Wednesday, May 21, 2008

Latihan Dalam Perkidmatan di SESMA

SM Sains Sultan Mahmud telah mengadakan dua siri LADAP dan dua taklimat profesional.

9 April 2008. Jam 3.00-5.00 ptg.

Taklimat profesional pertama pada 9 April telah diberikan oleh Ketua Unit Pengurusan Akademik SSBP, Tn Hj Mohd Kholil b Mohamad semasa pemantauan akademik SBP . Beliau telah membentangkan analisis peperiksaan SPM dan PMR 2008 bagi SBP dan juga MRSM. Saranan beliau guru sesma meningkatkan kembali pencapaian SPM dan PMR dan sentiasa monitor data dan praktis Headcount. Trima Kasih tuan haji, ada masa berkunjung lagi ke sesma.
Perbelanjaan: RM 195.00


10 Mei 2008 . 8.00 pg - 4.00 ptg

Kursus E-Learning siri 1/2008

Kursus ini membolehkan guru belajar membina item objektif dan subjektif dan juga uploas bahan pengajaran danl latihan untuk pelajar dalam portal SESMA. Pensyarah IPG Kuala Terengganu,
Y. M. Tg Zawawi telah sudi memberi bimbingan kepada guru-guru di bantu oleh ITC sekolah Pn Mazni. Kursus ini mendapat reaksi positif dari guru-guru dan akan diteruskan dengan mengadakan bengkel bagi membolehkan guru-guru upload lebih banyak bahan dalam portal sekolah.
Perbelanjaan RM 975.00.

14 Mei 2008 . 3.00-5.00 ptg

Satu slot ceramah Integriti Dalam Pendidikan telah diberikan oleh Tn Hj Hamzah b Said, Ketua Jabatan Pentaksiran Pemimpin Pendidikan IAB Utara. Beliau telah menjelaskan kaitan atara integriti dan profesyen perguruan dan bagaimana menerapkan intergriti dalam tugasan dan kehidupan. Insyaalah budaya berintegriti tinggi diamalkan oleh guru-guru sesma.
Perbelanjaan: RM264.00

17 Mei 2008; 8.00 -4.00 ptg

Kursus sehari ini merangkumi 4 slot iaitu;

slot 1. taklimat pengoperasian Ladap telah disampaikan oleh penolong kanan.
slot 2. taklimat pengoperasian PBS oleh penolong Kanan
slot 3. Headcount oleh GKMP Bahasa
slot 4. Post mortem dan pemantauan oleh GKMP Bahasa

Slot headcount dan postmortem di berikan berdasarkan bahan diterima semasa mesyuarat GKMP dan GC SBP. taklimat pengoperasian LADAP membolehkan guru memahami objektif LADAP dan pengoperasian di peringkat sekolah semoga guru-guru dapat mengikuti program ladap setulus hati dan mendapat meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing.

Head count dan postmortem telah di amalkan di SESMA namun begitu kekurangannya dari aspek pendokumuentasian dan keselarasan pengunaan borang. guru-guru di dedahkan dengan contoh-contoh borang yang diguna, cara membuat postmortem dan merancang aktiviti berdasarkan postmortem. Insyaalah bengkel di peringkat panitia akan diadakan bulan Jun bagi menganalisis dan membuat postmortem peperiksaan pertengahan tahun.
Perbelanjaan: RM975.00