah RM 2920.00 telah digunakan untuk tujuan menyediakan minum pagi dan makan tengahari peserta kursus serta bagi bayaran penceramah.
Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamat yang dihasratkan iaitu meningkatkan tahap profesionalisme guru dan staf sokongan SM Sains Kuala Selangor.
Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perkembangan Staf, SMSKS

Saturday, July 26, 2008

SMSKS LDP 7/2008: LAWATAN PENANDAARASAN KECEMERLANGAN









Pada 19 hingga 20 Julai 2008 seramai 40 orang guru termasuk pengetua dan pentadbir SM Sains Kuala Selangor telah mengadakan latihan dalam perkhidmatan dalam bentuk lawatan penanda arasan ke SM Syed Omar dan SM Sultanah Asma di Alor Setar , Kedah . Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada guru-guru SM Sains Kuala Selangor bagi memantapkan lagi struktur pengurusan Jawatankuasa Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan ( 3K ) di samping untuk mencapai misi dan matlamat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seterusnya merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam lawatan itu juga telah diisi dengan slot ( pengurusan ) yang disampaikan oleh kedua-dua pengetua sekolah berkenaan .
Selain perkongsian dalam bidang 3K , diadakan juga perbincangan dalam pengurusan fail , pengurusan aset sekolah dan program akademik . Secara umumnya objektif penanda arasan ke utara telah dapat dicapai dengan jayanya. Program penanda arasan ini melibatkan kos sebanyak RM 2700.00 . Sumber kewangan telah disumbang oleh PIBG sebanyak RM 1,500.00 dan bakinya sebanyak RM 1,200.00 diambil dari peruntukan LDP sekolah. Pecahan perbelanjaan ialah RM 1,200.00 untuk kos makan peserta dan bakinya RM 1,500.00 adalah untuk penginapan, cenderahati dan pengurusan.
Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perkembangan Staf, SMSKS

Thursday, July 3, 2008

SMSKS LDP6/2008: CERAMAH PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH DARI ASPEK PERUNDANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Pada 25 Jun 2008 Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor telah menerima lawatan seorang pegawai Kementerian Pelajaran iaitu Encik Shashim Shah bin Harun. Beliau merupakan pegawai khas Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.
Encik Shashim telah memberi ceramah mengenai pengurusan disiplin di sekolah dari aspek perundangan Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua guru dan pentadbir (71 orang) telah mendengar ceramah ini yang bermula pada jam 12.00 tengahari hingga jam 3 petang.
Beliau menerangkan mengenai kuasa pengetua, guru disiplin dan guru-guru untuk menangani masalah disiplin yang ada di sekolah. Setiap kes mesti diselesaikan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Beliau juga telah memberi contoh dan situasi kes disiplin serta bagaimana untuk diselesaikan agar tiada salah faham oleh ibu bapa sehingga membawa kes ke pihak media/mahkamah.
Beliau turut memuji langkah yang telah dilakukan oleh SMSKS ketika menangani kes kesihatan pelajar pada 2007. Tindakan pantas dan sistematik menyebabkan tiada pihak media mengetahui perkara tersebut dan ibu bapa tidak merasa bimbang.
Guru-guru turut diingatkan mematuhi peraturan penjawat awam dan tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan nama baik profesion perguruan.
Ceramah ini berjaya memberi pendedahan kepada guru isu disiplin pelajar masakini dan cara untuk menghadapi kerenah pelajar era teknologi.Terima kasih diucapkan kepada Encik Shashim atas lawatan ke SMSKS dan ceramah yang menarik.

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perkembangan Staf, SMSKS

Thursday, June 26, 2008

SMSKS LDP 5/2008: KURSUS MOTIVASI: PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU

SM Sains Kuala Selangor(SMSKS) telah mengadakan satu program pengisian rohani iaitu ceramah peranan dan tanggungjawab guru. Ceramah ini diadakan pada 24 Jun 2008 di Bilik Seri Bayu, SMSKS. Program bermula jam 2.45 - 6.00 petang.
Penceramah yang dijemput ialah Tuan Haji Basri bin Abdullah, Urusetia Perunding YPEIM Selangor. Beliau telah memberikan ceramah dengan menarik serta memberi peluang untuk guru bertanya soalan. Beliau juga menerangkan program amal jariah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia pada akhir ceramahnya.
Ceramah ini telah dihadiri oleh 70 orang guru SMSKS. Diharap ceramah ini dapat memberi manfaat dan pengisian rohani kepada semua guru.
Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perkembangan Staf, SMSKS

Friday, June 20, 2008

SMSKS LDP 4/2008: TAKLIMAT PROFESIONALISME KEGURUAN

Pengetua baru Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor iaitu Puan Hajjah Rossminah binti Yamin, pengetua cemerlang mula bertugas pada 16 Jun 2008. Pada 17 Jun 2008 beliau telah memberikan ucaptama dan ceramah profesion keguruan kepada semua guru SMSKS di Bilik Seri Bayu. Ceramah ini bermula dari jam 2.30 -5.45 petang.
Ceramah ini terbahagi kepada dua slot. Slot pertama mengenai etika profesion keguruan dan slot kedua pula berkaitan team work. Ceramah ini telah memberi pendedahan dan input baru kepada guru-guru SMSKS untuk menjadi guru yang lebih berketrampilan dan mempunyai budaya kerja yang lebih sistematik. Beliau juga mengingatkan guru agar sentiasa mematuhi peraturan , prosedur dan pekeliling yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran.
Setiap warga SMSKS perlu berganding bahu untuk menaikkan nama SMSKS setanding dengan SBP elit yang lain. Beliau berharap semua guru dapat memberikan kerjasama yang baik agar beliau dapat mentadbir SMSKS dengan jayanya. Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perkembangan Staf, SMSKS

