Thursday, July 30, 2009

Program Perkembangan Staf Kali Ke-4 Tahun 2009-Bengkel Penggunaan ICT iaitu Adobe Photoshop




Sbp Integrasi Gombak telah mengadakan program perkembangan staf kali ke-4 pada hari Jumaat bersamaan 24 Julai 2009. Guru yang telah menyertai program ini seramai 51 orang. Program ini dijalankan di Makmal Komputer 1 Sbp Integrasi Gombak. Penceramah bagi program ini ialah Cik Azreen Shazlies binti Abdul Aziz, guru komputer sekolah dan dibantu oleh Encik Syaridan bin Abu Samah fasilitator School NET sekolah.
Matlamat proram ini dijalankan supaya dapat melahirkan warga kerja yang lebih bertanggungjawab, efektif, inovatif, celik IT serta dapat memikul amanah yang diberi dengan penuh keikhlasan dan berterusan. Pengisian program ini dijalankan dalam bentuk ceramah, bengkel serta seisi soal jawab. Kos bagi menjayakan program ini ialah sebanyak RM 483.00.
Secara keseluruhannya program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Ini telah memberikan satu ilmu baru kepada guru-guru agar lebih celik IT serta dapat mengaplikasikan Adope Photoshop ini dalam pengajaran dan pembelajaran serta kehidupan seharian. Para guru juga telah memberikan maklum balas yang positif memandangkan tajuk yang disampaikan amat bertepatan bagi melahirkan warga pendidik yang lebih efektif dan inovatif dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Disediakan oleh

Mohd Fuad bin Abdul Wahab
Guru Perkembangan Staf,
Sbp Integrasi Gombak.