Tuesday, May 27, 2008

Kursus Pembangunan Staf SM Sains Dungun kali Ke-2 2008





Pada 10 Mei 2008 bertempat di bilik Multimedia SMSD. Satu kursus pembangunan staf telah diadakan kepada semua guru sekolah ini. kursus ini bertajuk "Head Count" dan "Projection" Pelajar bertujuan untuk memberi pendedahan dan pemahaman kepada semua guru berkaitan dengan proses membina dan menyelaraskan head count dan projection pelajar.

Pengisian kursus adalah terdiri daripada slot pertama Kursus Head Count dan Postmorten yang disampaikan oleh Tuan Haji Ismail bin Ali, guru Kanan Mata Pelajaran Sains & Matematik, Slot kedua pula diisi dengan Ceramah Head Count Prinsip-Prinsip Postmorten disampaikan oleh En. mohd Aliziyad bin abas, guru penolong kanan dan Slot Ketiga pula bertajuk Projection dan Pengisian ETR disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Yusof Endut dan En. Syafizal Said.



Diakhir kursus ini, guru panitia telah menyempurnakan Head Count bagi matapelajaran masing-masing. Jumlah pembelanjaan kursus ini berjumlah RM 792.00.

Kursus Pembangunan Staf SM Sains Dungun kali pertama 2008


Kursus pembangunan staf kali pertama 2008 SM Sains Dungun telah diadakan pada 12 April 2008 bertempat di Bilik Mesyuarat SMSD. Kurusus ini telah bermula dari 9.00 pagi dan berakhir pukul 4.00 petang telah dihadiri oleh 67 orang guru dan 20 orang staf sokongan sekolah.

Pengisian kursus yang bertajuk Kursus Pengurusan Stok dan Aset Alih ini adalah meliputi ceramah Pengurusan Stok berdasarkan kepada Perkeliling Perbendaharaan Bil 5/07 dan juga Bengkel mengisi buku stok Aset Alih Kerajaan.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kaedah baru pengurusan stok dan juga guru dan kakitangan dapat mengurusakan stok dengan prosedur yang betul. Penceramah jemputan kursus ini adalah pegawai dari Institut Tadbiran Awam Malaysia Wilayah Timur (INTAN), Tuan Syed Mohamad Zulkifli bin chik. Daripada maklumbalasa peserta kursus, kursus ini banyak memberi faedah kepada peserta. Jumlah perbelanjaan untuk kursus ini adalah sebanyak RM 870.00.

Kursus Aset Alih guru-guru SMS Johor

SMS Johor telah mengadakan kursus Aset Alih pada :

Tarikh : 10 Mei 2008
Hari : Sabtu
Masa : 8 pagi - 5 petang

Kursus in telah dihadiri oleh 60 orang guru SMS Johor. Kursus ini bertujuan mendedahkan guru-guru kepada tiga aspek dalam pengurusan aset alih iaitu :

a. Merekod aset
b. Menyimpan stok
c. Melupuskan aset

Kursus ini melibatkan kos sebanyak RM 1220.00 .Semoga kursus ini mencapai matlamat yang dikehendaki.

Disediakan oleh
Penolong Kanan
SMSJ

Kursus Projek Base Learning guru-guru SMS Johor

SMS Johor telah mengadakan Kursus Projek Base Learning untuk 62 orang guru pada :

Tarikh : 22 Mei 2008
Hari : Khamis
Masa : 2-5 petang
Tempat : Bilik Gerakan SMS Johor

Kusus ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Rahman b Giman. Lima panitia telah dipilih untuk menyediakan projek Base Learning ini iaitu :

Panitia Biologi
Panitia Agama Islam
Panitia Fizik
Panitia Sejarah
Panitia Teknologi

Projek ini melibatkan pelajar-pelajar tingkatan empat 2008. Projek ini dibawah penyeliaan Tuan Haji Abdul Rahman b Giman. Kursus ini melibatkan kos sebanyak RM 496.00 (RM empat ratus sembilan puluh enam)

Disediakan oleh
Penolong Kanan
SMSJ

Kursus Think.com guru-guru SMS Johor





SMS Johor telah mengadakan kursus think.com untuk 40 orang guru SMSJ. Kursus ini dijalankan pada :
Tarikh : 20 Mei 2008
Tempat : Bilik Bestari SMSJ
Masa : 2-5 petang

Kursus ini dijalankan kepada 40 orang guru yang diharap akan menjadi mentor kepada guru-guru yang lain. Kursus ini disampaikan oleh Encik Noremy b Rasip dari PKG Kluang Timur. Kursus ini melibatkan kos RM 620.00 (RM enam ratus dua puluh ringgit)
Semoga kursus ini mencapai matlamatnya.
Disediakan oleh
Penolong Kanan
SMSJ


Monday, May 26, 2008

Kursus ICT guru-guru SMS Johor



SMS Johor telah mengadakan kursus ICT untuk guru-guru sekolah ini pada :

Tarikh : 17 Mei 2008
Hari : Sabtu
Masa : 8 pagi - 5 petang
Tempat : SMS Johor

Kursus iini di adakan di SMS Johor dan dihadiri oleh 60 orang guru SMSJ.
Kursus ini dijalankan untuk memperhebatkan kemahiran guru dalam bidang ICT yang terdiri dari kemahiran

a. E-mail dan internet
b. penggunaan LCD, scanner kamera dan video kamera
c. msoffice dan maintenance
d. perisian EMIS, retan, Sbpexcelance dan SAP

