Tuesday, October 26, 2010

Latihan Dalam Perkhidmatan Bil 3 /2010

LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BIL 3/ 2010

Tempat : Bilik Mesyuarat Desaru
Tarikh : 13 April 2010 (2.45ptg)

Latihan Dalam Perkhidmatan kali ke-3 ini merupakan pembentangan hasil dapatan oleh guru Pusat Sumber, Ketua Panitia Matematik dan Ketua Panitia Sains Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi. Majlis yang berlangsung selama 2 jam ini telah dihadiri oleh 48 daripada 62 orang guru. Berikut merupakan snopsis daripada apa yang dibentangkan dalam Latihan Dalam Perkhidmatan kali ini.

Tajuk 1: EDUWEBTV.com dan kampus Astro.
Disampaikan oleh: Pn. Norashikin BT Alidin

Eduwebtv.com telah dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan menghidangkan warga pendidik, pelajar dan ibubapa dengan pelbagai pilihan saluran pendidikan. Terdapat tujuh saluran yang disediakan iaitu saluran berita, akademik, rencana, wawancara, TV pendidikan, interaktif dan siaran langsung. Kesemua saluran ini sangat bermanfaat dalam meningkatkan minat dan kefahaman pelajar terhadap pelajaran. Bermotokan “Pendidikan digital untuk semua” eduwbtv.com juga merupakan salah satu usaha kementerian dalam merapatkan jurang perbezaan antara pelajar luar bandar dengan bandar. Pengenalan dan pendedahan kepada portal ini diharap dapat memberi manfaat kepada semua pihak.
Selain membicarakan tentang EDUWEBTV.com, pembentang turut memperkenalkan kepada semua guru kepada Kampus Astro. Program ini telah ditaja sepenuhnya oleh pihak Astro dengan langganan secara percuma selama 3 tahun (dengan syarat ia digunakan secara aktif). Beberapa buah sekolah terpilih untuk program ini bekalkan dengan:
1. Sebuah televisyen LCD 32"
2. Sebuah Digital Multimedia Gateway (DMG)
3. Sekeping Smart Card
4. Sebuah Outdoor Unit (ODU)
5. Alat kawalan jauh (RC) bersama bateri
6. Sebuah buku manual pemasangan
7. Sebuah rak televisyen Kampus Astro
8. Kabel-kabel dan aksesori
Set kampus Astro ini disarankan dipasang di bilik tayang Pusat Sumber Sekolah kerana penggunaannya perlu dipantau. Semoga para guru dapat memanfaatkan kemudahan ini sepenuhnya.





Tajuk 2 :Analisa dan Postmortem Matematik PMR 2009 Sekolah Tun Fatimah
Disampaikan oleh : Encik Suhaimi bin Mat Saat.

Tujuan dan matlamat pembentangan ini dibuat ialah bagi mengkaji dan mencontohi kejayaan yang telah ditempa oleh STF dalam mencapai kejayaan 100% A di dalam pencapaian PMR 2008 dan 2009. Pembentangan dimulakan dengan melihat sejarah pencapaian STF sejak 2003. Dari graf yang dipaparkan, boleh dilihat pencapaian yang meningkat saban tahun hingga akhirnya mencapai GPK 1.0 dua tahun berturut-turut. Ringkasnya, antara rahsia kejayaan STF ialah :
1. Memastikan headcount setiap pelajar diteliti.
2. Sekurang-kurangnya 20 set kertas 1 dan kertas 2 disediakan untuk disemak.
3. Memastikan setiap pelajar menganalisa soalan-soalan matematik PMR tahun-tahun lepas.
4. Menambah baik dan meneruskan semua program yang telah dijalankan dan menyumbang kea rah 100% A.
Selain stratergi yang tersebut, budaya kerja berkumpulan dan kerjasama bersepadu dari semua guru juga merupakan penyumbang utama ke arah 100% A. Pendekatan “touch the heart” juga sangat membantu ke arah matlamat ini. Segala yang baik sepatutnya dicontohi agar SAKTI sentiasa menerajui.

Tajuk 3 : Pembentangan dapatan Mesyuarat Post Mortem PMR di SMAP LABU Sains PMR.
Disampaikan oleh : Cik Noor Azreen Binti Fadzin

Berlandaskan tujuan dan matlamat yang sama seperti Panitia Matematik, Ketua Panitia Sains membentangkan antara dapatan yang diperolehi dari STF dan SDAR berhubung strategi kejayaan mereka memperoleh 100% A di dalam matapelajaran sains.
Hasil dapatan menunjukkan berikut merupakan antara program yang telah STF dan SDAR jalankan dalam memperoleh 100% A iaitu:
PROGRAM-PROGRAM PANITIA SDAR 2009:
• Kelas klinikal
• Kelas Anjal
• Bengkel PMR
• Kelas Hikmah (Sabtu)
PROGRAM-PROGRAM PANITIA STF 2009:
• Kem Jaya Diri
• Kelas Tuisyen
• Kelas Tuisyen- I2I
• Program Menggilap Permata
• Kursus Penataran PEKA Sains
• Mentor Mentee
• Kelas Klinik
• Latih tubi

Hasil pemerhatian, kesemua program yang telah mereka jalankan turut telah diadakan di Sakti. Kerjasama dan usaha secara menyeluruh dari seluruh ahli panitia sangat penting dalam menjayakan semua program yang dijalankan seterusnya mencapai matlamat 100% A di dalam PMR 2010.


Disediakan oleh:
AJK Latihan Dalam Perkhidmatan,
SM Sains Kota Tinggi.