Wednesday, November 5, 2008

Ceramah Kajian Tindakan Guru SMS Miri

SMS Miri telah mengadakan Ceramah Kajian Tindakan untuk guru-guru sekolah ini pada 9 April 2008 yang lalu. Ceramah telah diadakan di Bilik Santubong, SMS Miri dan dihadiri oleh 52 orang guru SMS Miri.
Ceramah ini dijalankan untuk memperhebatkan pengetahuan guru-guru tentang cara-cara membuat kajian.
Ceramah telah disampaikan oleh Pensyarah dari Institut Perguruan Sarawak Miri, Mr. Gan Teck Hock. Beliau telah menyampaikan prosedur yang perlu sebelum, semasa dan selepas melaksanakan kajian.
Semoga ceramah ini membantu guru-guru dalam melaksanakan tugas di sekolah.

Disediakan oleh:
Setiausaha LDP
SMS Miri