Friday, June 20, 2008

Tahniah SBP!

Bahagian Pengurusan SBP/Kluster (penjenamaan semula Sektor SBP - sekarang telah menjadi Bahagian) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengetua, guru dan staf SBP, khasnya JK LDP sekolah yang telah menjalankan LDP dengan lancar dan berjaya. Laporan yang dikemukakan melalui blog ini amat-amat berguna, kerana KPM dapat memantau terus dari segi kewangan, bilangan peserta dan jenis-jenis kursus.
Adalah diharapkan agar semua SBP dapat meningkatkan lagi prestasi perbelanjaan LDP.
Bahagian ini khuatir sekiranya prestasi perbelanjaan kita rendah, pada tahun hadapan, Bahagian Pendidikan Guru (Penyelaras LDP) akan mengurangkan peruntukan LDP untuk SBP.
Untuk makluman, sekolah harian hanya menerima peruntukan dalam lingkungan RM1000 hingga RM2000 sahaja, sedangkan kita RM10,000.00. Ini menunjukkan bahawa guru-guru SBP memang diberi perhatian, keutamaan dan keistimewaan.
Sasaran kita, hingga akhir Julai, seboleh-bolehnya kita telah membelanjakan 75%-80% peruntukan berkenaan.
Tetapi dalam masa yang sama kita perlu patuh kepada peraturan-peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa. Kreativiti JK LDP sekolah amat-amat diperlukan.
Laporan kursus dan perbelanjaan dibuat dalam dua saluran, yang mana kedua-duanya mesti memberi maklumat yang sama, terutamanya dari segi jumlah perbelanjaan.
1. dalam bentuk berita, mengikut format, di laman ini www.sbp-ldp.blogspot.com
2. dalam bentuk data prestasi kewangan yang dimuat naik melalui www.dmhsoftware.net. (biasanya diuruskan oleh kerani kewangan sekolah ataupun ketua kerani).
Kedua-dua laporan di atas dihantar sebelum 3 hb setiap bulan.
Bahagian ini amat maklum dengan kekangan masa yang dihadapi oleh pihak sekolah. Ini kerana peruntukan yang diturunkan oleh BPG hanya diterima pada bulan april. Adalah diharapkan agar pada tahun-tahun akan datang, peruntukan ini diterima lebih awal supaya kita dapat menggerakkan LDP dengan lebih teratur dan terancang.
Kepada SBP yang belum membuat pelaporan, sedangkan LDP memang berjalan, adalah diharapkan mengambil tindakan segera untuk membuat laporan dalam 2 bentuk yang dinyatakan di atas. Mohon juga kepaa SBP yang berjiran, dan aktif membuat laporan, untuk membantu jiran anda. Kita mohon jasa baik PK untuk berhubung sesama mereka. Mungkin boleh mengenal pasti masalah yang menyebabkan laporan tidak dibuat.
Tahniah & terima kasih.