Tuesday, October 26, 2010

Latihan Dalam Perkhidmatan Bil 10/2010






Tajuk : Pengurusan Sistem Fail
Tempat : ‘ONE STOP CENTER’ SM SAINS KOTA TINGGI
Tarikh : 14 Ogos 2010 (7.30pagi – 2.15 ptg)


Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi telah menjalankan Bengkel Sistem Fail siri 2. Semua ahli panitia berkumpul mengikut panitia masing-masing.Ahli panitia melaksanakan tugasan masing-masing berdasarkan kursus yang telah diberi dalam LDP yang lalu berkaitan Pengurusan Sistem Fail Siri 1.

Bengkel ini dilaksanakan dengan pemantauan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran masing-masing. Melalui aktiviti ini adalah diharapkan semua guru dapat mengemaskini maklumat dan dokumen panitia masing-masing.

Disediakan oleh,
AJK LDP
SM Sains Kota Tinggi

Latihan Dalam Perkhidmatan Bil 9/2010










Tempat : Bilik Mesyuarat Desaru
Tarikh : 10 Ogos 2010 (2.45ptg – 4.30 ptg)

Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan pada 10 Ogos 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat Desaru, SM Sains Kota Tinggi.LDP ini bermula pada pukul 2.45 petang hingga pukul 4.30 petang.

LDP ini bertajuk Pengurusan Sistem Fail. Ketua Pembantu Tadbir iaitu Puan Zaitoon bt. Satiman dan pembantu tadbir iaitu Puan Nazian bt. Md. Yusof telah memberi ceramah dalam LDP ini.

Guru-guru telah diberi pendedahan dan penerangan yang jelas berkaitan cara pengurusan fail mengikut Arkib Negara. Mengikut Arkib Negara, Pengurusan Kurikulum Sekolah menggunakan kod 600.

Seramai 53 daripada 62 orang guru telah menghadiri LDP ini.
Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh,
AJK LDP
SM SAINS KOTA TINGGI

Latihan Dalam Perkhidmatan Bil 8/2010







Tempat : Bilik Mesyuarat Desaru
Tarikh : 21 Julai 2010 (2.45ptg)


Majlis dimulakan dengan “IT 5 Minit” oleh Tn. Syed Muzni bin Syed Mustafa.
Latihan Dalam Perkhidmatan kali ke-7 lebih menjurus kepada teknik pengajaran dan pembelajaran berkesan dalam bilik darjah. Ia telah disampaikan oleh 2 orang guru iaitu Ustaz Hafizullah bin Sarif dan Tn. Hj. Noorkahiri bin Pungut.

IT 5 Minit : MOUSE

Mouse atau tetikus mula diperkenalkan pada tahun 1983. Komputer pertama menggunakan tetikus ialah Xerox Alto . Hingga kini terdapat 3 jenis tetikus iaitu ball mouse, optical mouse dan laser mouse.
Untuk maklumat lanjut berkaitan tetikus dan penggunaannya, pengguna boleh melayari internet atau pergi ke laman web.

Tajuk 1: i Mind Map.
Disampaikan oleh: Ustaz Hafizullah bin Sarif

“iMind Map” atau “ intelligent mind map” menyediakan guru cara mudah membina peta minda. Melalui ikon-ikon yang mesra pengguna, guru dapat membina peta minda dalam masa yang singkat dengan hasil yang menarik. Selain itu, peta minda yang telah dihasilkan juga boleh dipersembahkan kepada pelajar menggunakan media elektronik. Guru boleh membawa pelajar “menjelajah” peta minda yang telah dibina tadi. Hal ini boleh menarik minat pelajar dan menjadikan persekitaran dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan.
“iMind Map” boleh digunakan dalam tempoh percubaan selama 7 hari dengan memuat turun perisian di http://www.thinkbuzan.com. Untuk langganan, pengguna boleh membeli kod laluan dengan bayaran sebanyak RM20.00 sebulan.

Tajuk 2 : Pengajaran dan Pembelajaran – Pendekatan Kreatif Merentas Kurikulum
Disampaikan oleh : Tn. Hj. Noor Khairi bin Pungut

Pembentangan yang menarik oeh guru cemerlang mata pelajaran geografi ini menjadikan 1 jam berlalu begitu pantas sehingga tidak terasa masa berlalu. Selain berkongsi pengalaman mengajar, bahan-bahan dan contoh-contoh bahan kreatif yang boleh digunakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran memberi idea dan kesedaran kepada para guru kepentingan pemilihan pendekatan kreatif dalam menarik minat pelajar dalam belajar.

