Sunday, May 11, 2008

Seminar Kefahaman dan Penghayatan Islam: Anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan Kerjasama Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang.

Seminar Kefahaman dan Penghayatan Islam:
Anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan Kerjasama Sekolah
Menengah Agama Persekutua Kajang.

Seminar ini telah diadakan pada 13 April 2008, bertempat di Kuala Lumpur Internatioanl Hotel, anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia [JAKIM] dengan kerjasama Sekolah Menengha Agama Persekutuan Kajang..

Sasaran seminar ini ialah untuk semua guru dan staf sokongan sekolah juga turut dijemput . Seramai 53 orang peserta kursus telah hadir dan telah memberikan komitmen yang cukup membanggakan. Hampir 20 orang guru tidak dapat hadir kerana alasan tertentu antaranya terlibat denga lain-lain kursus dan menjadi pengiring pelajar dalam beberapa acara sukan dan permainan.

Seminar ini telah menggariskan empat objektif iaitu:

· memberi pendedahan kepada golongan pemimpin menegnai pembinaan sahsiah individu
muslim yang meliputi kemantapan aqidah, syariah dan akhlak.

· Memberi kefahaman mengenai penghayatan nilai – nilai Islam bagi melahirkan
masyarakat pemimpin yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari aspek aqidah, syariah
dan akhlak.

· Menanam sikap betanggungjawab dalam kalangan pemimpin terhadap diri, keluarga,
masyarakat dan negara.

· Melahirkan golongan pemimpin yang beriman dan berilmu untuk menangkis cabaran global
dan semasa.

Ceramah telah disampaikan oleh :

Ustaz Wan Jaafar Wan Ahmad, tajuk ceramah: Keluarga Cemerlang Masyarakat Gemilang (JAKIM)

Ustaz Ismail Hasim Junaidi, tajuk ceramah: Ketinggian Ilmu Pemangkin Pembinaan Ummah (JAKIM)

Y.M Tengku Azwan Tengku Mohamad, tajuk ceramah: Integriti dalam Pengurusan Pendidikan.

Para penceramah berjaya menyampaikan mesej mengenai pentingnya seorang pemimpin untuk memahami kehendak orang yang dipimpin dan menggunakan cara berhemah dalam mengendalikan sesebuah organisasi di sampaing kepentingan ilmu untuk menjadikan diri lebih bermakna selain mengamalkan ilmu untuk dimanfaatkan kepad aorang lain. Di samping itu kepentingan integriti dalam proses pendidikan untuk melahirkan insan yang cemerlang.

Penceramah telah menyampaikan ceramah dengan jelas dan majoriti peserta seminar memberikan markah tertinggi untuk setiap penceramah. Peserta mencadangkan agar seminar seperti ini dapat diadakan selalu dengan penceramah yang baik seperti yang dijemput pada hari ini.






Disediakan oleh Penyelaras Perkembangan Staf
Hashimah Hashim
GKMP Bahasa
SMAP [K]