Tuesday, May 27, 2008

Kursus Pembangunan Staf SM Sains Dungun kali pertama 2008


Kursus pembangunan staf kali pertama 2008 SM Sains Dungun telah diadakan pada 12 April 2008 bertempat di Bilik Mesyuarat SMSD. Kurusus ini telah bermula dari 9.00 pagi dan berakhir pukul 4.00 petang telah dihadiri oleh 67 orang guru dan 20 orang staf sokongan sekolah.

Pengisian kursus yang bertajuk Kursus Pengurusan Stok dan Aset Alih ini adalah meliputi ceramah Pengurusan Stok berdasarkan kepada Perkeliling Perbendaharaan Bil 5/07 dan juga Bengkel mengisi buku stok Aset Alih Kerajaan.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kaedah baru pengurusan stok dan juga guru dan kakitangan dapat mengurusakan stok dengan prosedur yang betul. Penceramah jemputan kursus ini adalah pegawai dari Institut Tadbiran Awam Malaysia Wilayah Timur (INTAN), Tuan Syed Mohamad Zulkifli bin chik. Daripada maklumbalasa peserta kursus, kursus ini banyak memberi faedah kepada peserta. Jumlah perbelanjaan untuk kursus ini adalah sebanyak RM 870.00.