Guru memainkan peranan penting dalam menghidupkan suasana dalam bilik darjah yang bermatlamat menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran menarik dan memberi impak yang besar kepada pembelajaran pelajar. Oleh yang demikian, guru perlu bijak dan kreatif dalam merancang bahan pengajaran dengan mengambil kira semua faktor terutamanya pelajar, bilik darjah dan guru itu sendiri.

Bahan persembahan yang telah digunakan oleh Tn. Hj. Noorkahiri adalah seperti lampiran.


Disediakan oleh,
AJK LDP
SM SAINS KOTA TINGGI

Latihan Dalam Perkhidmatan Bil 7/2010






Tajuk: DISKUSI AKADEMIK SPM 2010
Pembentang: Encik Ibrahim bin Omar dan Puan Nor Jaslina bt Isa
Tarikh: 8 Julai 2010
Masa: 2.45 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Desaru, SM Kota Tinggi


Majlis ini dimulakan dengan pembentangan analisis dan post mortem peperiksaan pertengahanpelajar-pelajar SPM tahun 2010 oleh Penolong Kanan iatu Encik Ibrahim bin Omar. Beliau mengimbau semula pencapaian SPM 2009. Gred Purata SPM 2009 ialah 1.73. Beliau mengharapkan peningkatan saujana yang dicapai pada tahun lepas akan diteruskan pada tahun ini.

Seterusnya Puan Nor Jaslina bt Esa sebagai Penyelaras Tingkatan 5 membentangkan pencapaian pelajar-pelajar Tingkatan 5 dalam peperiksaan pertengahan tahun 2010.

Dalam pembentangannya, Puan Nor Jaslina memberi fokus kepada pencapaian 10 orang pelajar paling lemah. Kebanyakan pelajar –pelajar dalam kelompok ini menghadapi masalah dengan matapelajaran elektif.
Dalam ucapan Tuan Pengetua, beliau menyatakan :
1.pastikan ramai pelajar dapat A+
2.pelajar cemerlang sekurang-kurangnya 10 orang
3.pelajar straight A’s ada 45 pelajar
4.perlu ada subjek yang 'extraordinary' untuk sukatan pelajaran ulangkaji bagi meraih keputusan cemerlang. Banyakkan soalan-soalan yang susah dan berkualiti untuk kelompok pelajar top 30.
5. Mengenal pasti pelajar gagal dan buat pengisian yang diperlukan.
6. Bagi kelompok pelajar semulajadi dimana pelajar sudah mencuba tapi gagal, mereka perlu sentuhan khusus.
7. Bagi kelompok malas, kaunselor perlu ambil perhatian.GaLus –gagal lulus  ICU...
8. perlu kerja keras dan strategi –mengenalpasti akademik, attitude, insentif, pemulihan, ganjaran.
9. beri mereka banyak soalan-soalan peperiksaan
10. perlu ada program personal coaching......carry weight programme
11. perlu latihan intensif, modul intensif untuk top n bottom.
12. Para pelajar perlu diberi tekanan kecemerlangan akademik
13. peranan mentor mentee perlu dipertingkatkan.
14. Perlu ada insensif untuk pelajar sebagai galakan.
15. buat perkampungan akademik seperti perkampungan ICU bagi tingkatan 3 dan 5. sedia latihan dan modul serta pendedahan taktik dan teknik menjawab soalan bagi kelompok pelajar lemah.

Latihan dalam Perkhidmatan ini tamat pada pukul 4.50 petang.