Kursus ini dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil yang dibantu oleh Tn Hj Rahman b Giman dan En Mohd Roselan b Abu Hasan dari BTPN Johor serta 13 pegawai PKG negeri Johor

Kursus ini melibatkan kos berjumlah RM1650.00( RM satu ribu enam ratus lima puluh -sahaja)

Saya bagi pihak SMSJ mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn Hj Rahman b Giman. En Mohd Roselan b Abu Hasan dan rakan-rakan dari PKG yang telah membantu kami dan juga kepada guru-guru SMSJ yang telah menghadiri kursus ini


Disediakan oleh
Penolong kanan
SMSJ

Thursday, May 22, 2008

Taklimat Kesihatan - Pencegahan Denggi


Pada hari Selasa, 20 hb Mei 2008, pihak Sekolah Dato' Abdul Razak dengan kerjasama Kementerian kesihatan telah mengadakan taklimat kesihatan bertempat di Dewan Tun Abdul Razak. Taklimat bertajuk Penyakit Demam Denggi dan Pencegahannya telah disampaikan oleh Tn Hj Muslal b. Rakiman, Pegawai dari Cawangan Penyakit Bawaan Vektor, Kementerian kesihatan. Taklimat ini telah dihadiri oleh 41 orang guru.


Tujuan utama taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada guru tentang penyakit demam denggi terutama tentang tanda-tanda penyakit tersebut. Perkara ini amat penting untuk guru-guru sekolah berasrama penuh supaya lebih peka dengan penyakit yang dihidapi oleh pelajar untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Lebih-lebih lagi demam denggi mudah berjangkit dan merupakan penyakit yang boleh membawa maut jika tidak dirawat awal.


Antara perkara yang disentuh dalam taklimat ini adalah tentang jenis-jenis nyamuk dan penyakit bawaannya, tanda-tanda awal penyakit demam denggi serta cara-cara pencegahan penyakit dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk. Kesimpulannya, guru memperoleh banyak input baru tentang penyakit demam denggi dan cara pencegahannya.

Wednesday, May 21, 2008

Latihan Dalam Perkidmatan di SESMA

SM Sains Sultan Mahmud telah mengadakan dua siri LADAP dan dua taklimat profesional.

9 April 2008. Jam 3.00-5.00 ptg.

Taklimat profesional pertama pada 9 April telah diberikan oleh Ketua Unit Pengurusan Akademik SSBP, Tn Hj Mohd Kholil b Mohamad semasa pemantauan akademik SBP . Beliau telah membentangkan analisis peperiksaan SPM dan PMR 2008 bagi SBP dan juga MRSM. Saranan beliau guru sesma meningkatkan kembali pencapaian SPM dan PMR dan sentiasa monitor data dan praktis Headcount. Trima Kasih tuan haji, ada masa berkunjung lagi ke sesma.
Perbelanjaan: RM 195.00


10 Mei 2008 . 8.00 pg - 4.00 ptg

Kursus E-Learning siri 1/2008

Kursus ini membolehkan guru belajar membina item objektif dan subjektif dan juga uploas bahan pengajaran danl latihan untuk pelajar dalam portal SESMA. Pensyarah IPG Kuala Terengganu,
Y. M. Tg Zawawi telah sudi memberi bimbingan kepada guru-guru di bantu oleh ITC sekolah Pn Mazni. Kursus ini mendapat reaksi positif dari guru-guru dan akan diteruskan dengan mengadakan bengkel bagi membolehkan guru-guru upload lebih banyak bahan dalam portal sekolah.
Perbelanjaan RM 975.00.

14 Mei 2008 . 3.00-5.00 ptg

Satu slot ceramah Integriti Dalam Pendidikan telah diberikan oleh Tn Hj Hamzah b Said, Ketua Jabatan Pentaksiran Pemimpin Pendidikan IAB Utara. Beliau telah menjelaskan kaitan atara integriti dan profesyen perguruan dan bagaimana menerapkan intergriti dalam tugasan dan kehidupan. Insyaalah budaya berintegriti tinggi diamalkan oleh guru-guru sesma.
Perbelanjaan: RM264.00

17 Mei 2008; 8.00 -4.00 ptg

Kursus sehari ini merangkumi 4 slot iaitu;

slot 1. taklimat pengoperasian Ladap telah disampaikan oleh penolong kanan.
slot 2. taklimat pengoperasian PBS oleh penolong Kanan
slot 3. Headcount oleh GKMP Bahasa
slot 4. Post mortem dan pemantauan oleh GKMP Bahasa

Slot headcount dan postmortem di berikan berdasarkan bahan diterima semasa mesyuarat GKMP dan GC SBP. taklimat pengoperasian LADAP membolehkan guru memahami objektif LADAP dan pengoperasian di peringkat sekolah semoga guru-guru dapat mengikuti program ladap setulus hati dan mendapat meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing.

