Thursday, July 3, 2008

SMSKS LDP6/2008: CERAMAH PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH DARI ASPEK PERUNDANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Pada 25 Jun 2008 Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor telah menerima lawatan seorang pegawai Kementerian Pelajaran iaitu Encik Shashim Shah bin Harun. Beliau merupakan pegawai khas Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.
Encik Shashim telah memberi ceramah mengenai pengurusan disiplin di sekolah dari aspek perundangan Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua guru dan pentadbir (71 orang) telah mendengar ceramah ini yang bermula pada jam 12.00 tengahari hingga jam 3 petang.
Beliau menerangkan mengenai kuasa pengetua, guru disiplin dan guru-guru untuk menangani masalah disiplin yang ada di sekolah. Setiap kes mesti diselesaikan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Beliau juga telah memberi contoh dan situasi kes disiplin serta bagaimana untuk diselesaikan agar tiada salah faham oleh ibu bapa sehingga membawa kes ke pihak media/mahkamah.
Beliau turut memuji langkah yang telah dilakukan oleh SMSKS ketika menangani kes kesihatan pelajar pada 2007. Tindakan pantas dan sistematik menyebabkan tiada pihak media mengetahui perkara tersebut dan ibu bapa tidak merasa bimbang.
Guru-guru turut diingatkan mematuhi peraturan penjawat awam dan tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan nama baik profesion perguruan.
Ceramah ini berjaya memberi pendedahan kepada guru isu disiplin pelajar masakini dan cara untuk menghadapi kerenah pelajar era teknologi.Terima kasih diucapkan kepada Encik Shashim atas lawatan ke SMSKS dan ceramah yang menarik.

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perkembangan Staf, SMSKS