Disediakan oleh,

AJK LDP
SM SAINS KOTA TINGGI

Latihan Dalam Perkhidmatan Bil 6/2010

LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
BIL 6 /2010



TAJUK : DISKUSI AKADEMIK PMR
TARIKH : 7 JULAI 2010 (RABU)
MASA : 2.45 HINGGA 4.45 PETANG
KEHADIRAN: 55 ORANG GURU

Diskusi Akademik peperiksaan PMR telah dilaksanakan pada 7 Julai 2010 di Bilik Mesyuarat Desaru bermula pukul 2.45 petang. Majlis ini dimulai dengan Pembentangan Post Mortem PMR oleh Penolong Kanan iaitu Encik Ibrahim bin Omar. Beliau membandingkan projection PMR 2010 dengan pencapaian setiap mata pelajaran PMR. Sasaran PMR tahun ini ialah sekurang-kurangnya 80% pelajar PMR mendapat ‘Straight A’s’

Pembentangan seterusnya dibuat oleh Penyelaras Tingkatan 3 iaitu Encik Mohd Zain bin Dekan. Beliau membentangkan pencapaian pelajar-pelajar PMR dengan merujuk pencapaian pelajar setiap kelas PMR.

Berdasarkan data-data yang dibentangkan, dapat dikenalpasti pelajar-pelajar yang lemah bagi setiap mata pelajaran. Guru-guru yang mengajar pelajar-pelajar tersebut, membentangkan kelemahan-kelemahan setiap pelajar tersebut dan langkah-langkah penyelesaiannya.

Antara cadangan untuk kelas PMR ialah:
a. Jadual Blok yang akan bermula 12 Julai 2010.
b. kelas pelajar cemerlang
c. Kelas KUPINTAR

Jadual blok akan dilaksanakan semasa sessi persekolahan bermula pukul 7.15 pagi hingga 2.15 petang. Kelas pelajar cemerlang akan dilaksanakan pada sebelah petang pada waktu prep petang. Seramai 20 pelajar terkebawah dikenalpasti bagi setiap subjek akan terlibat dalam kelas ini. Manakala kelas KUPINTAR pula dijalankan pada waktu prep malam melibatkan semua pelajar.
Semoga sasaran PMR tahun ini tercapai.

Disediakan oleh,
AJK LDP
SM SAINS KOTA TINGGI

Latihan Dalam Perkhidmatan Bil 5 /2010













Tajuk: SPPICTS, SPS, Web/Blog
Pembentang: Encik Syed Muzni Bin Syed Mustafa
Masa: 2.30 petang
Tarikh: 30.6.2010
Tempat: Bilik Mesyuarat Desaru, SM Sains Kota Tinggi
Kehadiran: 48/61

Agenda
1. SPPICTS
2. SPS– Sistem pengurusan sekolah
3. 5 minit IT
4. Blog/web


Latihan Dalam Perkhidmatan ini di kendalikan oleh Tuan Syed Muzni bin Syed Mustafa. Beliau memulakan LDP ini dengan program IT 5 Minit. Beliau menerangkan berkenaan cara penggunaan dan penyelengaraan laptop dan projektor LCD agar lebih lama jangka hayatnya.

Seterusnya beliau menerangkan cara-cara mengemaskini blog sekolah dan membina laman blog . Setiap Panitia diminta mengemaskini blog masing-masing dengan maklumat-maklumat terkini.

Adalah diharapkan agar para guru menggunakan pengetahuan yang diperolehi daripada Sessi LDP ini untuk kepentingan panitia masing-masing.

Sessi LDP ini tamat pada pukul 4.30 petang.



Disediakan oleh,

AJK LDP
SM Sains Kota Tinggi

Latihan Dalam Perkhidmatan Bil 4 /2010

Latihan Kebakaran





Tarikh : 24 JUN 2010 (KHAMIS)

Latihan dalam perkhidmatan kali ke 4 tahun 2010 telah berlangsung pada pukul 8.30 pagi hingga 10.00 pagi . Latihan Dalam Perkhidmatan kali ini adalah berkaitan latihan mengunsikan bangunan. Latihan ini melibatkan semua warga sekolah iaitu guru, staf pejabat dan para pelajar. Latihan ini meliputi :
1. Latihan kawad mengosongkan bangunan
2. Cara-cara menggunakan alat pemadam kebakaran.
3. Cara-cara memberi rawatan kecemasan kepada mangsa kebakaran.

Pihak bomba juga mengadakan demonstrasi menyelamat mangsa daripada kebakaran. Para guru dan pelajar-pelajar mendapat banyak manfaat berkaitan program ini. Kami juga diberi panduan cara-cara mengelakkan kemalangan dirumah.
Semoga latihan ini berjaya mencapai matlamatnya.


