Thursday, June 12, 2008

Ceramah Hak Asasi Manusia dan Kerevelanannya di Sekolah


Pada 12 Jun 2008 SBP Integrasi Jempol telah mengadakan satu ceramah latihan dalam perkhidmatan. Ceramah ini bertajuk “Hak Asasi Manusia dan kerelevanannya di sekolah” telah di sampaikan oleh Encik Irwan bin Ragiman (Kaunselor Sekolah). Ceramah ini telah di hadiri seramai 46 orang guru. Objektif utama ceramah ini adalah untuk memberi ilmu berkaitan hak asasi manusia yang kebanyakan guru-guru masih tidak tahu apa peranan dan fungsinya. Ceramah ini telah di dahului dengan pengenalan maksud hak asasi manusia. Ini kerana ramai yang mengetahui nama sahaja tetapi tidak tahu apa fungsi serta peranan hak asasi manusia yang dikendalikan oleh SUHAKAM. Topik utama yang di sampaikan adalah Hak asasi yang berkaitan di sekolah. Ini merupakan satu perkara yang perlu di ketahui oleh setiap guru dan warga sekolah agar tidak melanggar perkara-perkara yang terdapat dalam hak asasi manusia. Ceramah ini berjaya menarik minat guru-guru dalam mendengar ceramah dan perbincangan yang di jalankan. Semoga ceramah ini telah berjaya memberi manfaat kepada semua.
Ceramah ini telah menelan kos sebanyak RM365.00 (tiga ratus enam puluh lima ringgit sahaja)
Di sediakan oleh,
Setiausaha
Perkembangan Staf