Thursday, July 3, 2008

LDP SBPIK KE-3/2008 : Motivasi Pengurusan Profesionalisme Guru


Pada 28 April 2008, Unit Perkembangan Staf SBP Integrasi Kuantan telah mengadakan program latihan dalam perkhidmatan kali ke-3 dengan kerjasama SEMSAS bermula jam 3.00 hingga 5.30 petang bertempat di Makmal Bahasa SBPIK. Ceramah Motivasi Pengurusan Profesionalisme Guru ini bertujuan supaya para guru dapat meningkatkan motivasi kerja dan berkongsi pengalaman dalam pengurusan akademik pelajar bersama Mantan Pengetua Cemerlang TKC, YM Pn Hjh Tg Azuan bt Tg Muhammad demi meningkatkan pengurusan profesionalisme guru dan kecemerlangan mutu pendidikan di sekolah.

Seramai 80 orang guru telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada 40 orang guru SBPIK dan 40 orang guru SEMSAS. Antara pengisian kursus ini ialah perbentangan tentang penganalisaan dan pengaplikasian ‘post mortem’ akademik serta bagaimana ia dapat digunakan untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar oleh para guru dan pihak pentadbir sekolah. Selain itu, pendekatan psikologi dengan memberi penghargaan dan menjaga kebajikan guru amat digalakkan untuk meningkatkan motivasi kerja guru di SBP.

Dilaporkan oleh,
NORSIATI BT MOHD GHAZALI
SU PERKEMBANGAN STAF
SBP INTEGRASI KUANTAN