Head count dan postmortem telah di amalkan di SESMA namun begitu kekurangannya dari aspek pendokumuentasian dan keselarasan pengunaan borang. guru-guru di dedahkan dengan contoh-contoh borang yang diguna, cara membuat postmortem dan merancang aktiviti berdasarkan postmortem. Insyaalah bengkel di peringkat panitia akan diadakan bulan Jun bagi menganalisis dan membuat postmortem peperiksaan pertengahan tahun.
Perbelanjaan: RM975.00

SMAP LABU : LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) SIRI 2/2008

LAPORAN KURSUS DALAMPERKHIDMATAN (LDP) SIRI 2/2008





1.0 Sebagai langkah persediaan untuk menghadapi perubahan yang berlaku semakin pantas, ilmu dan kefahaman dalam kalangan kaki tangan perlu dimantapkan dari masa ke semasa. Menyedari hakikat itu, maka JK Perkembangan Staf SMAP, Labu telah berjaya menganjurkan satu kursus sebagaimana yang telah dirancangkan dalam takwin kursus tahunan.

2.0 Tajuk: Pemantapan Nilai-Nilai Murni Dalam Perkhidmatan. Disampaikan oleh : Ust. Jaafar Muhammad, pada 20 Mei 2008 bertempat di Unit Teknologi Maklumat (UTP) Sek. Menengah Agama Persekutuan Labu, jam 2.30 – 4.30 petang. Kehadiran seramai 65 orang kakitangan akademik sekolah.







3.0 Intipati kursus : Penekanan diberi kepada 7 perkara yang perlu dikuasai oleh seseorang pejawat awam terutamanya dalam kalangan pendidik. Perkara 1 – Kita Mesti Berubah. Berubah Dari pelbagai aspek terutamanya dalam jiwa yang meliputi akal dan hati. Perkara 2 – Belajar Dengan Tuhan. Untuk belajar, kita sebagai hamba perlu merujuk kepada tanda-tanda kewujudan Tuhan yang maha pencipta yang menguasai segalanya. Perkara 3 – Berkhidmat dan Berbakti Dengan Tuhan. Penekanan kepada konsep kita sebagai hamba yang telah dijadikanNya, diperintah untuk melaksakana segala suruhan sesuai sebagai hamba kepada seseorang tuan. Perlu berbakti dengan ikhlas. Perkara 4 – Dapat Bimbingan Tuhan. Perkara 5 – Komunikasi Dengan Tuhan. Sebagai seorang hamba, perlu sentiasa bersembahyang dan berzikir yang merupakan alat komunikasi utama dengan tuhan. Dalam membaiki komunikasi, kita sebagai hamba perlu menyucikan diri terutamanya hati dari sifat-sifat tercela. Perkara 6 – Rasa Dapat Kasih Sayang Tuhan. Perkara 7 – Buat Penilaian. Sebagai kaki tangan awam, kita perlu mempunyai rasa / sifat amanah, tabah, kasih sayang dengan profesioan, bangga dengan amanah mendidik kerana sifat ini sukar untuk diterapkan dan diamalkan oleh penjawat awam yang lain.

4.0 Perbelanjaan keseluruhan bagi kursus dua jam ini sebanyak RM450.00 yang meliputi bayaran saguhati kepada penceramah serta minuman ringan kepada para peserta.






5.0 Rumusan hasil soal selidik yang diedarkan tentang ceramah yang dianjurkan. 4 item yang berkaitan dengan isi kandungan ceramah manakala 6 item berkaitan dengan penceramah.

i. Isi kandungan ceramah. Sebanyak 30 orang peserta yang memberi respon ‘bersetuju’ dengan tajuk dan ilmu yang disampaikan oleh penceramah jemputan, manakala 35 orang peserta lagi ‘sangat bersetuju’ dengan penyampaian penceramah dan menepati objektif kursus ini.
ii. ii. Keputusan yang diperoleh menunjukkan bahawa 31 respon yang setuju dengan penceramah, manakala yang selebihnya amat bersetuju bahawa penceramah berjaya menyampaikan mesej sebagaiamana yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
iii. 12 peserta mencadangkan agar penceramah ini dipanggil semula untuk menyamaikan ceramah dengan tajuk yang sama. Kursus ini perlu dianjurkan semua dalam tempoh masa yang lebih panjang.
iv. 7 peserta mencadangkan agar tajuk ini perlu juga disampaikan kepada para pelajar SMAP, Labu.





6.0 Sebagai kesimpulan, pihak JK Perkembangan Star SMAP, Labu mengucapkan banyak-banyak terimahkasih dan penghargaan kepada semua pihak yeng terlibat terutamanya Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Pengetua SMAP, Labu, Penceramah Jemputan serta semua kakitangan akademik yang telah memberi kerjasama sehingga kursus singkat ini dapat dijalankan dengan jayanya.