Disediakan oleh,
PENYELARAS LDP
SM SAINS KOTA TINGGI

Latihan Dalam Perkhidmatan Bil 3 /2010

LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BIL 3/ 2010

Tempat : Bilik Mesyuarat Desaru
Tarikh : 13 April 2010 (2.45ptg)

Latihan Dalam Perkhidmatan kali ke-3 ini merupakan pembentangan hasil dapatan oleh guru Pusat Sumber, Ketua Panitia Matematik dan Ketua Panitia Sains Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi. Majlis yang berlangsung selama 2 jam ini telah dihadiri oleh 48 daripada 62 orang guru. Berikut merupakan snopsis daripada apa yang dibentangkan dalam Latihan Dalam Perkhidmatan kali ini.

Tajuk 1: EDUWEBTV.com dan kampus Astro.
Disampaikan oleh: Pn. Norashikin BT Alidin

Eduwebtv.com telah dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan menghidangkan warga pendidik, pelajar dan ibubapa dengan pelbagai pilihan saluran pendidikan. Terdapat tujuh saluran yang disediakan iaitu saluran berita, akademik, rencana, wawancara, TV pendidikan, interaktif dan siaran langsung. Kesemua saluran ini sangat bermanfaat dalam meningkatkan minat dan kefahaman pelajar terhadap pelajaran. Bermotokan “Pendidikan digital untuk semua” eduwbtv.com juga merupakan salah satu usaha kementerian dalam merapatkan jurang perbezaan antara pelajar luar bandar dengan bandar. Pengenalan dan pendedahan kepada portal ini diharap dapat memberi manfaat kepada semua pihak.
Selain membicarakan tentang EDUWEBTV.com, pembentang turut memperkenalkan kepada semua guru kepada Kampus Astro. Program ini telah ditaja sepenuhnya oleh pihak Astro dengan langganan secara percuma selama 3 tahun (dengan syarat ia digunakan secara aktif). Beberapa buah sekolah terpilih untuk program ini bekalkan dengan:
1. Sebuah televisyen LCD 32"
2. Sebuah Digital Multimedia Gateway (DMG)
3. Sekeping Smart Card
4. Sebuah Outdoor Unit (ODU)
5. Alat kawalan jauh (RC) bersama bateri
6. Sebuah buku manual pemasangan
7. Sebuah rak televisyen Kampus Astro
8. Kabel-kabel dan aksesori
Set kampus Astro ini disarankan dipasang di bilik tayang Pusat Sumber Sekolah kerana penggunaannya perlu dipantau. Semoga para guru dapat memanfaatkan kemudahan ini sepenuhnya.





Tajuk 2 :Analisa dan Postmortem Matematik PMR 2009 Sekolah Tun Fatimah
Disampaikan oleh : Encik Suhaimi bin Mat Saat.

Tujuan dan matlamat pembentangan ini dibuat ialah bagi mengkaji dan mencontohi kejayaan yang telah ditempa oleh STF dalam mencapai kejayaan 100% A di dalam pencapaian PMR 2008 dan 2009. Pembentangan dimulakan dengan melihat sejarah pencapaian STF sejak 2003. Dari graf yang dipaparkan, boleh dilihat pencapaian yang meningkat saban tahun hingga akhirnya mencapai GPK 1.0 dua tahun berturut-turut. Ringkasnya, antara rahsia kejayaan STF ialah :
1. Memastikan headcount setiap pelajar diteliti.
2. Sekurang-kurangnya 20 set kertas 1 dan kertas 2 disediakan untuk disemak.
3. Memastikan setiap pelajar menganalisa soalan-soalan matematik PMR tahun-tahun lepas.
4. Menambah baik dan meneruskan semua program yang telah dijalankan dan menyumbang kea rah 100% A.
Selain stratergi yang tersebut, budaya kerja berkumpulan dan kerjasama bersepadu dari semua guru juga merupakan penyumbang utama ke arah 100% A. Pendekatan “touch the heart” juga sangat membantu ke arah matlamat ini. Segala yang baik sepatutnya dicontohi agar SAKTI sentiasa menerajui.

