Tuesday, July 28, 2009

LAPORAN LDP GURU STAR KE 3/2009




LAPORAN LDP GURU STAR KE 3/2009
Tarikh : 25 Julai 2009
Tempat : Makmal Komputer Bestari / Bilik Persidangan STAR
LDP ke 3 guru-guru STAR di bahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan A telah ditempatkan di makmal Bestari untuk kursus pengenalan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang telah disampaikan oleh Cik Norashikin Bt Tajuddin, wakil Bahagian Teknologi Pendidikan KPM. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada guru-guru mengenai Sistem Pengurusan Sekolah yang terbaru yang akan menambahbaik sistem pengurusan yang sedia ada.
Kumpulan B ditempatkan di Bilik Persidangan STAR untuk sesi perbentangan Kajian Tindakan subjek Biologi oleh Pn.Wan Mahanum Bt Mior Muhamud dan subjek Sejarah oleh En Asyrafi Bin Che Hassan. Pn Wan Mahanum telah memilih tajuk ‘Meningkatkan Penguasaan Konsep dan Fakta Biologi menggunakan Bio Graphignizer’ dan En Asyrafi memilih tajuk ‘Meningkatkan daya ingatan pelajar melalui sistem pembelajaran Nota Poket’. Kumpulan B juga mendapat input tentang isu-isu dunia pendidikan hari ini dan cara-cara mengatasi masaalah disiplin di kalangan pelajar SBP yang disampaikan oleh En. Mior Shamsuddin B Mohd Idris, guru kaunseling STAR.
Selepas waktu rehat, kedua-dua kumpulan A dan B akan bertukar tempat. Program telah berjalan dengan lancar. Seramai 44 orang guru telah hadir dengan kos yang telah digunakan sebanyak RM549.00