Disediakan oleh
En. Mohd Husain bin Yaacob
S/Usaha Perkembangan Staf
SMA Persekutuan Labu
Seremban, Negeri Sembilan

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SEMESTA RAUB






Sm Sains Tengku Abdullah Raub telah mengadakan Kursus Peningkatan Profesionalisme pada 17 Mei 2008 bertempat di Dewan Besar SEMESTA. Kursus bermula jam 8:00 pagi berakhir jam 5:00 petang. Kursus dihadiri oleh semua guru dan sebilangan kakitangan bertujuan:
1. meningkatkan semangat kerjasama antara guru/kakitangan
2. meningkatkan semangat bekerja secara ikhlas
3. memberi kesedaran terhadap cabaran-cabaran kerja masakini
4. meningkatkan disiplin kerja seperti mematuhi masa
5. meningkatkan rasa tanggungjawab dan rasa seronok terhadap kerja
Kursus dikendalikan keseluruhannya oleh En. Zulhilmi bin Haji Zainuddin, Pegawai Kaunseling Berdaftar daerah Raub. Maklumbalas yang diterima dari peserta, kursus amat menarik dan berjaya mencapai objektif yang diharapkan.
Disediakan oleh:
Haji Ali bin Alias
Guru Penolong Kanan SEMESTA

TAHNIAH

Bahagian Sekolah melalui Sektor PKICT ingin merakamkan ucapan tahniah kepada SBP yang telah menjalankan LDP di sekolah masing-masing DAN membuat laporan dalam blog ini. Setakat hari ini (21 Mei 2008), sebanyak 12 buah SBP telah mengemukakan laporan mengikut format yang dicadangkan.

Senarai SBP yang mengemukakan laporan setakat 21 Mei 2008:

  1. SMS POKOK SENA
  2. SBPI KUBANG PASU
  3. SMS MUZAFFAR SYAH
  4. SMS SEREMBAN
  5. SBPI SELANDAR
  6. SMS LABUAN
  7. SMS MUAR
  8. SBPI TEMERLOH
  9. SMAP KAJANG
  10. SBPI TEMERLOH
  11. SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK
  12. SMS KUALA SELANGOR

Semoga usaha ini diteruskan dan dapat dicontohi oleh SBP-SBP lain.

Tahniah dan terima kasih.

Tuesday, May 20, 2008

SMSKS LDP 2/2008: KURSUS 'APPROPRIATE LANGUAGE TO USE IN SETTING QUESTIONS FOR MATHEMATICS AND SCIENCE TEACHERS

Semua guru Matematik dan Sains (guru-guru PPSMI) seramai 21 orang, di SM Sains Kuala Selangor telah menghadiri kursus “Appropriate Language to use in setting questions for Maths and Science teacher’ pada 17-18 Mei 2008. Kursus ini telah dilaksanakan hasil dari perbincangan AJK PIBG SM Sains Kuala Selangor dan dengan kerjasama pihak Alumni UiTM Shah Alam dan telah diadakan di Dewan Seminar , Kolej Mawar, UiTM Shah Alam , Selangor.
Kursus ini dijalankan untuk :
1. Melatih guru menggunakan bahasa yang sesuai dalam membuat soalan peperiksaan terutama untuk matapelajaran Matematik dan Sains
2. Mempertingkatkan Bahasa Inggeris guru
3. Bertukar-tukar fikiran antara guru dan pihak luar terutama pensyarah di UiTM.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah:

1. 'Ice breaking’ menampilkan penceramah Professor Madya Hajah Hasnah (Pensyarah Kanan Akademik Pengajian Bahasa, UiTM)

2. 'Oral Comunication Enchacement' Professor Madya Hajah Hasnah

3. 'Classroom Management Strategies' oleh Datin Umminajah Salleh dan Pn. Siti Mariam

4. 'Effective Presentation Strategies' oleh Pn Noorjahan Zaida Hashim

5. ‘Evaluation and closing' oleh Datin Umminajah Salleh dan Pn Siti Mariam

Kursus ini telah diakhiri dengan pemberian sijil kepada semua peserta kursus oleh pihak Alumi, UiTM yang telah disampaikan oleh Y.Bhg. Datin Umminajah Salleh dan juga penyampaian cenderamata dari pihak sekolah kepada semua penceramah yang terlibat dalam kursus ini.

Kursus ini telah melibatkan kos perbelanjaan berjumlah RM 2231.00 , dimana sebanyak RM 500.00 menggunakan duit LDP dan selebihnya ditanggung oleh PIBG, SM Sains Kuala Selangor.

Program ini telah mencapai matlamatnya , dan amat bermanfaat kepada guru-guru PPSMI di sekolah ini bagi mengaplikasikan apa yang telah didapati dalam kursus ini ke dalam P&P mereka dan ketika membuat soalan peperiksaan khususnya. Adalah di harapkan agar kursus ini dapat diteruskan lagi dengan siri yang seterusnya.

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perkembangan Staf, SMSKS

Monday, May 19, 2008

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK SIRI 2/2008

Latihan dalam Perkhidmatan untuk siri 2/2008 merangkumi dua program yang telah diadakan pada dua tarikh yang berbeza. Program pertama merupakan taklimat tentang Sekolah Kluster yang telah disampaikan oleh Tuan Pengetua Cemerlang JUSA C SDAR iaitu Tn Hj Azam b. Hj Md Atan pada hari Selasa 22hb April 2008 di Bilik Mesyuarat Putra. Taklimat ini adalah rentetan dari kejayaan SDAR diiktiraf sebagai salah sebuah sekolah kluster. Pengiktirafan ini diterima bersama dengan tugas dan tanggungjawab yang amat besar. Oleh itu tujuan utama taklimat adalah untuk memberi penerangan teperinci kepada semua guru tentang peranan dan tugas mereka serta "niche areas" yang akan dibangunkan. Selepas taklimat guru-guru dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut "niche areas" untuk sesi perbincangan dan pembinaan 'Request For Proposal".