Thursday, June 12, 2008

SMSKS LDP 3/2008: BENGKEL MENYEDIAKAN POST-MORTEM BERDASARKAN ANALISIS ITEM

Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor(SMSKS) telah menganjurkan kursus dalam perkhidmatan kali ke-2 iaitu cara membina item analisis soalan berdasarkan soalan peperiksaan pertengahan tahun pada 9 Jun 2008. Kursus ini telah diadakan di Bilik Seri Bayu bermula jam 2.30 - 5.30 petang dan dihadiri oleh 71 orang guru.
Melalui kursus ini, guru-guru SMSKS telah didedahkan kepada cara membina item analisis soalan peperiksaan dan kepentingannya untuk membuat post mortem. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Hasan Abrar bin Hj Halidi Penolong Kanan SMSKS.Beliau telah berjaya menyampaikan konsep membina item analisis soalan dengan berkesan.
Pelaksanaan kursus ini telah melibatkan kos berjumlah RM 490.00 (RM empat ratus sembilan puluh sahaja).
Semoga kursus ini dapat memberi manfaat kepada semua guru yang terlibat.
Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perkembangan Staf, SMSKS

Tuesday, May 20, 2008

SMSKS LDP 2/2008: KURSUS 'APPROPRIATE LANGUAGE TO USE IN SETTING QUESTIONS FOR MATHEMATICS AND SCIENCE TEACHERS

Semua guru Matematik dan Sains (guru-guru PPSMI) seramai 21 orang, di SM Sains Kuala Selangor telah menghadiri kursus “Appropriate Language to use in setting questions for Maths and Science teacher’ pada 17-18 Mei 2008. Kursus ini telah dilaksanakan hasil dari perbincangan AJK PIBG SM Sains Kuala Selangor dan dengan kerjasama pihak Alumni UiTM Shah Alam dan telah diadakan di Dewan Seminar , Kolej Mawar, UiTM Shah Alam , Selangor.
Kursus ini dijalankan untuk :
1. Melatih guru menggunakan bahasa yang sesuai dalam membuat soalan peperiksaan terutama untuk matapelajaran Matematik dan Sains
2. Mempertingkatkan Bahasa Inggeris guru
3. Bertukar-tukar fikiran antara guru dan pihak luar terutama pensyarah di UiTM.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah:

1. 'Ice breaking’ menampilkan penceramah Professor Madya Hajah Hasnah (Pensyarah Kanan Akademik Pengajian Bahasa, UiTM)

2. 'Oral Comunication Enchacement' Professor Madya Hajah Hasnah

3. 'Classroom Management Strategies' oleh Datin Umminajah Salleh dan Pn. Siti Mariam

4. 'Effective Presentation Strategies' oleh Pn Noorjahan Zaida Hashim

5. ‘Evaluation and closing' oleh Datin Umminajah Salleh dan Pn Siti Mariam

Kursus ini telah diakhiri dengan pemberian sijil kepada semua peserta kursus oleh pihak Alumi, UiTM yang telah disampaikan oleh Y.Bhg. Datin Umminajah Salleh dan juga penyampaian cenderamata dari pihak sekolah kepada semua penceramah yang terlibat dalam kursus ini.

Kursus ini telah melibatkan kos perbelanjaan berjumlah RM 2231.00 , dimana sebanyak RM 500.00 menggunakan duit LDP dan selebihnya ditanggung oleh PIBG, SM Sains Kuala Selangor.

Program ini telah mencapai matlamatnya , dan amat bermanfaat kepada guru-guru PPSMI di sekolah ini bagi mengaplikasikan apa yang telah didapati dalam kursus ini ke dalam P&P mereka dan ketika membuat soalan peperiksaan khususnya. Adalah di harapkan agar kursus ini dapat diteruskan lagi dengan siri yang seterusnya.

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perkembangan Staf, SMSKS

Saturday, March 22, 2008

SMSKS LDP 1/2008: KURSUS ICT: MUAT TURUN BAHAN DAN WEB TV

Guru-guru perlu mempunyai pengetahuan dan meningkatkan potensi diri dalam usaha menyahut cabaran pendidikan masa kini. Seorang guru seharusnya peka dengan perubahan teknologi dan bertindak selaras dengan aspirasi negara iaitu melahirkan pendidik yang mahir dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Oleh itu pihak SM Sains Kuala Selangor melalui Jawatankuasa Perkembangan Staf telah menganjurkan satu kursus ICT bertajuk "Upload Bahan Dan Web TV".
Penceramah: Encik Ibrahim Bin Kadri (Guru ICT SM Sains Kuala Selangor)
Perkembangan staf ini telah berlangsung pada 19 Mac 2008 (Rabu), jam 2.30 hingga 5.30 petang, bertempat di Bilik Seri Bayu SMSKS. Seramai 69 orang guru telah menghadiri sesi latihan ini. Tiada perbelanjaan telah digunakan untuk melaksanakan program ini.
"Ke arah merealisasikan P&P berkesan"
Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perkembangan Staf, SMSKS