LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SAMURA SIRI 3
( KURSUS ICT 2 UNTUK GURU-GURU SAMURA)
Pada hari Khamis 5 Jun 2008 seramai 57 orang guru SM Sains Muar Johor (SAMURA) telah menghadiri kursus ICT 2 untuk semua guru yang diadakan di SAMURA. Kursus bermula pukul 7.30 pagi dan berakhir pukul 4.30 petang.
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kompeten guru dalam ICT dan membantu meningkatkan pengetahuan dan keyakinan penggunaan ICT dalam pembestarian dalam Sekolah Bestari.
Kursus dimulai pada pukul 8.00 pagi dengan Taklimat oleh
Guru-guru didedahkan dan disarankan membangunkan aplikasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kursus ini berjaya menarik minat para guru yang hadir. Kursus yang telah melibatkan kos sebanyak RM1377.00 ini sangat memberi manafaat kepada guru-guru dalam meningkatkan lagi penguasaan dan keyakinan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan diharap berjaya mencapai objektifnya.