Program kedua pula telah dijalankan pada hari Sabtu 10hb Mei 2008 di Dewan Tun Abdul Razak. Program bertajuk Pengajaran Kolaboratif telah dikendalikan oleh Pn. Hjh Asidah bt Asnan, pensyarah Institut Perguruan Raja Melewar bersama seorang pensyarah pembantu. Tujuan utama program adalah untuk memberi pendedahan kepada guru tentang salah satu alternatif kaedah P&P iaitu Pembelajaran Koperatif. Selain dari sesi ceramah, sesi bengkel juga diadakan yang dipenuhi dengan aktiviti berkait dengan contoh-contoh struktur Pembelajaran Koperatif. Diharap selepas ini guru mampu mempelbagaikan kaedah P&P yang digunakan mengikut kesesuaian.

Keseluruhannya, kursus ini melibatkan kos sebanyak RM1000.00 (Seribu Ringgit Sahaja.)

Wednesday, May 14, 2008

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK SIRI 1 2008

Sekolah Dato’ Abdul Razak telah mengadakan Taklimat Pemantapan Pengurusan pada bulan Januari 2008. Taklimat ini melibatkan dua slot dan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Putra. Sasaran taklimat ini adalah kepada semua guru SDAR. Slot pertama dijalankan pada hari Rabu, 7 hb Januari 2008. Slot bertajuk Pendokumentasian dan Sistem Fail telah dikendalikan oleh En. Mokhtar b Husin , Guru Penolong Kanan Kokurikulum SDAR. Tujuan slot ini adalah untuk memberi panduan dan taklimat kepada guru tentang pendokumentasian dan sistem fail dalam usaha untuk mengemaskini dan menambah baik dokumentasi sekolah di bawah kawalan guru. Beliau juga telah menyentuh tentang laporan kendiri sekolah berpandukan empat dimensi SKPM.

Slot kedua telah diadakan pada hari Sabtu, 26 hb Januari 2008 dan telah dihadiri oleh 56 orang guru. Terdapat dua pengisian untuk slot kali ini iaitu pertama, taklimat Sistem Rumah, yang disampaikan oleh En. Sahak b. Ahmadun, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SDAR. Melalui taklimat ini guru-guru didedahkan dengan panduan pemarkahan dan penilaian sistem rumah. Taklimat kedua disampaikan oleh Pn. Norzila bt Hj Idris, Penolong Kanan SDAR, yang bertajuk “Headcount & Postmortem”. Taklimat ini bertujuan untuk memberi panduan tentang pembinaan Headcount dan pembuatan postmortem dalam usaha sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik. Selesai taklimat guru-guru dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut panitia masing-masing dan menjalani sesi bengkel untuk membuat postmortem dan menentukan Headcount subjek masing-masing.

Taklimat ini telah melibatkan kos sebanyak RM290.00. Diharap taklimat ini dapat memberi manafaat kepada semua guru SDAR.
Disediakan oleh,
Setiausaha LDP
SDAR

Tuesday, May 13, 2008

SBPI TEMERLOH: PROGRAM ` PROFESIONAL TALK `

Program ini telah dijalankan sebanyak 7 kali di bilik mesyuarat Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh, untuk guru-guru sekolah ini. Maklumat lengkap menganai program ini adalah seperti berikut :

1) 24 JANUARI 2008( Khamis)3.30-4.30ptg (1Jam) CERAMAH Bertajuk : Integriti Guru
Oleh PENGETUA Pn. Shariffah Asmak Bt Alwee - Bilangan peserta 44 orang

2) 31 JANUARI 2008( Khamis )3.30-4.30ptg(1Jam) CERAMAH Bertajuk : Belajar Cara Belajar Oleh GPK KURIKULUM- En. Abdul Razak Bin Alias – Bilangan peserta 47 orang


3) 28 FEBUARI 2008( Khamis )3.30-4.30ptg (1Jam) CERAMAH Bertajuk : Keselamatan Pelajar Oleh GPK KOKURIKULUM En Razali Bin Ahmad – Bilangan peserta 36 orang


4) 27 MAC 2008( Khamis )3.30-4.30ptg(1Jam CERAMAH Bertajuk : PIPP & Pengurusan Pelajar Oleh GPK HEM En Zamri Bin Sabri – Bilangan peserta 35 orang


5) 3 APRIL 2008( Khamis )3.30-4.30ptg (1Jam) CERAMAH Bertajuk : PROTOKOL KETUA KETUA BIDANG- Pn. Faridah Bt Ahmad – Bilangan peserta 36 orang dan melibatkan kos sebanyak RM 150.00 untuk jamuan minum petang

6) 30 APRIL 2008( Selasa )2.30ptg – 4.30 ptg( 2 JAM ) CERAMAH Tajuk :` HEAD-COUNT`Penolong Pengarah Akademik & Tatatertib Sektor Asrama Penuh TN.HJ MOHD KHOLIL BIN MOHAMAD – Bilangan peserta 35 orang dan melibatkan kos sebanyak RM 150.00 untuk jamuan minum petang





Matlamat program adalah…….
Pengisian ceramah adalah dalam bentuk ceramah dan soal jawab

Disediakan oleh,
Penolong Kanan
SBPI Temerloh

Sunday, May 11, 2008

Seminar Kefahaman dan Penghayatan Islam: Anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan Kerjasama Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang.

Seminar Kefahaman dan Penghayatan Islam:
Anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan Kerjasama Sekolah
Menengah Agama Persekutua Kajang.

