Monday, June 9, 2008

Kursus Pembinaan Peta Minda SBP Integrasi Jempol 2008


SBP Integrasi Jempol telah mengadakan satu kursus pembinaan peta minda pada 22 Mei 2008. Sasaran kursus ini adalah semua guru SBP Integrasi Jempol di mana objektifnya adalah supaya guru faham konsep sebenar peta minda dan dapat menerapkannya kepada pelajar.
Kursus selama lebih kurang 4 jam ini merangkumi aktiviti ceramah oleh penceramah jemputan dari SMKA Falahiah, En. Ahmad Ghazilan dan aktiviti berkumpulan di mana setiap kumpulan menghasilkan satu peta minda dan membentangkannya. Kursus yang bertempat di bilik mesyuarat SBP Integrasi Jempol ini berjaya menambat perhatian guru-guru dan menguji tahap pemahaman setiap guru.
Kursus ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah dan jamuan.