Tajuk 3 : Pembentangan dapatan Mesyuarat Post Mortem PMR di SMAP LABU Sains PMR.
Disampaikan oleh : Cik Noor Azreen Binti Fadzin

Berlandaskan tujuan dan matlamat yang sama seperti Panitia Matematik, Ketua Panitia Sains membentangkan antara dapatan yang diperolehi dari STF dan SDAR berhubung strategi kejayaan mereka memperoleh 100% A di dalam matapelajaran sains.
Hasil dapatan menunjukkan berikut merupakan antara program yang telah STF dan SDAR jalankan dalam memperoleh 100% A iaitu:
PROGRAM-PROGRAM PANITIA SDAR 2009:
• Kelas klinikal
• Kelas Anjal
• Bengkel PMR
• Kelas Hikmah (Sabtu)
PROGRAM-PROGRAM PANITIA STF 2009:
• Kem Jaya Diri
• Kelas Tuisyen
• Kelas Tuisyen- I2I
• Program Menggilap Permata
• Kursus Penataran PEKA Sains
• Mentor Mentee
• Kelas Klinik
• Latih tubi

Hasil pemerhatian, kesemua program yang telah mereka jalankan turut telah diadakan di Sakti. Kerjasama dan usaha secara menyeluruh dari seluruh ahli panitia sangat penting dalam menjayakan semua program yang dijalankan seterusnya mencapai matlamat 100% A di dalam PMR 2010.


Disediakan oleh:
AJK Latihan Dalam Perkhidmatan,
SM Sains Kota Tinggi.

Latihan Dalam Perkhidmatan Bil 2 /2010





Latihan Dalam Perkhidmatan Bil 2 /2010



Tajuk :
Tarikh : 7 Mac 2010
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat Desaru SM Bandar Penawar

SM Sains Kota Tinggi telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan kali kedua pada 7 Mac 2009.
Penceramah dalam LDP ini adalah Ketua Penolong Pengarah Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster iaitu Tuan Hj . Mohd. Kholil bin Mohamed.

Tajuk LDP ini ialah ‘How the World’s Best – Performing School Systems Come Out on Top.’
(Rujuk lampiran.)

Seramai 53 Orang guru telah menghadiri LDP ini.




Disediakan oleh,
(Puan Noorhayah bt Embong)
Penyelaras LDP SM Sains Kota Tinggi.

Laporan LDP 1/2010

Latihan Dalam Perkhidmatan Bil 1 / 2010



Tajuk : Penghayatan Keperibadian Rasullullah Sebagai Pemimpin Ulung
Tarikh : 5 Mac 2010
Masa : 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Sri Penawar SM Sains Kota Tinggi

Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada 5 Mac 2010.

Majlis ini dimulai dengan perarakan semua guru dan para pelajar dari Dataran Asrama menuju ke Dewan Sri Penawar SM Sains Kota Tinggi.
Sempena sambutan Maulidur Rasul ini, pihak sekolah telah menjemput penceramah dari Pejabat Agama Daerah Pontian iaitu Ustaz Fakrul Razi bin Yusof. Tajuk ceramah beliau ialah Penghayatan Keperibadian Rasullullah Sebagai Pemimpin Ulung.
Antara kandungan ceramah beliau ialah berkaitan keperibadian Rasullullah iaitu Sidiq (berkata benar), Amanah (dipercayai), Tabligh (menyampaikan), dan Fatanah (bijaksana).

Adalah diharapkan semua warga sekolah dapat menghayati dan menerapkannya dalam kehidupan seharian sebagai hamba Allah. Manakala bagi guru-guru pula akan dapat menjadikannya sebagai panduan merealisasikan Visi dan Misi sekolah.

Semua guru menghadiri majlis ini.

