Wednesday, October 20, 2010

Perhimpunan Bulanan (Bulan Jun) SMSLD


Perhimpunan Bulanan Jun telah dijalankan pada 02 Julai 2010 bersamaan hari Jumaat. Perhimpunan ini diadakan di Bilik Mesyuarat Seri Segama bermula jam 2.00 petang.
Pembentang pertama ialah En. Sudirman Kaspin (Guru Kanan Kemanusiaan) yang bertajuk ‘Pengucapan Awam’ yang menyentuh mengenai kaedah pengucapan awam berkualiti khusus untuk penjawat awam. Seterusnya, Cik Wong Jieh Jing yang berkongsi maklumat mengenai EMIS DATA dengan menunjukkan kaedah pengisian maklumat staf di laman web berkaitan. Pembentang ketiga ialah Cik Rokiah Arsad (Ketua Kerani Sekolah) yang bertajuk ‘ Pengistiharan Harta’ dengan menunjukkan kaedah mengisi borang berdasarkan pekeliling dan peraturan yang berkaitan. Akhir sekali, pembentangan daripada Puan Wong Vui Hang (Penolong Kanan Akademik) yang memberi taklimat perkembangan terkini berkaitan analisis kehadiran staf dan penghantaran buku rekod mengajar guru. Perhimpunan ini telah dihadiri seramai 60 orang kakitangan sekolah. Perhimpunan ditangguhkan pada jam 4.15 petang.