Tuesday, April 29, 2008

LDP SBPI Kubang Pasu Siri 1/2008 (Pengurusan Headcount)

Pada 22, 23 dan 24 April 2008, Jawatankuasa Pembangunan Staf SBPIKP telah menganjurkan Latihan Dalam Perkhidmatan Siri 1/2008. Kursus yang memberikan pendedahan terhadap aspek 'headcount' ini telah diadakan dua jam setiap sesi di Bilik Mesyuarat al-Syura dan Makmal Komputer Ibn Taymiyah 1, SBPIKP.

Seramai 46 orang guru SBPIKP berjaya menghabiskan ketiga-tiga sesi latihan bagi melayakkan mereka menerima sijil kursus. Kursus ini diadakan sebagai memenuhi sebahagian tuntutan budaya kerja SBP yang menekankan aspek potensi murid dalam pembinaan karakter pelajar cemerlang. Secara amnya, kursus ini bertujuan memberi kefahaman kepada guru-guru tentang tujuan, objektif dan kepentingan head count dalam merancang strategi P&P serta meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Selain itu, kursus ini juga bertujuan membudayakan ‘head count’ dalam tugas harian sebagai pendidik selain matlamat akhirnya, memasukkan data yang lengkap dan sah bagi setiap pelajar oleh setiap guru mata pelajaran.

Sebanyak tiga sesi telah diadakan bagi melengkapkan kursus ini. Sesi pertama dijalankan pada 22 April 2008 di Bilik Mesyuarat al-Syura SBPIKP. Sesi yang bertajuk "Headcount : Pengenalan" telah diberikan oleh Pn. Faridah bt Ibrahim, Guru Kanan Teknik & Vokasional SBPIKP. Dalam sesi ini, beliau menekankan tujuan dan matlamat 'head count' diwujudkan, khususnya dalam mencapai sasaran akademik pelajar.

Sementara itu, pada Sesi Kedua (23 April 2008), En. Wan Muhammad Nasri Wan Ab. Rahman (Pemangku Guru Kanan Sains & Matematik) menekankan aspek pengendalian 'headcount'. Pembentangan yang dijalankan secara santai ini mengundang reaksi positif guru-guru yang hadir. Pelbagai pertanyaan diajukan kepada beliau, terutama cara dan kaedah pengiraan 'headcount' serta bagaimana untuk mengenal pasti sasaran setiap murid.

Penjelasan En. Wan Muhammad Nasri memberi maklumat penting kepada semua guru, apabila dalam Sesi Ketiga latihan ini, iaitu pada 24 April 2008, semua guru telah berjaya memasukkan data yang absah setiap pelajar berdasarkan perkiraan merit dan keupayaan mereka, bukan berdasarkan persepsi guru atau murid tersebut.

LDP yang dijalankan pada setiap petang mulai pukul 2.45 ini telah berjaya mencapai objektif-objektifnya. Kursus yang menelan belanja sebanyak RM 788.00 ini diharapkan menjadi mangkin ke arah kecemerlangan SBPIKP bagi merealisasikan wawasannya : SBPI Kubang Pasu sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan Pembangunan Insan Menjelang 2008.

Disediakan oleh:

Ariffin bin Salleh,
Setiausaha,
Jawatankuasa Pembangunan Staf,
SBPIKP.

CERAMAH 'HEADCOUNT' UNTUK PK SBP




Satu sesi ceramah 'Headcount' telah disampaikan oleh YM Tengku Azuan Tg Mohamed dalam Mesyuarat PK SBP di Pahang

Monday, April 28, 2008

Laporan Kursus Perkembangan Staf Sekolah Menengah Sains Pokok Sena Siri 1 2008


Laporan Kursus Perkembangan Staf Sekolah Menengah Sains Pokok Sena Siri 1 2008

Sekolah Menengah Sains Pokok Sena telah mengadakan kursus Peningkatan Profesional Guru-Guru SMSPS siri 1 pada 17-18 April 2008. Kursus telah diadakan selama dua hari di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena dan dihadiri oleh 55 orang guru SAINA. Antara tempat-tempat kursus di persekitaran sekolah ialah Bilik Mesyuarat Guru, Bilik Kegiatan Guru dan Surau.

Kursus ini dijalankan untuk memperkasa professional keguruan guru-guru SMSPS, terutama dalam usaha memantapkan urusan-urusan kerja professional dan house keeping peringkat sekolah. Kursus ini memperuntukka kos sebanyak RM 2900.00. Konsep bekerja sepasukan amat diperlukan di sekolah ini. Justeru, guru-guru telah diagihkan kumpulan berdasarkan panitia mata pelajaran dan dipantau oleh guru-guru kanan bidang.