Disediakan oleh,
AJK LDP SM SAINS KOTA TINGGI

Wednesday, October 20, 2010

Perhimpunan Bulanan (Bulan September) SMSLD


Perhimpunan Bulanan kali ini telah dijalankan pada 24 September 2010 bersamaan hari Jumaat. Perhimpunan ini diadakan di Dewan Seri Bayu bermula jam 2.00 petang.
Pembentang pertama ialah En. Murukesu A/L Margapandu (Pengetua SMK agaseh Lahad Datu) yang bertajuk ‘Teknik Latih Tubi Murid’ yang berkaitan latihan , bentuk soalan dan kaedah pelaksanaan latih tubi yang efektif. Seterusnya, En. Mohd. Zamri Hamid dan En. Mohd Faisal Mohd Yaakub yang membentangkan hasil dapatan mengenai ‘Sikap Murid SM Sains Lahad Datu’ dan cadangan mengatasinya. Akhir sekali, pembentangan daripada En. Darmawan Asaad Palanchoi (Ketua Kaunselor Sekolah) yang membentang hasil dapatan daripada kaji selidik yang dijalankan berkenaan dengan penggunaan jadual waktu persekolahan yang baru. Seramai 40 orang kakitangan sekolah yang hadir. Perhimpunan ditangguhkan pada jam 4.10 petang.

Perhimpunan Bulanan (Bulan Julai) SMSLD


Perhimpunan Bulanan kali ini telah dijalankan pada 30 Julai 2010 bersamaan hari Jumaat. Perhimpunan ini diadakan di Dewan Seri Bayu bermula jam 2.00 petang.
Pembentang pertama ialah Cik Jumaiyah Alibaba yang bertajuk Pengucapan Sempena Bulan Kemerdekaan dan tayangan video berkaitan kemerdekaan di paparkan kepada hadirin. Seterusnya, Ustazah Siti Rahayu Zahari memberi tazkirah ringkas mengenai kelebihan Bulan Ramadhan sempena kemunculan Bulan Ramadhan yang menjelang tiba. Akhir sekali, pembentangan daripada Pengetua Cemerlang, Tuan Haji Eko Sukohidayat Bin Sunarto yang berkaitan pengalaman lawatan beliau ke United Kingdom dan memaparkan beberapa slaid tayangan video semasa berada di sana. Perhimpunan ini telah dihadiri seramai 66 orang kakitangan sekolah. Perhimpunan ditangguhkan pada jam 4.40 petang.

Perhimpunan Bulanan (Bulan Jun) SMSLD


Perhimpunan Bulanan Jun telah dijalankan pada 02 Julai 2010 bersamaan hari Jumaat. Perhimpunan ini diadakan di Bilik Mesyuarat Seri Segama bermula jam 2.00 petang.
Pembentang pertama ialah En. Sudirman Kaspin (Guru Kanan Kemanusiaan) yang bertajuk ‘Pengucapan Awam’ yang menyentuh mengenai kaedah pengucapan awam berkualiti khusus untuk penjawat awam. Seterusnya, Cik Wong Jieh Jing yang berkongsi maklumat mengenai EMIS DATA dengan menunjukkan kaedah pengisian maklumat staf di laman web berkaitan. Pembentang ketiga ialah Cik Rokiah Arsad (Ketua Kerani Sekolah) yang bertajuk ‘ Pengistiharan Harta’ dengan menunjukkan kaedah mengisi borang berdasarkan pekeliling dan peraturan yang berkaitan. Akhir sekali, pembentangan daripada Puan Wong Vui Hang (Penolong Kanan Akademik) yang memberi taklimat perkembangan terkini berkaitan analisis kehadiran staf dan penghantaran buku rekod mengajar guru. Perhimpunan ini telah dihadiri seramai 60 orang kakitangan sekolah. Perhimpunan ditangguhkan pada jam 4.15 petang.

Perhimpunan Bulanan (Bulan Mac) SMSLD


Perhimpunan Bulanan kali ini telah dijalankan pada 05 Mac 2010 bersamaan hari Jumaat. Perhimpunan ini diadakan di Dewan Seri Bayu bermula jam 2.00 petang.
Pembentang pertama ialah En. Hasli Basri yang bertajuk ‘Etika Berpakaian Uniform’ yang berkaitan pengetahuan, penampilan dan disiplin anggota unit beruniform. Seterusnya, En. Tia Yee Hien (Guru Kanan Sains & Matematik) yang membentang dengan tajuk ‘Apakah Bentuk Harian Anda’ yang menghuraikan mengenai pengurusan masa yang efisien. Akhir sekali, pembentangan daripada Pengetua Cemerlang, Tuan Haji Eko Sukohidayat Bin Sunarto yang bertajuk ‘Pencerapan Dalam Kelas’ yang menghuraikan mengenai aspek-aspek pencerapan . Perhimpunan ini telah dihadiri seramai 68 orang kakitangan sekolah. Perhimpunan ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Perhimpunan Bulanan (Bulan Januari) SMSLD