Seminar ini telah diadakan pada 13 April 2008, bertempat di Kuala Lumpur Internatioanl Hotel, anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia [JAKIM] dengan kerjasama Sekolah Menengha Agama Persekutuan Kajang..

Sasaran seminar ini ialah untuk semua guru dan staf sokongan sekolah juga turut dijemput . Seramai 53 orang peserta kursus telah hadir dan telah memberikan komitmen yang cukup membanggakan. Hampir 20 orang guru tidak dapat hadir kerana alasan tertentu antaranya terlibat denga lain-lain kursus dan menjadi pengiring pelajar dalam beberapa acara sukan dan permainan.

Seminar ini telah menggariskan empat objektif iaitu:

· memberi pendedahan kepada golongan pemimpin menegnai pembinaan sahsiah individu
muslim yang meliputi kemantapan aqidah, syariah dan akhlak.

· Memberi kefahaman mengenai penghayatan nilai – nilai Islam bagi melahirkan
masyarakat pemimpin yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari aspek aqidah, syariah
dan akhlak.

· Menanam sikap betanggungjawab dalam kalangan pemimpin terhadap diri, keluarga,
masyarakat dan negara.

· Melahirkan golongan pemimpin yang beriman dan berilmu untuk menangkis cabaran global
dan semasa.

Ceramah telah disampaikan oleh :

Ustaz Wan Jaafar Wan Ahmad, tajuk ceramah: Keluarga Cemerlang Masyarakat Gemilang (JAKIM)

Ustaz Ismail Hasim Junaidi, tajuk ceramah: Ketinggian Ilmu Pemangkin Pembinaan Ummah (JAKIM)

Y.M Tengku Azwan Tengku Mohamad, tajuk ceramah: Integriti dalam Pengurusan Pendidikan.

Para penceramah berjaya menyampaikan mesej mengenai pentingnya seorang pemimpin untuk memahami kehendak orang yang dipimpin dan menggunakan cara berhemah dalam mengendalikan sesebuah organisasi di sampaing kepentingan ilmu untuk menjadikan diri lebih bermakna selain mengamalkan ilmu untuk dimanfaatkan kepad aorang lain. Di samping itu kepentingan integriti dalam proses pendidikan untuk melahirkan insan yang cemerlang.

Penceramah telah menyampaikan ceramah dengan jelas dan majoriti peserta seminar memberikan markah tertinggi untuk setiap penceramah. Peserta mencadangkan agar seminar seperti ini dapat diadakan selalu dengan penceramah yang baik seperti yang dijemput pada hari ini.






Disediakan oleh Penyelaras Perkembangan Staf
Hashimah Hashim
GKMP Bahasa
SMAP [K]

Ceramah Kerohanian Sempena Maulidur Rasul

Ceramah Kerohanian Sempena Maulidur Rasul:
Tajuk Ceramah: ‘ Kalau Anda Sayangi Nabi’


Ceramah ini telah diadakan pada 21. Mac 2008, bertempat di Dewan Besar Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Ceramah telah dimulakan pada jam 10.00 pagi selepas perbarisan pelajar dan guru (bermula pada 8.00 pagi) dan ceramah telah berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

Penceramah yang telah diundang ialah Ustaz Haji Husni bin Datuk Abd Rahman daripada Lembaga Zakat Selangor.

Hadirin yang hadir terdiri daripada guru-guru, staf sokongan dan seluruh pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Ceramah yang telah disampaikan amat bermakna kerana banyak pengajaran daripada kisah hidup Nabi SAW yang boleh dicontohi untuk membina peribadi mulia.




Majoriti hadirin memberi respon yang baik dan mencadangkan ceramah kerohanian seperti ini terus diadakan sebagai peringatan dalam menjalani hidup yang penuh liku. Selain itu, pengajaran yang dapat diperoleh pada hari ini, akan menjadikan kita sentiasa beringat bahawa setiap pekerjaan yang dilakukan adalah amanah Allah dan negara agar kita semua dapat berbakti dengan baik dan mendapat barakah daripada Allah SWT.

Program ini anjuran Badan Kerohanian Sekolah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Islam SMAP [K]

Disediakan oleh:
Penyelaras Unit Perkembangan Staf
Hashimah Hashim
GKMP Bahasa

Saturday, May 10, 2008

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN DI SBPI SELANDAR SIRI 2/2008 (10 MEI 2008)

SLOT 1 - Taklimat Karnival Sukan Asrama
di sampaikan oleh Tn Hj Baharudin Husin PK HEM
SLOT 2- Eika Keguruan Tn Hj Sharif Ebok PK 1
SLOT 3 - Ceramah PERASA di sampaikan oleh
En Baba bin Ismail

