Thursday, June 19, 2008

Ceramah Protokol dan Etiket Di Meja Makan SBP Integrasi Jempol 2008



Pada khamis (18hb Jun 2008) yang lalu, jawatankuasa perkembangan staf telah merangka satu ceramah dan latihan bagi protokol dan etiket di meja makan. Ceramah ini telah di jalankan di Hotel Desa Inn, Kuala Pilah dan di hadiri seramai 50 orang guru dari pukul 2.00pm hingga 6.00pm. Matlamat ceramah ini adalah memberi pengetahuan kepada guru berkaitan dengan menjalankan majlis rasmi secara protkol dan etiket di meja makan yang perlu di patuhi. Ceramah ini telah di sampaikan oleh Encik Muhammad bin Nordin dari Matrikulasi Kuala Pilah. Ceramah ini telah di mulakan dengan ceramah menjalankan majlis rasmi dari segi protokolnya. Kemudian ceramah beralih kepada etiket di meja makan. Ceramah ini banyak memberi ilmu yang berguna kepada guru kerana ia akan dapat membantu guru untuk mendidik para pelajar mereka berkaitan dengan budaya tinggi. Selepas ceramah berkaitan protokol dan etiket di meja makan, sesi di teruskan dengan praktikalnya di meja makan. Segala ilmu yang di perolehi di manfaatkan ketika sesi latihan di jalankan. Di lihat semua guru memberi komitmen dan berminat dengan ceramah dan latihan yang dijalankan. Di harapkan sesi ini berjaya mencapai matlamat yang di harapkan. kos sebanyak RM1959.00. Di harapkan ceramah ini telah berjaya mencapai matlamanya.


Di sediakan oleh,

Setiausaha

Perkembangan Staf

SBP Integrasi Jempol.