Antara slot menarik yang dijalankan dalam kursus ini adalah perasmian dan slot satu yang dikendalikan sendiri oleh Pengetua Kanan Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Tuan Haji Jamaluddin Bin Ariffin. Berpengalaman lebih 30 tahun dalam kerjaya guru, beliau mampu mencurahkan pengalaman dan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru-guru. Dengan tajuk ceramah Smart Skill, beliau juga telah memberi input-input baru dan segar yang perlu dikuasai oleh para guru.

Slot kedua diisi dengan program bercorak kerohanian di Surau Al-Fatonah. Guru-guru turut terlibat membaca Surah Yaasin dan mendengar Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Tuan Sheikh Haji Ahmad Bin Salleh dengan tajuk ceramah Tanggung Jawab Pendidik Muslim. Slot ketiga diisi dengan bengkel 1. Bengkel ini melibatkan semua peserta kursus dengan dipantau oleh ketua organisasi masing-masing bagi menyempurnakan urusan professional seperti memperkemaskan system fail, menyempurnakan dokumentasi dan membuat penilaian da nilai tambah bagi memperkemas urusan professional masing-masing.

Slot keempat diisi dengan program kerohanian, iaitu Solat Subuh dan Kuliah Subuh. Kuliah Subuh bertajuk Pendidik dan Amanah Allah disampaikan oleh Tuan Haji Mohamad Bin Haji Ramli. Slot kelima diisi dengan bengkel 2, iaitu sambungan urusan kerja bengkel 1, diikuti bengkel 3 . Kursus ini diakhiri dengan majlis Penilaian dan Penutup pada pukul 3 petang. Melalui slot ini, guru-guru diminta membuat penilaian dan komen berkaitan kursus ini. Dalam majlis penutup, Pengetua Kanan Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Tuan Haji Jamaluddin Bin Ariffin mengucapkan terima kasih atas kesudian peserta kursus hadir sepenuhnya dalam slot-slot yang dijadualkan. Beliau juga berharap kursus ini memberi input berguna kepada guru-guru dan mengharapkan guru-guru terus komited dengan tugas sebagai pendidik anak bangsa. Kursus tamat pada pukul 4.30 petang ,18 April 2008

Disediakan oleh,

Abdul Rashid Bin Othman,

Penolong Setiausaha,

JK Perkembangan Staf,

SM Sains Pokok Sena.

Friday, April 11, 2008

Ceramah Akauntabiliti Kewangan



Satu ceramah bertajuk Akauntabiliti Dalam Pengurusan Kewangan telah diadakan sempena dengan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) Pengetua SBP yang berlangsung pada 4 hingga 6 April 2008 di Hotel Federal, Kuala Lumpur.

Ceramah telah disampaikan oleh Tn Hj Abu Zarin bin Ahmad dari Jabatan Audit Sekolah, KPM.

Seramai 59 orang peserta telah mengikuti sesi tersebut. Mereka terdiri daripada para pengetua SBP, penolong kanan dan pegawai Bahagian Sekolah.

Ceramah berlangsung selama 2 jam bermula 11.00 pagi hingga 1.oo petang.

Wednesday, April 2, 2008

Kursus "Team Building" SMS TAPAH (Contoh Format)


SMS Tapah telah mengadakan kursus Team Building untuk guru-guru sekolah ini pada 17-18 April 2008. Kursus telah diadakan di Tapak Perkhemahan Hutan Lipur Kuala Woh dan dihadiri oleh 30 orang guru SMS Tapah.
Kursus ini bertujuan untuk membeina kesepakatan antara guru SMS Tapah, memandangkan sekolah ini adalah sebuah sekolah baru.
Antara aktiviti menarik yang dijalankan adalah merentas sungai waktu malam, ikhtiar hidup dan sukaneka air.
Sesi ceramah
telah menampilkan seorang penceramah terkenal dari Pusat Perkembangan Bina Insan Ipoh, Dr. Ahmad Saipudin Mohamed. Beliau telah menyampaikan konsep pembinaan pasukan dalam bentuk permainan korporat yang begitu berkesan sekali.
Kursus ini ditutup secara rasmi oleh tuan PPD Batang Padang, Y.Bhg. Tn Hj Aladin bin Awang Ngah.
Kursus ini telah melibatkan kos berjumlah RM1764.00 (RM satu ribu tujuh ratus enam puluh empat sahaja).
Semoga kursus ini mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh,
Penolong Kanan
SMS TAPAH

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SBP

SBP perlu menjalankan Latihan Dalam Perkhidmatan di peringkat sekolah.