Sekolah Dato’ Abdul Razak telah mengadakan Taklimat Pemantapan Pengurusan pada bulan Januari 2008. Taklimat ini melibatkan dua slot dan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Putra. Sasaran taklimat ini adalah kepada semua guru SDAR. Slot pertama dijalankan pada hari Rabu, 7 hb Januari 2008. Slot bertajuk Pendokumentasian dan Sistem Fail telah dikendalikan oleh En. Mokhtar b Husin , Guru Penolong Kanan Kokurikulum SDAR. Tujuan slot ini adalah untuk memberi panduan dan taklimat kepada guru tentang pendokumentasian dan sistem fail dalam usaha untuk mengemaskini dan menambah baik dokumentasi sekolah di bawah kawalan guru. Beliau juga telah menyentuh tentang laporan kendiri sekolah berpandukan empat dimensi SKPM.
Slot kedua telah diadakan pada hari Sabtu, 26 hb Januari 2008 dan telah dihadiri oleh 56 orang guru. Terdapat dua pengisian untuk slot kali ini iaitu pertama, taklimat Sistem Rumah, yang disampaikan oleh En. Sahak b. Ahmadun, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SDAR. Melalui taklimat ini guru-guru didedahkan dengan panduan pemarkahan dan penilaian sistem rumah. Taklimat kedua disampaikan oleh Pn. Norzila bt Hj Idris, Penolong Kanan SDAR, yang bertajuk “Headcount & Postmortem”. Taklimat ini bertujuan untuk memberi panduan tentang pembinaan Headcount dan pembuatan postmortem dalam usaha sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik. Selesai taklimat guru-guru dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut panitia masing-masing dan menjalani sesi bengkel untuk membuat postmortem dan menentukan Headcount subjek masing-masing.
Taklimat ini telah melibatkan kos sebanyak RM290.00. Diharap taklimat ini dapat memberi manafaat kepada semua guru SDAR.

Disediakan oleh,
Setiausaha LDP
SDAR