Aktiviti Perasa
Penyampaian cenderamata oleh Penyelaras
LDP Pn Hjh Rafidah (GKMP Sains matematik)
Tarikh : 10 Mei 2008
Masa : 8.00 pg -2.00 ptg
tempat : Bilik Mesyuarat SBPIS
Bilangan peserta : 51 orang
tajuk Latihan : Slot 1 :Taklimat Karnival Sukan Asrama PK Hem
Slot 2:Pengurusan Kurikulum Oleh PK 1
Slot 3: Kursus Pembimbing rakan Sekerja oleh En Baba bin Ismail , Kaunselor PPD Melaka Tengah
Kursus ini bermula dengan ucapan pengetua kanan , En Karim bin Bayok, diikuti taklimat Pengurusan Kurikulum oleh PK 1 ,Tn Hj Shariff bin Ebok tentang etika perguruan. Pada pukul 8.30 hingga 9.00 pagi GPK Hem , Tn Hj Baharuddin bin Husin telah menyampaikan taklimat berkenaan Karnival Sukan Asrama yang akan diadakan pada 21 Jun 2008. Kemudian Taklimat Pengurusan Kurikulum diadakan dari pukul 9.00 pagi hingga 10.30 pagi disampaikan oleh PK 1. Beliau mempersembahkan secara powerpoint . Dalam Taklimat Pengurusan Kurikulum diharap guru-guru dapat menghayati etika perguruan. Selepas berhenti rehat lebih kurang pukul 11.00 pagi , Slot Pembimbing Rakan Sekerja (PERASA) dimulakan. . Dalam kursus PERASA diharap wujudnya budaya kerja berpasukan dalam kalangan warga pendidik SBPI Selandar. Dalam Slot PERASA ini guru -guru teruja dengan aktiviti yang menyentuh perasaan hingga ada yang mengalirkan airmata. Difahamkan PERASA bermatlamat sebagai satu cara memanusiakan manusia, muhasabah diri, menjalinkan hubungan dan membina pasukan yang saling memahami . Keseluruhannya kos kursus seperti berikut :
bayaran penceramah : RM 300.00
jamuan : RM 540.00
Jumlah : RM 840.00
DISEDIAKAN OLEH :
PENYELARAS LDP
GKMP SAINS DAN MATEMATIK SBPIS

Thursday, May 8, 2008

SEMINAR – PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERKESAN GURU SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI TEMERLOH




Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh telah mengadakan Seminar Pengajaran & Pembelajaran Berkesan untuk guru-guru sekolah ini pada 12 April 2008 bersamaan hari Sabtu. Kursus ini telah diadakan di Dewan SMK Datuk Bahaman, Lanchang, Pahang dan telah dihadiri oleh 37 orang guru SBPI Temerloh.

Seminar ini diadakan adalah untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah serta memantapkan lagi profesyen perguruan untuk guru-guru sekolah ini. Aktiviti yang dijalankan adalah dalam bentuk ceramah dan soal jawab.

Sesi ceramah telah di kelolakan oleh 2 orang penceramah dari daerah Kuantan. Penceramah slot 1 & 2 ialah Tn Hj Shamsuddin Endut iaitu Guru Bimbingan & Kaunseling Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan telah menyampaikan ceramah yang bertajuk; 1) Menjana Kecemerlangan Diri Sebagai seorang Pendidik ( 9.00 pagi – 11.00 pagi ) dan 2) Memahami Pelajar kearah P&P Efektif ( 11.30 pagi – 1.30 petang ). Manakala slot petang ( 2.30 petang – 4.30 petang) bertajuk Pengajaran & Pembelajaran Berkesan disampaikan oleh Tn. Hj Abdul Rashid Bin Ibrahim dari Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, cawangan Kuantan.

Seminar ini telah melibatkan kos berjumlah RM600.00 ( RM Enam ratus sahaja )

Hasil daripada soal selidik dan pemerhatian yang telah dijalankan didapati seminar ini telah mendapat respon yang baik daripada guru-guru. Semoga kursus ini mancapai matlamatnya.




Disediakan oleh,
Penolong Kanan
SBPI Temerloh

Tuesday, May 6, 2008

KURSUS PENINGKATAN BAHASA INGGERIS UNTUK GURU-GURU SAMURA

LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SAMURA

( KURSUS PENINGKATAN BAHASA INGGERIS UNTUK GURU-GURU SAMURA)

Pada Sabtu 26 April 2008 seramai 67 orang guru SM Sains Muar Johor (SAMURA) telah menghadiri kursus Peningkatan Bahasa Inggeris untuk semua guru yang diadakan di SAMURA. Kursus bermula pukul 7.30 pagi dan berakhir pukul 4.00 petang.

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan guru-guru seterusnya mempertingkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Kursus dimulai dengan slot 1 iaitu Classroom Language yang mana aktivitinya terdiri daripada Comedy of Errors, Correct the Errors, Word Builder dan Sentence Builder. Kursus dikendalikan oleh Pn Siti Zubaidah bt Engan, Ketua Panitia Bahasa Inggeris.

Selepas rehat, kursus diteruskan dengan Slot 2 dimana aktiviti merangkumi Language used in the Laboratory dan Writing and delivering Messages. Slot ini disampaikan oleh guru Bahasa Inggeris, Cik Siti Norhida bt Othman.

Kursus diteruskan lagi selepas makan tengahari dengan aktiviti Using modals in giving advice, reprimands and motivation, Conducting Councelling Session dan Classroom control and management. Slot ini dikendalikan oleh Pn Hjh Maslinda bt Tamrin, guru Bahasa Inggeris.

Aktiviti-aktiviti yang diadakan sangat menarik minat para guru yang hadir. Kursus yang telah melibatkan kos sebanyak RM1370.00 ini sangat memberi manafaat kepada guru-guru dalam memperkukuhkan lagi penguasaan dan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran dan diharap berjaya mencapai objektifnya.