Perhimpunan Bulanan kali pertama telah dijalankan pada 29 januari 2010 bersamaan hari Jumaat. Perhimpunan ini diadakan di Dewan Seri Bayu bermula jam 2.00 petang.
Pembentang pertama ialah Ust. Puzi Othman (Penolong Kanan Kokurikulum) yang bertajuk Protokol yang menyentuh mengenai protokol pengucapan dan pemakaian khusus untuk penjawat awam. Seterusnya, En. Ahmad Mat Ali (Penolong Kanan HEM) yang memaparkan tayangan video yang bertajuk ‘Cerita Seorang Guru’. Pembentang ketiga ialah Puan Wong Vui Hang (Penolong Kanan Akademik) yang bertajuk ‘ Action Research: An Overview’ yang berkaitan dengan kepentingan kajian tindakan. Akhir sekali, pembentangan daripada Pengetua Cemerlang, Tuan. Haji Eko Sukohidayat Bin Sunarto yang bertajuk ‘Teamwork: Bekerja Sebagai Satu Pasukan’. Perhimpunan ini telah dihadiri seramai 70 orang kakitangan sekolah. Perhimpunan ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Kursus Peningkatan Profesionalisme Untuk Guru Baru SMSLD


Kursus tersebut diadakan pada 09-10 Febuari 2010 jam 2.30 petang – 5.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Segama, SM Sains Lahad Datu Sabah. Kumpulan sasaran kursus ini ialah guru baru seramai 18 orang.
Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan profesionalisme perguruan terhadap guru baru. Di dalam kursus ini, para peserta di dedahkan dengan kaedah penggunaan aplikasi ISIS dan APMS yang telah disampaikan oleh Ust. Yusri Yusoff. Seterusnya, taklimat pengurusan panitia bertajuk P&P Berkesan yang disampaikan oleh En. Jupri Basari (Guru Kanan Teknik & Vokasional). Pada keesokkan harinya, peserta didedahkan dengan pencerapan P&P berdasarkan SKPM yang disampaikan oleh En. Sudirman Kaspin (Guru Kanan Kemanusiaan) dan seterusnya, En. Ahmad Abd Rauf (Guru Kanan Bahasa) membentang mengenai ‘headcount’. Akhir sekali, Puan Wong Vui Hang (Penolong Kanan) member taklimat mengenai Matlamat dan halatuju SMSLD dan seterusnya menyampaikan sijil kepada peserta terlibat.

Bengkel Pembinaan Plan Strategik Kurikulum Sekolah LDP Siri 2 SMSLD


Bengkel tersebut diadakan pada 15 Januari 2010 jam 2.00 petang – 5.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Segama, SM Sains Lahad Datu Sabah. Bengkel ini melibatkan semua guru. Bengkel ini adalah kesinambungan daripada Bengkel Pembinaan Strategik Siri 1 yang dijalankan 8 Januari yang lalu.
Bengkel ini bertujuan untuk melengkapkan dan mengharmonikan rangka kerja yang telah dibina pada masa lalu dalam Pembinaan Plan Strategik Sekolah untuk satu tempoh jangkamasa sehingga tahun 2012. Bengkel ini mencapai objektifnya apabila memaparkan plan strategik yang ‘solid’ untuk rujukan pada masa akan datang.

Bengkel Pembinaan Plan Strategik Kurikulum Sekolah LDP Siri 1 SMSLD




Bengkel tersebut diadakan pada 08 Januari 2010 jam 2.00 petang – 5.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Segama, SM Sains Lahad Datu Sabah. Bengkel ini melibatkan semua Penolong Kanan, semua Guru Kanan, Kaunselor Sekolah, Setiausaha Kurikulum, Setiausaha Disiplin dan Setiausaha Kokurikulum.
Bengkel ini bertujuan untuk membuat rangka kerja dalam Pembinaan Plan Strategik Sekolah untuk satu tempoh jangkamasa sehingga tahun 2012. Rangka kerja tersebut merangkumi format yang akan dibengkelkan dengan semua panitia terlibat pada masa yang akan di tentukan.