Tuesday, October 26, 2010

Latihan Dalam Perkhidmatan Bil 6/2010

LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
BIL 6 /2010



TAJUK : DISKUSI AKADEMIK PMR
TARIKH : 7 JULAI 2010 (RABU)
MASA : 2.45 HINGGA 4.45 PETANG
KEHADIRAN: 55 ORANG GURU

Diskusi Akademik peperiksaan PMR telah dilaksanakan pada 7 Julai 2010 di Bilik Mesyuarat Desaru bermula pukul 2.45 petang. Majlis ini dimulai dengan Pembentangan Post Mortem PMR oleh Penolong Kanan iaitu Encik Ibrahim bin Omar. Beliau membandingkan projection PMR 2010 dengan pencapaian setiap mata pelajaran PMR. Sasaran PMR tahun ini ialah sekurang-kurangnya 80% pelajar PMR mendapat ‘Straight A’s’

Pembentangan seterusnya dibuat oleh Penyelaras Tingkatan 3 iaitu Encik Mohd Zain bin Dekan. Beliau membentangkan pencapaian pelajar-pelajar PMR dengan merujuk pencapaian pelajar setiap kelas PMR.

Berdasarkan data-data yang dibentangkan, dapat dikenalpasti pelajar-pelajar yang lemah bagi setiap mata pelajaran. Guru-guru yang mengajar pelajar-pelajar tersebut, membentangkan kelemahan-kelemahan setiap pelajar tersebut dan langkah-langkah penyelesaiannya.

Antara cadangan untuk kelas PMR ialah:
a. Jadual Blok yang akan bermula 12 Julai 2010.
b. kelas pelajar cemerlang
c. Kelas KUPINTAR

Jadual blok akan dilaksanakan semasa sessi persekolahan bermula pukul 7.15 pagi hingga 2.15 petang. Kelas pelajar cemerlang akan dilaksanakan pada sebelah petang pada waktu prep petang. Seramai 20 pelajar terkebawah dikenalpasti bagi setiap subjek akan terlibat dalam kelas ini. Manakala kelas KUPINTAR pula dijalankan pada waktu prep malam melibatkan semua pelajar.
Semoga sasaran PMR tahun ini tercapai.

Disediakan oleh,
AJK LDP
SM SAINS KOTA TINGGI