Monday, June 2, 2008
Program Perkembangan Staf - Etika & Protokol Serta Penampilan Diri
SBP Integrasi Gombak telah mengadakan program perkembangan staf di dewan peperiksaan SBPI Gombak. Kursus ini telah dihadiri oleh 66 orang guru SBPI Gombak
Kursus ini dijalankan untuk melahirkan warga kerja yang bertanggungjawab dan inovatif serta dapat memikul amanah yang diberikan dengan penuh keikhlasan dan berterusan. Di samping itu, dapat menyediakan warga guru yang berketrampilan dari segi pengetahuan, sikap, dan nilai positif serta dapat memberi pendedahan dan info berkaitan dengan etika dan protokol kepada para guru.
Pengisian disampaikan dalam bentuk ceramah, bengkl dan sesi soal jawab. Penceramah yang mengendalikan program ini ialah En. Samsudin bin Mohd Said, Pendaftar dari Institut Aminuddin Baki.
Kos bagi membiayai program ini ialah sebanyak RM 1248.00 (RM satu ribu dua ratus empat puluh lapan sahaja). Kos ini meliputi saguhati penceramah, makanan, buku nota dan pen.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya.
Disediakan oleh,
Guru Perkembangan Staf,
SBP Integrasi Gombak