Laporan Kursus Keibubapaan di Tempat Kerja Sekolah Menengah Sains Labuan



1.0 PENGENALAN

Program ini merupakan satu program baru di bawah RMK ke- 9 dan telah mendapat kelulusan Jemaah menteri pada 29 Mac 2006. Ia merupakan satu program kelolaan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) . Pihak LPPKN di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah dan akan mengadakan Program Keibubapaan di Tempat Kerja (Parenting @Work) di setiap Jabatan di Wilayah Persekutuan Labuan. Ianya disasarkan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan di agensi-agensi kerajaan di Peringkat Persekutuan dan negeri. Sehubungan dengan itu Sekolah Menengah Sains Labuan adalah salah satu Jabatan yang terpilih untuk diadakan kursus tersebut.

2.0 RASIONAL

Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kepada ibu bapa mengenai pentingnya mengimbangi peranan sebagai ibu bapa dan pekerja di samping memberi kemahiran serta panduan cara gaya keibubapaan untuk menghadapi cabaran keluarga di setiap kitaran hidup keluarga (family life cycle).

3.0 PELAKSANAAN

TARIKH: 5 April 2008
TEMPAT: Bilik Pancaindera SMSL
MASA: 7.45 Pagi– 4.30 Petang
PESERTA: Semua Guru dan KTBM
4.0 PENCERAMAH

1. Cik wan Nurazlinah binti Wan Abd Rahman
Pegawai Penerangan LPPKN W.P. Labuan
2. En. Mad Noh bin Saiman
Pegawai Psikologi W.P. labuan
Fasilitator
1. En. Eddysamond bin Layun
Penolong Pegawai Penerangan LPPKN
2. Pn Noraini Osman
Pen. Pegawai Pembangunan Masyarakat LPPKN W.P. Labuan
3. En Roseemyzal Nordin
Pem. Penerangan LPPKN
4. Pn Maria Hussein
Pem. Pembangunan Masyarakat LPPKN W.P.Labuan
5. En Mohd Fadil Khamis
Juru Audio Visual LPPKN W.P.Labuan


5.0 SASARAN

Semua guru dan KTBM

6.0 PERBELANJAAN

6.1 Cenderamata untuk Penceramah dan Fasilitor
RM 10.00 X 8 = RM 80.00

6.2 Makanan

Minum pagi : RM 2.00 X 70 = RM 140.00
Makan tengahari : RM 6.00 X 70=RM 420.00
Minum Petang: RM 2.00 X 70 = RM 140.00
Jumlah: RM 700.00

Jumlah Keseluruhan = RM 80.00 + RM 700.00
= RM 780.00

7.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya program ini adalah menarik dan banyak memberi input baru kepada staff di Sekolah Menengah Sains Labuan. Sambutan adalah menggalakkan, walau bagaimanapun disebabkan oleh kebanyakkan staff mempunyai urusan rasmi masing-masing maka tidak semua staff dapat hadir. Diharapkan program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa-masa akan datang.





Disediakan Oleh,
Rohana bt Yasin
Guru Kanan Sains dan Matematik
Sek.Men.Sains Labuan.

KURSUS PENGURUSAN KOKURIKULUM SBPI SELANDAR SIRI 1/2008

Tarikh : 23 April 2008
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SBPIS

Penceramah : En Mokhtar Bin Husin


SBPI Selandar telah mengadakan Kursus Pengurusan Kokurikulum pada 23 April 2008 dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang di bilik Mesyuarat SBPIS . Penceramah yang diundang adalah En Mokhtar Bin Husin , guru penolong kanan kokurikulum Sekolah Dato' Abdul Razak Seremban.Perbelanjaan sebanyak RM480.00. Bilangan peserta seramai 60 orang. Matlamat kursus dapat mengembangkan pengetahuan pengurusan kokurikulum di peringkat sekolah.Pengisiannya guru dapat mendalami dan mengetahui peranan sebagai guru penasihat.

Disediakan,
Penyelaras LDP

Kursus Dalam Perkhidmatan di SASER




Tarikh Kursus :
3 Mei 2008 ( Sabtu )

Tempat :
Bilik Kuliah Sekolah Menengah Sains Seremban

Masa :
8.00 pagi – 12.30 tgh

Penceramah :
Pn. Zahuren bt Abdul Kadir
En Hafidzullah Helmy bin Abu Bakar

Sekolah Menengah Sains Seremban telah mengadakan Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru pada 3 Mei 2008 (Sabtu). Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Pn Zahuren bt Abdul Kadir dan En Hafidzullah Helmy bin Abu Bakar. Kursus dan Bengkel disampaikan bertajuk Amalan ICT dalam Pendidikan. Kedua-dua penceramah adalah guru Sekolah Menengah Sains Seremban. Objektif kursus diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada guru mengenai aplikasi ICT dalam pengajaran seperti penggunaan anti virus, pendaftaran e-mel, penggunaan e-mel dan persembahan powerpoint.
Kursus ini telah dihadiri oleh semua guru Sekolah Menengah Sains Seremban. Kursus diadakan mulai jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.
Perbelanjaan untuk mengendalikan kursus ini sebanyak RM 10 x 45 = RM 450.00 untuk pebelanjaan minum pagi dan makan tengahari.


Disediakan oleh :
En. Roslie bin Ahmad
PK SASER